Hizzwan menutup komputer lantas MacBook pula dibuka. GTA 5 menjadi pilihan untuk menghilangkan segala perkara berkaitan dengan kerja.
Tiba-tipa pejabatnya diketuk dari luar.
Tok
Tok
Tok"Masuk!" Hizzwan memberi kebenaran lalu seorang pekerja wanita melangkah masuk ke dalam bilik. Melihat pekerjanya masuk lantas dia menutup laptopnya sebelum berpura-pura menaip sesuatu di key board komputer. Takut kantoi dengan bos merangkap bapak dia sendiri. (jgan risau, author pon prnh bt krja ni.. Mak sruh bsuh pggan lps tu mk kluo.. Bla mk blik bru lah lri mcm lipas kudung prg dpur cuci pinggan. Hahahaha).
"Yer? Ada apa eh?" tanya Hizzwan sambil acah membuat kerja.
"Tadi Tengku bagi tahu pasal siapa yang apply cuti raya tu" beri tahu Mar merangkap personal assistant Hizzwan. Hizzwan memandang wanita bertudung di hadapannya.
"Okey, so?"
"Tengku cakap tak boleh cuti sebab banyak company yang book kita punya service" beritahu Mar. Hizzwan mengeluh.
"Mana boleh macam tu. Tak fair lah kalau saya cuti kau orang kena kerja. Macam ni lah, kejap lagi saya call Tengku. Nanti apa-apa saya inform awak" beri tahu Hizzwan. Mar meminta diri sebelum dia keluar menyambung membuat kerja.
Hizzwan mencapai telefon lantas mendail nombor telefon Tengku Hizzman.
"Hello, assalamualaikum bosskurr"
"Waalaikumsalam. Baru ingat nombor telefon bapak sendiri ke.macam mana ni?" sindir Tengku Hizzman. Hizzwan melepaskan ketawanya.
"Tak ada lah. Ni apasal walid tak aprove je cuti staff? Kalau walid tak aprove mungkin adik tak balik raya sebab tak adil lah kalau adik cuti staff tak cuti" Hizzwan memulakan perbincangan tentang cuti pekerja-pekerja di Imperio Holding dengan Tengku Hizzman.
Setelah 20 minit berbincang dengan Tengku Hizzman, akhirnya jawapan sudah pun terjawab.
Hizzwan memberi tahu Mar supaya membuat pengunguman tentang cuti yang baru sahaja di luluskan.
"Kalau macam tu, walid aprove je lah cuti semua staff start from tomorrow. Walid pun dah nak gerak balik Taiping dah ni" mendengar sahaja balasan dari walidnya, Hizzwan sudah tersenyum kerana kesemua pekerja dapat meluangkan masa bersama keluarga masing-masing.
Selepas selesai melakukan kerja, Hizzwan mula.mengemaskan barangnya untuk pulang ke rumah. Hizzwan melangkah keliar dari pejabatnya.
"Bos, terima kasih sebab aprove kan cuti kita orang" tegur seorang pekerja. Hizzwan tersenyum sebelum mengangguk sekali.
"Tak ada apa lah, guys. Memang hari ni lah kita nak luangkan masa dengan family kan? Enjoy lah yer. Jangan lepas raya datang kerja yang yang kudung pulak yer" balas Hizzwan.
"Ehh, tak ada lah. Terima kasih, bos. Kirim salam dengan Tengku "
"Yer, insyaAllah. Saya minta diri dulu" Hizzwan mula.melangkah keluar dari pejabat dan menuju ke keretanya.
**********
Setiba di rumah, Hizzwan melangkah keluar lalu berjalan masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum" salam diberi oleh Hizzwan sebelum dia meletakkan brief case di atas sofa. Kemudian dia melangkah ke dapur memandangkan Syafiqha sedang berperang di situ.
"Awak nak balik Perak bila?" tanya Syafiqha kepada Hizzwan yang elok berdiri di sebelahnya sambil memandangny yang sedang memotong tomato itu.
"Esok kut" jawab Hizzwan memandangkan esok adalah malam raya lalu mengambil tiga biji tomato itu lalu di letakakn di dalam pinggan untuk dia meratah apabila masuk waktu berbuka nanti.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...