Bab 4

9.4K 501 1
                                    

Inspektor Shane meneguk segelas cola dengan rakus.Kedatangan gadis bertopeng yang telah dimaklumkan oleh Sarjan Johnny kepadanya, mulai dicari dengan penuh teliti.

Malam ini,dia terpaksa menyamar menjadi seorang lelaki biasa memandangkan dia perlu siasat sendiri gadis tersebut.

Dari jauh,Tengku Nurfaiza jugak turut mencari gadis yang sama daripada tempat yang agak tersorok daripada Inspektor Shane.

Pagi tadi,Tengku Nurfaiza tidak sengaja mendengar perbualan diantara lelaki itu dengan orang bawahannya mengenai kedatangan gadis bertopeng pada malam ni.

Dan Tengku Nurfaiza telah bertekad ingin melihat sendiri figura gadis yang telah berjaya menggoda ramai lelaki.

Sejam mereka berdua menunggu namun kelibat gadis itu belum muncul jua.

Tengku Nurfaiza berasa mengantuk begitu jugak dengan Inspektor Shane.

Tepat pada pukul 12 malam,tiba-tiba sahaja lampu pada kelab malam menjadi gelap.

Suasana bertukar bingit sebentar dan muncul seorang gadis bertopeng sedang menari di atas pentas diiringi lagu " Catch me if you can".

Tangannya begitu lembut sekali digerakkan di atas udara lalu dia mengikut segala rentak lagu.

Catch me if you can!

Chorus serta tajuk pada lagu tersebut membuatkan Inspektor Shane berasa pelik sekali.Seakan-akan,gadis bertopeng tersebut sedang menyindirnya.

Tengah elok berfikir,jantung Inspektor Shane berdegup kencang apabila melihat gadis tersebut menari ke arahnya.

Tengku Nurfaiza mengerutkan dahi dia apabila mengingati semula cerita Ben.Biasanya,gadis tersebut akan menggoda mangsanya terlebih dahulu sebelum membunuh.

Persoalannya,sape mangsa yang malang itu?

Sesaat kemudian,dia memandang semula ke arah gadis bertopeng tersebut yang mulai menari ke arah teman sekerjanya.

'Gulp!'

Inspektor Shane menelan air liur sebaik sahaja,gadis tersebut menyentuh lembut bahunya.

Tanpa berasa malu,dia menari dan terus menari di hadapan semua penghuni kelab malam itu terutama di hadapan Inspektor Shane.

'Oh My God! Jangan cakap dia nak target Shane!' desis hati Tengku Nurfaiza apabila melihat gadis bertopeng tersebut seolah-olah cuba menggoda Inspektor Shane.

Gadis tersebut menghembuskan nafasnya pada telinga Inspektor Shane sehingga lelaki itu kaku untuk bergerak.

Catch me if you can!

Pinggul digoyangkan dengan rancak sambil dia melangkah menuju ke arah pentas semula.Tengku Nurfaiza melihat Inspektor Shane seperti patung.

Benar kata semua orang.Sape yang akan jadi mangsanya,tentu akan tergoda dengn gadis itu.

Selang beberapa manit, gadis tersebut hilang apabila lagu itu berakhir.

'Nampaknya,dia dah tahu kehadiran Shane kat sini.Tapi sape dia?'

_____________________________

"Faiza nampak sendiri macam dia goda Shane! Dia sorang profesional.Malah,dia dah lama tahu Shane akan datang kat situ," ujar Tengku Nurfaiza serius pada pagi itu.

"Lek arh.Selagi dia tak sentuh sape-sape daripada kita,selgi tu jugak kita releks je," jawap Riko selamba.

"Kita kena buat sesuatu!"
"Bukan sekarang,Faiza.Angahkan dah nak kahwin hujung bulan ni.Takkan kita nak sebok dengan pompuan tu pulak," pesan Tengku Fazril lembut.

"Jangan dah terhantuk baru nak tengadah,along.."
"Habistu hati-hatilah waktu jalan supaya tak terhantuk mana-mana dinding." Giliran Alex pulak yang menjawap.

Tengku Nurfaiza merenung ke arah abangnya bersama mata yang sengaja dijengilkan.

"Kalau pompuan tu serang kita,baru kita ambik tindakan," sampuk Tengku Haikal.

"Hmmmm..." Tengku Nurfaiza tidak mampu menjawap lagi.Entah kenapa hatinya tidak berapa sedap.Maybe lupa letak garam kutt..Hahaha.

______________________________

"Aku dengar kau 'bermain' dengn
budak tu semalam.Aku tak nak kau tertangkap dengan dia," ujar orang tua itu sambil mengusap cincinnya yang berwarna hijau.

"Ye,aku saja nak 'main' dengan dia.Takde yang mampu tangkap aku," kata gadis bertopeng itu.

Dia menghadap ketuanya dengan begitu hormat sekali.

"Aku suka cara kau," puji The King Of Evil dengan penuh bangga sekali.

"Tapi atok,aku ada masalah sikit dengan keje ni,"beritahu dia.

"Apa masalah kau?"

"Setiap mangsa yang aku bunuh,diorang akan sebut nama Xender sebelum diorang mampus.Kata diorang,aku tak mampu lawan dia.

Aku baru masuk dalam dunia mafia ni setahun yang lalu dan aku masih tak kenal sape Xender yang sebenarnya.Yang aku tahu,dia sorang ketua mafia yang kuat dan kebanyakkan kawasan di setiap negara dia dah kongker.

Semua mafia lain tunduk pada dia.Tambah-tambah pulak,dia ada adik-beradik dan jugak orang-orang kanan yang kuat," tutur gadis bertopeng mendatar.

"Hmmmm..." The King Of Evil berdiam diri seolah-olah berfikir.

"Kau bunuh yang lain dulu.Aku akan fikir benda ni kemudian," Dia memberikan kata putus.

Gadis bertopeng itu tersenyum lebar lalu beredar dengan langkah yang menawan.

"Xender...kau memang susah nak dilawan.Melainkan...hehehe.."

___________________________________

"What's wrong? Duk termenung je dari tadi," soal Angel prihatin terhadap bakal tunangnya.

"Hmmm..saya dah jumpa dengan gadis tu,"beritahu Inspektor Shane.

"Ye ke? So,camne? Awak dapat tangkap dia tak?" soal Angel teruja.Inspektor Shane menggeleng bersama keluhan berat yang terbit daripada bibirnya.

"Nape pulak? Dah kat depan mata,so apa masalah dia?" Angel mengerutkan dahinya.

"Cantik.." ucap Inspektor Shane tanpa sedar.

"What?! Awak tak tangkap dia sebab dia cantik?! Jangan kata awak dah tergoda dengan dia!" bentak Angel kecewa.

Giler kau tak sakit hati.Bakal tunang puji pompuan lain.

"Ta...tak..bukan macam tu tapi.."
"Tapi apa,Shane?! Macam yang awak kata,semua mangsa dia akan tergoda termasuk awak sekali!

Mana iman awak yang selama ni tinggi menggunung? Sampai awak biarkan penjenayah tu goda awak sendiri!" marah Angel garang.

"Sayang,saya tak maksudkan macam tu.Cuma.."

"Dah,cukup! Majlis tunang kita dah nak dekat.Saya tak nak benda bodoh ni mengganggu pemikiran awak," pesan Angel kecewa lalu dia beredar dengan seribu perasaan.

"Maafkan saya,Angel.Saya tak sengaja,"ujar Inspektor Shane rasa bersalah.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now