"Mama!! Tak nak mandi sekali ke dengan kitorang?" laung Riley.Kelihatan dia sedang bermandi-manda sambil ditemani dengan kehadiran mereka yang lain.
"Takpelah,sayang.Mama tak reti nak berenang," tolak Angel lembut.
"Ok mama.."
Angel mengigit bibirnya menahan malas.Dah dua jam tengok Tengku Fazril,Alex dan Triple Ko memancing ikan.
Serious,bosan!
Sherly pulak kat rumah untuk temankan Tok Mariam dan Tasya.Dengan sape lagi dia nak berbual? Pokok? Pokok tu hanya reti bergoyang je.Itupun kalau ada angin yang datang.
Sementara,menunggu kaum lelaki tersebut menangkap ikan,Angel bangkit lalu memerhati sekeliling sungai itu.
Niat hanya ingin memandang mulai bertukar apabila telinga Angel terdengar bunyi seorang perempuan sedang menangis.
Pelik! Diorang tak dengar ke? Tanpa Tengku Fazril sedar,Angel bertindak sendirian untuk menyiasat punca kedatangan bunyi itu.
Semakin lama dia berjalan,semakin jauh jaraknya dengan mereka.
"Eisk..eisk..bebaskan aku..eisk.." nangis perempuan itu.
"Erhhh cik? Cik ok tak?" soal Angel prihatin.Dilihatnya perempuan itu sedang duduk bercangkung membelakangnya.
Sejak tinggal di rumah Tengku Fazril,entah mengapa sikap Angel mulai berubah.Riley telah banyak mengajarnya mengenai nilai morai.
"Ak..aku sesat..eisk eisk..bebaskan aku...eisk eisk.." nangis dia lagi.
"Cik sesat? Takpe,biar saya tolong cik cari jalan.Nak tak?" cadang Angel lembut.
"Jangan risau.Aku dah jumpa 'jalan' aku.." Perempuan itu berdiri lalu menoleh ke arah Angel.
"Kau 'jalan' aku!" tengking gadis itu bersama darah yang lebat mengalir di pipi.
"Arghhhh!!"
"Angel..." panggil dia.Perlahan-lahan dia mendekati tubuh Angel yang sedang mengigil ketakutan.
"Sape kau hah?! Jangan ganggu aku!" marah Angel.Tak sedar dirinya hampir tiba di tengah air sungai.
"Sanggup kau lupakan aku..Angel..Jangan bunuh diorang.Bunuh orang yang dah bunuh aku..tolong aku Angel..tolong.." Mendayu-dayu suara perempuan itu merayu terhadap Angel.
"Sape yang bunuh kau? Kenapa muka kau sama dengan aku?!" pekik Angel.
"Eisk eisk..sanggup kau lupakan aku Angel...sanggup kau.." nangis dia.
"Jangan dekat aku! Jangannn!!! Arghhhh!!!" jerit Angel apabila tubuhnya tiba-tiba sahaja tenggelam di dalam air.
"Suara sape tu?" tanya Nadiel yang sedang elok bermain air dengan Zack.
"Hantu ke?" kata Akim.
"Tak.Bunyi orang menjerit!"
"To...tolong!!!" jerit Angel meminta tolong.
"Tu suara mama!! Papa!! Mama lemas!!" Jerit Roland.Serta-merta riak wajah Tengku Fazril berubah pucat.Tanpa membuang masa lagi,dia terus berlari ke arah Angel lalu dia terjun ke dalam sungai.
"To..tolong...uhuks!! To..long!!"
"Mummy!!"Tengku Fazril membuat gaya kuak dada agar dia mampu sampai ke arah Angel dengan lebih yang pantas.
"To..long..." Nafas Angel semakin pendek.Tangannya perlahan-lahan tenggelam ke dalam air.
"Angel..bebaskan aku..." ada satu bisikan menerpa ke halwa telinganya.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...