Bab 25

7.7K 469 16
                                    

Dengar lagu tu sambil korang baca.

Disco night! Dis..dis..disco night!!

Seperti biasa Angel akan meneruskan tugasnya seperti dulu.Club malam itu dikuasai olehnya dengan tarian yang cukup seksi dan agak mempesona.

Sesiapa sahaja melihatnya akan terliur melihat lenggok serta kemanisan gadis bertopeng tersebut.

Sampai sekarang,tiada sesiapa yang berani menyentuhnya.

Angel menari bagaikan lupa dosa dan pahala.Tak sedar setan di neraka sedang bersorak gembira melihat cucu-cucu adam bergelumang dengan dosa.

Gadis bertopeng tersebut mengenyitkan mata seraya mengigit bibir.Selepas itu,dia berputar serta menggelekkan punggungnya.

"Wow!!!!" Tepukan gemuruh,jeritan dan jugak siulan kedengaran memenuhi club tersebut.

Beberapa minit kemudian, lagu berdentum-dentaman itu akhirnya habis dimakan masa.Angel membuat keputusan untuk berehat sebentar sambil meneguk air cola.

Tiba-tiba,bahunya dilanggar oleh seseorang sehingga minuman tersebut tumpah pada bahagian dadanya.

"Oh fuck! Woi!" Jerit Angel garang.

Dahlah langgar orang.Tak reti nak minta maaf pulak tu.Patut mampus masa baby lagi tau.

"Woi! Kau berhenti sekarang! Kau ingat club ni bapak kau punya?! " herdik Angel.Dia cuba melawan bunyi lagu yang terlalu kuat.

"Stop right there,bitch!" tengking Angel lagi dan sekaligus membuatkan perempuan misteri itu mematikan langkahnya.

"Kau pekak ke apa sial?!"

Perlahan-lahan perempuan tersebut memusingkan tubuhnya.Seketika,Angel mengerutkan dahinya manakala hati berdegup kencang tidak sekata.

Sebaik sahaja makhluk itu memandang ke arah Angel,gadis comel itu terkedu.

"Angel...bebaskan aku..eisk..eisk..bebaskan aku.." rayu perempuan tersebut bersama linangan air mata yang berwarna darah.

"Ka..kau..sa...sa..sape? Na..nape kau gan..ganggu aku?" terketar-ketar Angel berbicara.Dilihatnya penghuni-penghuni di sana tampak selamba dan tenang.Seolah-olah kehadiran makhluk itu hanyalah bersifat halimunan.

Namun persoalannya,mengapa dia sahaja yang mampu melihat 'benda' tersebut?

"Angel...bebaskan aku.." Rayu dia lagi.Semakin lama jaraknya semakin dekat pada Angel.

Angel pulak semakin mengundur.Ini ke dosa yang dia harus alami setelah membunuh orang tanpa rasa bersalah? Adakah roh itu ingin membalas dendam terhadapnya?

"Na..nape muka kau..sama dengan aku?" soal Angel takut-takut.
"Kau..kau dah lupa aku ke? Aku merayu.Bebaskan aku.." mohon dia lagi.

Air mata di wajahnya semakin banyak mengalir.

"Aku tak kenal kau!!" Ketika Angel berundur,dia terlanggar seseorang lalu terjatuh di atas lantai.

"Bebaskan aku!!!" nyaring suara dia lantas menerpa ke arah Angel dengan aksi seolah-olah ingin mencekik leher gadis itu.

"Jangannnnn!!!!" Dunia Angel kelihatan berpusing-pusing dan tampak sekali kabur.Akhirnya,kedua-dua mata dia tertutup rapat.

"Mummy!!! Bangun!! Nape ni ?!" kejut Tengku Fazril sambil menggoyang-goyangkan bahu Angel.

Kelihatan gadis tersebut mengigau akan sesuatu.
"Jangan!!!!"

"Putri Risha! Bangun!!!" pekik Tengku Fazril tegas.Serentak itu,Angel bangkit daripada lenanya bersama peluh yang memenuhi wajah dia.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now