Setiba di kawasan perumahan, Hizzwan membelok masuk ke kawasan rumah Tengku Hizzman. Tiga round juga dia pusing. Kereta banyak.
Garaj kereta sudah penuh, halaman juga penuh dengan kereta. Hizzwan memarkir keretanya di bawah kanopi yang sudah terpasang dan masih belum disusun meja serta kerusi.
Syafiqha dan Hizzwan melangkah masuk ke dalam rumah. Terlihat Tengku Hizzman, abang-abangnya, sepupu-sepapat, bapa saudara dan rakan-rakan terdekat masih lagi berbual di bawah khemah bertemankan lampu dan kipas.
Hizzwan menyalam semua kaum-kaum Adam yang berada di situ. Syafiqha meminta diri untuk masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan Tengku Hanis. Hizzwan masih lagi berada di luar.
"Bawak balik bakal adik ipar ke untuk along?" tanya Hizdfan mengusik. Hazzwan menayang sengehan miang.
"Boleh tahan bakal adik ipar aku. Bila langsung? Ke esok buat dua sekali?" pertanyaan Hazzwan membuatkan semua di situ ketawa melihat wajah Hizzwan sudah berona merah.
"Mana ada! Ish, suka hati jer!" balas Hizzwan. Dia mendekati Tengku Hizzman sebelum menyalam dan mencium tangan ayahnya itu. Tengku Hizzman menarik Hizzwan ke dalam pelukannya. Hizzwan membalas pelukan bapanya itu.
Hizzwan meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Masuk saja ke dalam rumah terlihat ruang tamu sudah dipenuhi dengan toto, bantal dan selimut yang sudah tersusun elok. Hizzwan yakin bahawa family hall dan kelima-lima bilik tetamu juga akan penuh. Manpaknya memang tak tidurlah anak-anak sepupunya itu.
Hizzwan melangkah masuk ke ruang dapur. Terlihat Tengku Hanis, kakak-kakaknya, ibu-ibu saudara, sepupu perempuan dan rakan-rakan Tengku Hanis. Nampaknya Syafiqha sudah terima job dari Tengku Hanis kerana dia sudah duduk bersila di sebelah Elyssa sambil memotong carrot.
Hizzwan mendekati Tengku Hanis yabg sedang membasuh pinggan itu sebelum pinggang ibunya di peluk dari belakang.
"I miss you so much, bonda. Sorry adik sampai lambat" kata Hizzwan perlahan sebelum meletakkan dagunya di atas bahu kiri Tengku Hanis. Tengku Hanis memberhentikan kerjanya. Sebelum mengusap tangan anaknya yang berada di pinggangnya.
"Miss you too, dear" kata Tengku Hanis sebelum memusingkan badan menghadap Hizzwan. Tengku Hanis memegang kedua belah pipi Hizzwan sebelum kedua pipi itu dikucup.
Hizzwan menciup tangan Tengku Hanis sebelum dahi dan kedua pipi Tengku Hanis pula dikucup. Syafiqha tersenyum menlihat keakraban dua beranak itu.
"Dah makan?" tanya Tengku Hanis lembut kepada Hizzwan yang masih memeluknya itu. Manja.
"Belum. Lapar.." rengek Hizzwan sambil mengusap perut kempisnya. Heliza yang perasan akan adiknya itu terus berlari anak memdapatkan Hizzwan.
Hizzwan perasan akan kehadiran Heliza langsung tidak diendahkan kakaknya itu.
"Tak payah nak manja sangat lah" tegur Heliza sebelum minum air di dalam mug yang dipegangnya.
"Sibuk lah kau!" balas Hizzwan. Pelukkan dieratkan lagi. Syafiqha menggelengkan kepalanya.
"Anak mak kan? Manja tu normal lah" sampuk Prof Hazarina, rakan sekerja Tengku Hanis.
"Nanti bila dah kahwin, tak tahu lah macam mana. Entah-entah tak berenggang langsung dengan isteri. Kerja nak berkepit jer" balas Sarah. Isteri Hizdfan. Hizzwan tersenyum seperti kerang busuk.
Tengku Hanis menarik tangan Hizzwan dan Syafiqha ke meja makan. Tetapi Syafiqha menolak. Tengku Hanis tidak memaksa.
Tengku Hanis menyedukkan nasi ke dalam pinggan. Air dituang ke dalam gelas. Tengku Hanis duduk di sebelah Hizzwan.
"Bonda makan lah sekali" ajak Hizzwan. Tengku Hanis tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
"Bonda makan dah. Adik makan lah" Tengku Hanis melihat anak lelakinya. Tanpa sedar air mata mengalir membasahi pipi. Lantas Tengku Hanis mengesat air matanya dengan belakang tangan.
"Bonda.." rengek Hizzwan apabila melihat Tengku Hanis mengesat air mata.
"yer?" sahut Tengku Hanis.
"Kenapa bonda menangis ni? Adik buat salah ke dengan bonda? Adik minta maaf kalau adik buat salah. Dah, jangan la menangis macam ni" pujuk Hizzwan sambil mengusap pipi emaknya menggunakan tangan kiri. Tengku Hanis tersenyum.
Dia bersyukur sangat kerana kedua anak kembarnya sudah dapat menerimanya kembali. Sangat bersyukur. Terkejut Tengku Hanis apabila Hazzwan turun dari kereta dan terus memeluknya sebelum melutut meminta ampun darinya.
Flashback
Hazzwan melangkah turun dari kereta. Dia pasti inilah rumah keluarga kandungnya. Hazzwan menyalam orang lelaki yang berada di kawasan itu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.Hazzwan memandang Tengku Hanis yang sedang melangkah menuruni tangga itu. Hazzwan terus berlari mendapatkan Tengku Hanis. Tengku Hanis terus dipeluk. Hazzwan memyalam tangan Tengku Hanis sebelum dia melutut memeluk kaki Tengku Hanis.
"Bonda, maafkan Azz. Azz membelakangkan bonda. Azz minta maaf, bonda. Maafkan Azz. Hukum lah Azz kalau dengan cara itu bonda boleh maafkan Azz. Azz anak tak guna. Azz langsung tak endahkan bonda. Maafkan Azz bonda" teresak-esak Hazzwan meminta maaf kepada Tengku Hanis.
Tengku Hanis terus menarik tangan anaknya untuk berdiri bersamanya. Tengku Hania mengusap pipi Hazzwan yang sudah dibanjiri dengan air mata itu. Dahi anaknya dikucup dengan penuh kasih sayang.
"Bonda dah lama maafkan anak bonda. Azz jangan cakap macam tu. Bonda yang salah didik Azz. Bonda yang pisahkan Azz dengan Izz. Bonda minta maaf. Azz anak yang baik. Memang patut Azz hukum bonda macam tu sebeb bonda terlalu ikutkan hawa nafsu. Sebab duit bonda sanggup pisahkan Azz dengan Izz. Maafkan bonda, sayang" kata Tengku Hanis dalam esakkan. Tengku Hanis menarik Hazzwan ke dalam pelukannya. Hazzwan membalas pelukan bondanya.
"Bonda jangan cakap macam tu. Azz terlalu ikutkan ego Azz. Maafkan Azz" rayu Hazzwan lagi.
"no. Bonda dah maafkan Azz. Dah, jangan menangis lagi. Tak handsome dah anak teruna bonda yang seorang ni" kata Tengku Hanis dalam nada yang ceria. Hazzwan tersenyum.
Elyssa yang memandang suaminya dengan ibu mertuanya itu turut mengalirkan air mata.
Sejauh mana pun kita pergi. Pertalian darah kita antara ibu bapa takkan putus. Lari lah sejauh mana pun.
Elyssa mendapatkan ibu mertuanya sebelum wanita itu dipeluk erat. Tangan Tengku Hanis di cium lembut. Tengku Hanis mengucup pipi menantunya itu.
End FlashbackHizzwan memandang Tengku Hanis.
"Bonda, Adik nak tanya sikit boleh?" tanya Hizzwan. Tengku Hanis memandang Hizzwan.
"apadia?"
"Siapa bakal abang ipar adik? Adik kenal tak?" tanya Hizzwan ingin tahu. Tengku Hanis tergelak kecil.
"Entah. Tanya lah angah sendiri" balas Tengku Hanis mengusik.
"Ish, bonda ni! Okey, tak apa. Faham" balas Hizzwan sebelum bangun menuju ke singki untuk membasuh pinggan yang diguna tadi. Tengu Hanis ketawa melihat gelagat anaknya. Manja. Hizzwan meminta diri untuk naik ke biliknya. Nak berehat katanya. Penat.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...