~ CHAPTER 18 ~

1.4K 49 0
                                    


Setiba di rumah agam milik Dato Rafiq, mereka semua turun dari kereta. Semua sudah sampai ke rumah tetapi Hazzwan, Hizzwan, Elyssa, Afrisya dan Ayra sedikit lewat kerana mereka singgah ke sebuah kedai yang menjual alat permainan sebelum pulang ke rumah.

Apabila pintu utama rumah itu dibuka oleh Hazzwan dari luar, separuh dari keluarga mereka sudah membentangkan toto masing - masing untuk tidur.

Walaupun rumah agam itu mempunyai dua puluh lima bilik tetapi ahli keluarga Dato Rafiq dan Datin Mazlina cukup ramai sehingga bilik yang ada di dalam rumah itu pon penuh.

Tambang kapal terbang dan keperluan lain semua Dato Rafiq tanggung. Jadi, seluruh keluarga Dato Rafiq dan Datin Mazlina bersetuju untuk menghadiri majlis perkahwinan Hazzwan pada pagi esok di hotel lima bintang yang telah menjadi pilihan Hazzwan dan Elyssa.

Hizzwan melangkah masuk ke dalam. Kakinya terus melangkah ke ruang tamu. Hizzwan melabuhkan punggungnya di sebelah sepupu perempuan. Sepupunya langsung tidak sedar Hizzwan sudah mendarat di sebelahnya.

" ehh, kau pergi lah tidur dalam bilik aku tu. Bukan ada sapa pon. Ajak kau punya husband sekali " Hizzwan memujuk Sarah yang sedang tidurkan seorang bayi.

" ehh, tak pe lah. Aku tido sini jer. Lagi pon depan TV kan? Cik abang aku bukan nak tido lagi. Katanya kejap lagi ada bola " Hizzwan mengangguk faham. Malas memaksa. Hizzwan memusing menghadap Sarah. Wajah bayi mereka ditenung.

" bila kau dapat..." ayat Hizzwan tergantung kerana terdengar suara seirang wanita memberi salam dan mengetuk pintu.

Hizzwan menoleh ke arah pintu utama rumah. Hizzwan melangkah ke pintu lalu membukanya dengan perlahan.

" waalaikumsa..." melopong Hizzwan tatkala melihat orang yang mengetuk pintu bagai nak tertanggal dan memberi salam sehingga mahu terkeluar anak tekak.

Zahira

Zafran

" you buat ape dekat sini? " tanya Zahira. Zafran di kendong oleh suaminya. Hizzwan terkejut.

" you tanya I buat apa dekat sini ? Sedara ooii ni rumah family I lah " jelas Hizzwan lalu berjalan ke arah suami Zahira. Pipi Zafran dicuit.

" you nak bagi I mereput ke dekat sini? " tanya Zahira dengan senyuman di bibir.

" you nak duduk, duduk lah sini. Zafran, jom ikut uncle masuk. Biar lah ummi awak mereput dekat sini. Eehh by the way, apa nama your husband? " tanya Hizzwan. Aiman memberikan Zafran kepada Hizzwan.

" ouh, lupa bagi tahu. Nak kenalkan hari tu tak sempat. You balik awal sangat. Ni Aiman, husband I. Abang, ni Hizzwan yang saya pernah cerita dekat abang hari tu " Hizzwan dan Aiman berjabat tangan. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah agam itu. Zafran masih di dalam dukungan Hizzwan.

Hizzwan memdukung Zafran masuk ke dalam bilik Afrisya. Pintu dikuak dari luar. Afrisya tersentak lalu bangun dari pembaringan. Hizzwan berjalan dengan perlahan ke arah Afrisya.

" hye " sapa Afrisya kepada Zafran. Zafran tersenyum.

" kau okey ?" tanya Hizzwan. Pelik dengan adiknya. Setelah sampai tadi terus melangkah masuk biliknya.

Afrisya mengambil Zafran dari Hizzwan. Hizzwan melihat tindakan adiknya.

" okey je. Tak ada apa pon. Kenapa ?" Hizzwan mengangguk. Hizzwan faham apa maksud yang tersirat.

Hizzwan merampas Zafran dari dukungan Afrisya lalu terus berdiri. Hizzwan menyusun langkah ke tingkat bawah. Zafran diberikan kepada Zahira. Zahira yang terkejut terus mengambil anaknya.

Hizzwan melangkah naik semula. Bilik Hazzwan dituju. Kemudian bili Ayra. Seterusnya bilik Amirul. Dan akhir sekali ialah bilik Faisal.

Hizzwan melangkah kaluar lalu bilik Afrisya pula di tuju. Hazzwan, Ayra, Amirul dan Faisal hanya ikut dari belakang. Pintu bilik Afrisya di kuak.

Afrisya segera bangun. Afrisya memandang sepupu, abang-abangnya dan adiknya yang masuk ke dalam biliknya sesuka hati tanpa mengetuk pintu.

" korang buat apa dekat sini ramai - ramai ?" tanya Afrisya pelik.

" aku tahu hati kau sakit. Sekarang kita orang nak bagi kau hilang stress. Now bangun " Hazzwan menarik kedua belah tangan adiknya untuk berdiri.

Amirul membuka tirai kamar yang menghalang balkoni. Pintu sliding di tolak ke tepi manampakkan kolam mandi di tingkat bawah.

" are you ready ? " tanya Faisal. Amirul mengagguk. Amirul memanjat penghadang lalu terus terjun dari bilik Afrisya di tingkat tiga. Amirul tenggelam di dalam air.

Kini, giliran Faisal pula. Hizzwan menolak pinggang  Faisal. Faisal terjerit seronok. Hizzwan memandang Hazzwan. Hazzwan memandang Hizzwan. Seorang pon tidak berkelip. Tiba - tiba takut datang menguasai diri.

" abang, Isha tak nak lah. Tinggi " adu Afrisya kepada Hizzwan. Hizzwan mengusap kepala Afrisya kasar.

" Azz, kau start dulu eehh? Ayra, cepat panjat ni. Kau terjun dengan Azz " Hizzwan terus mengangkat Ayra manakala Hazzwan pula memeluk pinggang Ayra.

" you jump, I jump. You die, I don't care. Hahahaha " ungkap Hazzwan. Hazzwan memandang Ayra yang beriak pasrah itu.

" tarak guna ini laki " ujar Ayra perlahan membuatkan ketawa Hazzwan, Hizzwan dan Afrisya pecah.

Apabila Hazzwan dan Ayra terjun ke bawah, Ayra terjerit kuat. Tangan sebelah menutup telinga akibat jeritan kuat dari Ayra. Tangan sebelah lagi tidak lepas daripada memeluk pinggang Ayra takut terjatuh.

" tak payah lah jerit !" jerit Hazzwan kepada Ayra. Ayra memeluk abangnya kuat.

SSPPPLLAASSHH!!

Air serta merta mercit ke luar apabila Ayra dan Hazzwan telah masuk ke dalam.
________________

Seluruh ahli keluarga sedang duduk di ruang tamu sambil berbual mesra kecuali Hazzwan, Hizzwan, Afrisya, Ayra, Amirul dan Faisal yang tiada di situ. Daripada riuh rendeh terus senyap sunyi apabila terdengar seorang perempuan menjerit kuat.

Setengah daripada mereka berjalan keluar untuk melihat apa yang terjadi. Mereka memandang ke atas. Terlihat Hizzwan dan Afrisya sudah terjun dari penghadang. Hizzwan menjerit seronok.

SSSPPLLAASSHH!!

Air kolam mercit serta merta lalu membasahi mereka yang sedang terkejut melihat Hizzwan dan Afrisya terjun dari tingkat tiga masuk ke dalam kolam mandi.

" hye!! Kau orang buat apa ni? " tanya Dato Rafiq dengan wajah yang bengis. Hazzwan, Hizzwan, Afrisya, Ayra, Amirul dan Faisal tersenyum seperti kerang busuk.

Elyssa keluar dari pintu utama. Kemudian dia berjalan ke arah orang ramai sedang berdiri. Elyssa menolak orang di kelilingnya lalu berjalan mendekati Dato Rafiq.

Melopong Elyssa melihat suaminya yang sedang seronok bermain air. Elyssa berjalan mendekati Hazzwan. Hazzwan langsung tidak sedar akan kehadiran Elyssa.

" TENGKU MUHAMMAD HAZZWAN SYAFIQ!! WHAT ARE YOU DOING?!! " tanya Elyssa dengan wajah yang merah menahan marah. Hazzwan yang mendengar terus menoleh ke belakang memandang isternya.

" Sorry , sayang. Saya bosan lah duduk dalam bilik tu. Nak tido tapi tak boleh lelap " Hazzwan terpaksa menipu untuk mengelakkan Elyssa marah lagi. Hazzwan terus keluar dari kolam lalu memeluk isterinya. Habis basah baju Elyssa kerana turut terkena air di baju Hazzwan.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now