Angin - angin pantai menerjah masuk ke dalam kereta seraya cermin tingkap kereta Mercedes diturunkan. Si gerangan melihat pemandangan pantai yang terbentang indah di sepanjang perjalanan untuk ke rumah baru. Tiba - tiba ketenangannya di ganggu dengan jeritan si adik.
" Arghhhh Maiera tak suka lah pindah sini ! " teriak Humaiera.
Si ibu yang duduk di seat hadapan menoleh ke belakang.
" Maiera sayang ....apa ni ? Jerit - jerit. Cuba bawa bertenang sikit. Kenapa ? Kenapa tak nak pindah sini ? Cuba bagitahu bonda.." kata Aliya lembut.
" Hmmm Maiera tak nak pindah sini , sebab Maiera tak nak berpisah dengan kawan - kawan baik Maiera dekat bandar tu. Hmmm lagi pun kenapa entah kita nak tinggal dekat kampung ni ? Kenapa kita tak stay aje dekat
bandar tu ? " bebel Humaiera.Ya itu juga yang dirasakan oleh Adam namun Adam hanya memendamkan rasa aje. Well Adam kan ? Dia mana suka luah perasaan ni. Dia tetap dengan wajah selamba dan seriousnya even dalam hati banyak yang terpendam.
" Maiera...ayahnda nak kita pindah sini sebab nak Maiera belajar macam mana duduk kampung ... jangan asyik nak rasa senang duduk bandar aje. Lagipun alah kawan baik tu kat mana - mana pun boleh cari. Ni hah nanti dekat sekolah baru jumpa juga kawan baru..." kata Huzairie mendatar pulak.
Humaiera terdiam. Biasalah kalau ayahnda dah mula bersuara takkan ada sesiapa yang berani melawan. Akhirnya Maiera akur. Hmmmm sedihnyaaa kena pindah tanpa kerelaan.
Eh mana Adwa ? Diam aje dari tadi tak bersuara ? Selalu dia yang back up adik kesayangannya ini ? Adawa ? Hahaha ada hah tengah melakar peta afrika di tempat duduk belah kiri. Humaiera jerit pun bukannya dia nak terjaga. Tidur mati agaknya.
Seketika Humaiera melentokkan kepalanya di bahu Adam. Adam hanya membiarkan hal itu, dia tahu Humaiera memang manja sikit dengan abang - abangnya cuma yang selalu duk melayan kemanjaan Humaiera ni, Adwa lah. Kalau Adam kadang - kadang aje.
" Abang Adam.." panggil Humaiera meleret.
Adam hanya diam. Humaiera dah masak sangat dah dengan perangai abang sulungnya. Suka tak menyahut bila dia panggil.
" Hmmm abang Adam..Maiera tak nak pindah..abang pun sama kan ? " bisik Humaiera takut - takut bonda dan ayahndanya dengar.
Adam menoleh sedikit memandang Humaiera yang sedap duk lentokkan kepala di bahunya. Selepas itu dia menoleh semula ke arah tingkap.
" Hmm abang Adam, tolong lah pujuk ayahnda dengan bonda untuk pindah balik ke bandar..Maiera nak tinggal dengan nenda.." bisik Maiera lagi sambil menarik - narik hujung baju Adam. Alahai manja + comel betul lah.
Tiba - tiba Adam mencubit pipi Humaiera kuat. Humaiera terjerit kecil. Sakit pipinya dicubit Adam.
" Maiera ! Apa lagi tu ? " tanya Aliya di hadapan.
" Errr tak ada apa lah bonda.." kata Humaiera lalu dia mengangkat kening kepada Adam.
Adam tayang muka selamba.
" Apa abang Adam ni cubit pipi Maiera ? Sakit tahu ? " kata Humaiera perlahan.
" Siapa suruh minta yang bukan - bukan lagi ? Abang Adam tak nak masuk campur dengan hal Maiera. Kalau Maiera nak balik sangat bandar, uruskan sendiri. Abang Adam tak nak kena marah dengan bonda atau ayahnda.." kata Adam mendatar perlahan.
Humaiera mencebik ! Alaaa abang Adam ni tak sporting langsung ahhh ! Ok fine ! Aku minta tolong abang Adwa lah nanti. Abang Adwa mesti nak tolong aku. Dia kan sayang aku ! Bukan macam abang Adam ! Garang macam singa !
Seketika Humaiera berpaling ke arah Adwa. Tanda merajuk konon dengan Adam. Adam tidak ambil peduli. Malas nak dilayan adik manjanya Humaiera ini.
By the way berapa umur mereka sekarang ? Hahahaha pejam celik pejam celik, percaya atau tak umur mereka sekarang dah 16 tahun. Kejap aje kan ? Cepat mereka membesar. Sekarang masing - masing ada rupa paras yang cantik dan segak - segak belaka. Well dah meningkat dewasa katakan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...