~CHAPTER 59~

1.4K 51 1
                                    

Pagi ini bermula lah sahur di satu Ramadhan. Syafiqha mencelikkan matanya apabila telefon sudah membunyikan alarm yang di kunci. Lantas dia mencapai telefon di meja lampu sebelah katil.

3:40 a.m.

Lantas dia bangun lalu diikat rambutnya tinggi supaya tidak mengganggunya ketika berperang di dapur.

Wajah Hizzwan yang sedang nyenyak yidur disebelahnya ditenung lama. Tidur pun handsome macam mana aku tak cair?

Dahi suaminua dikucuk lantas dia melangkah turun dari katil. Kaki menyusun ke bilik air untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Selesai mencuci muka dan menggosok gigi dia melangkah keluar dari bilik air dan melangkah ke dapur.

Masuk sahaja ke ruang dapur terlihat mama dan Syazira sedang berperang di dapur. Lantas Syafiqha mendekati mereka sebelum menanyakan apa yang perlu dimasak dan apa yang perlu dibuat.

"Nak masak apa ni, ma?" tanya Syafiqha.

"Akak tolong masak gulai ayam sambil tu tolong buat sambal belacan? Boleh?"

"Alright!" Balas Syafiqha. Syafiqha bergerak mencati bahan dan memulakan masakkan.

Apabila jam berginjak ke angka 4:45 a.m. juadah untuk bersahur sudah siap terhidang di atas meja. Datin Fauzana mengarahkan mereka mengejutkan suami masing-masing manakala dia mengejutkan Dato Ramzan, Syazira dan Syahril.

Syafiqha bergerak naik ke biliknya untuk mengejutkan Hizzwan bangun sahur. Pintu bilik dikuak. Lampu dibuka. Terlihat Hizzwan masih dibuai mimpi. Mungkin penat perang mulut bersama Syafiqha kerana berebut ingin menukar siara tv malam semalam.

Perlahan-lahan Syafiqha menapak mendekati suaminya yang sedang tidur mengiring dengan sepenuh badannya ditutup dengan selimut yang tebal. Lantas dia duduk di hadapan Hizzwan. Selimut itu di tarik perlahan menampakkan kepala Hizzwan. Rambut suaminya diusap lembut.

"Awak, bangun sahur" tiada sahutan. Syafiqha mencuba lagi. Kali di digerakkan sedikit tubuh suaminya itu.

"Awak.. Bangun sahur"

"Ermm.. Bangun dah" sahut Hizzwan dengan mata yang masih tertutup rapat. Pinggang Syafiqha dipeluk erat. Syafiqha tersentak dengan tindakkan Hizzwan.

"Hubby, wake up please.. Mama masak your favourite food tau" panggil Syafiqha lagi. Pelukkan dieratkan lagi.

"Mama yang masak, bukan kau. Aku nak kau yang masak" Balas Hizzwan sebelu mulutnya yang menguap ditutup dengan belakang tangannya. Lantas dia beristighfar.

"Buka puasa nanti I will cook for you. What do you want to eat? Just tell me. But now, please wake up. Wash your face and brush you teeth. Now" kata Syafiqha lembut tetapi tegas. Hizzwan selamba sahaja melepaskan pelukkan lantas telefon disebelah diambil. Baru pukul 4:50 pagi. Awal lagi.

Telefon diletakkan kembali ditempat asalnya. Baru ingin menutup mata kembali.

"Esok lah"

"Masalahnya nak sahur sekarang bukan esok. Kalau macam tu baik malam raya nanti awak bangun sahur" mendengar balasan dari Syafiqha, Hizzwan terus mengatur langkah memasuki bilik air untuk melakukan apa yang disuruh tadi.

"Ish, garang betul. Banyak cekadak pula tu. Patutlah students takut. Mak singa betul" dalam melangkah sempat Hizzwan bergumam kecil. Telinga Syafiqha dapat mendengar setiap bait-bait kata yang digumam oleh Hizzwan.

"Haa, ngutuk. Ngutuk lah. Baru nak start puasa dah ngutuk orang. Hilang terus pahala puasa" balas Syafiqha kuat. Hizzwan menjeling tajam isterinya itu.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now