~ CHAPTER 45 ~

1.2K 47 1
                                    

Hizzwan terpaksa duduk di atas kerusi di pertengahan kerusi yang diduduk oleh Heliza dan Syafiqha memandangkan kerusi itu sahaja yang kosong. Hizzwan hanya duduk tanpa mempedulikan Syafiqha dei sebelah kiri dab Heliza di sebelah kanannya.

Syafiqha sudah tersenyum melihat Hizzwan di sebelahnya. Nampak gayanya Syafiqha masih tidak perasan bahawa Hazzwan adalah kembar kekasih hatinya.

"Nak makan apa? Meh saya cedukkan" kata Syafiqha sambil memandamg Hizzwan.

"apa-apa jer lah yang boleh makan"

"kalau macam tu saya ambil bihun goreng lah. Sama macam saya. Baru sweet" bisik Syafiqha di telinga Hizzwan. Hizzwan sudah beristighfar di dalam hati.

Heliza tersenyum mendengar usikkan dari Syafiqha itu. Malu Hizzwan dibuatnya. Heliza menggeleng kepala. Telefonnya yang berdering lantas dijawab panggilan itu.

"Esok akad nikah pukul berapa, ngah?" tanya Hazzwan memecahkan kesunyian di meja makan itu.

"Esok akad nikah pukul lapan pagi" jawab Heliza. Hizzwan yang mendengar tersenyum sinis.

"Laa, ada orang kahwin ke esok? Siapa yang kahwin tu? Apasal adik tak tahu?" tanya Hizzwan memerli Heliza di sebelah. Syafiqha berasa pelik. Bukan semalam dia sudah beritahu kepada Hizzwan bahawa Heliza mahu bernikah?

"Angah nak kahwin esok. Angah rasa kau kenal siapa bakal suami angah" kata Heliza lalu menghirup teh suam yang berada di dalam cawan itu.

"Tak nak kenal pun. Perlu ke kau bagi tahu adik siapa bakal laki kau sedangkan kau nak kahwin pun tak bagi tahu adik?" tanya Hizzwan sinis. Geram juga dia dibuatnya. Nak kahwin tak bagi tahu?

" Sekejap lagi kau tolong pergi Villa walid. Tolong tengok apa yang tak cukup. Lepas tu tolong hantar makanan dekat family bakal laki angah" arah Heliza. Hizzwan melepaskan tawanya.

Peduli pulak aku? Laki kau bukan laki aku! Hahahaha family bakal laki kau, kau lah pergi tengok apa yang tak cukup dekat villa walid tu. Ini aku yang kena. Hotak dia! Kutuk Hizzwan di dalam hati.

"Itu bakal laki siapa? Kau ke adik?" tanya Hizzwan sambil memandang kakaknya di sebelah.

"laki aku lah"

"laki kau, kau lah pergi tengok apa yang tak cukup dekat situ! Jangan menyusahkan aku!" balas Hizzwan sambil mengasingkan sayur di dalam pinggannya.

Hizzwan memang tidak sukan sayur sejak dari kecil lagi. Katanya sayur tidak sedap. Pahit. Memang lah pahit dah nama pun sayur. Mana ada sayur rasa ajinomoto.

"betul betul betul!" sokong Hazzwan dan Hizdfan. Ada benar juga kata-kata adiknya itu.

"Takkan awak tak stalk ig kakak awak ni?" tanya Syafiqha sambil memandang Hizzwan di sebelah. Takkan lah Heliza langsung tidak memuat naik gambarnya dengan bakal suami?

"Fiqha rasa dia nak update ke gambar dia dengan bakal laki dia?" tanya Hizdfan kepada Syafiqha.

"Gila nak update? Kang pergi kampus kena pangkah dengan student. Bertunang dengan rakan sekerja kot. Hahahahaha" sambung Hazzwan.

Hizzwan sudah berkerut dahinya. Rakan sekerja? Siapa? Ish, takkan lah. Mustahil! Sape dowh? Mamat tu ke? Iiiee, tak nak aku dia jadi abang ipar aku! Geli. Kata Hizzwan di dalam hati.
********

3:30 petang

Boleh dikatakan seluruh sanak saudara di sebelah Tengku Hizzman sudah berada di rumah. Saudara mara di sebelah Tengku Hanis masih belum sampai. Pada pukul 2:45 petang tadi saudara mara Tengku Hanis sudah berada di perhentian di sebelah Taiping.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now