Seorang gadis telah beberapa kali mengeluh berat. Fikirannya entah terbang ke mana walaupun sedang diajak berbual dengan mereka yang lain.
Bukan apa, sudah seminggu 'suaminya' tidak menjenguk dia disebabkan terlalu sibuk mengurus kerja yang tergendala selama lelaki itu menjaganya.
Rindu yang datang bertamu membuatkan semangatnya hilang tanpa dipinta.
Berkali- kali diajak berbual tetapi dia masih berdiam diri.
"Lek arh Sha. Xender tu pegi keje. Bukannya pegi bulan," ujar Miko selamba.
"Ha'ah. Baru seminggu doh. Takkan you dah naik giler? Hei, tak faham la aku dengan orang yang dah kahwin ni," komen Zack tenang.
"Korang berdua nak makan kaki tak? Dah seminggu dia tak jenguk I! I rindu! I nak jumpa dia!" rengek Angel. Air matanya ingin menitis keluar.
"Ha dah mulai dah. Kejap lagi nangis la tu. Akim, kau pegi call beruk hutan tu kejap. Kang nangis pulak bini dia ni," arah Ciko mendatar.
Angel memuncungkan bibirnya. Sengaja matanya dikerlip-kerlipkan untuk meminta simpati pada mereka berlima.
"Yelah, yelah. Dah makan la dulu. Kang Xender marah kat kitorang pulak sebab tak jaga you betul-betul," nasihat Riko.
"A big no darling. I tak nak makan selagi husband I tak muncul," bantah Angel seakan-akan anak kecil.
"But Risha, Xender ada appointment dengan klien daripada luar negara. Kang ganggu perhatian dia pulak," pujuk Ciko lembut.
Angel terdiam. Lama dia memandang ke arah berlima dengan pandangan yang sukar ditafsir.
"Hei, you jangan.."
"Uwahhhh!!! Nak my husband jugak!!" Angel menangis dalam raungan. Tangannya menumbuk-numbuk katil hospital seolah-olah budak kecil yang tak ditunaikan hajatnya.
"Ok,ok. Shhh..shh..jangan la nangis. Adoi. Sha..ok. Kitorang beli gula-gula nak tak?" ujar Ciko teruja.
"Tak nak!!!"
"Asal dengan kau ni? Takkan nak pujuk pompuan dengan gula-gula?" sampuk Zack kurang berpuas hati.
"Aku bukannya reti nak pujuk orang pompuan. Takkan nak pujuk diorang guna bra pulak ?"
Pakk!!
"Adoii!! Asal kau ketuk kepala aku?!" marah Ciko sebal. Sakit tau tak! Ada ke patut dia ketuk kepala aku guna mangkuk?! Dasar mangkuk ayun betul la.
"Kau pujuk dia guna bra buat apa?! Eish! " marah Miko. Dia mengambil sekotak tisu lalu diberikan terhadap Angel.
"Mikoooo!! I nak Xender!!" rengek Angel. Miko menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Sha.. jangan la nangis. Ok, cuba you chill kejap. Xender tu pegi keje. Kalau tak pegi keje pun, mungkin dia tengah dating dengan pompuan lain. Pfftt...hahahaha!!!" Serentak dengan itu, Miko tergelak sendiri mendengar lawaknya.
Angel tercengang manakala, mereka berempat pula memandang dia dengan pandangan acuh tak acuh.
"Kau ingat lawak ke babi?!" Akim meluru ke arah Miko lantas kepala jejaka kacak itu diketuk bengang.
"Argh! Sakitlah sial! Aku gurau sebab nak ceriakan keadaan!" bela Miko pada dirinya sendiri.
"Eisk..eisk..Dia ada pompuan lain?" kata Angel perlahan.
"Gurau?! Ha! Kau tengok apa yang dah jadi! Baik kau pujuk Risha sekarang! Kang sampai ke malam dia menangis macam ni," arah Zack sebal.
Miko tersengih lebar lalu mendekati 'isteri' kepada ketuanya.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...