Bab 16

7.7K 464 42
                                    

#Vote and Comment.

Tengku Fazril berulang kali meneliti jam pada atas dinding.Hari semakin senja namun anak bongsunya masih tak kelihatan.

Dia mengeluh berat lantas mengatur langkah ke arah dapur.Sebaik sahaja melihat figura Angel yang sedang membelakangkan dia,Tengku Fazril segera memeluk tubuh tersebut.

Hampir tersedak susu coklat yang baru ingin memasuki ke dalam anak tekak Angel.
"Mummy..nampak tak Riley? Daddy tak nampak dia sejak tadi," luah Tengku Fazril bimbang.

"Erhhh dia kan keluar kejap dengan kawan dia." Angel meleraikan pelukan lantas menghadap lelaki itu.

"What?! Keluar?! Mummy tak pernah bagi diorang keluar sorang-sorang!" Terkejut Tengku Fazril.

"Ye ke?" Bodoh makhluk itu menyoal.

"Mummy!!"
"Erhhh..Mummy gurau je.Cuba tengok dia kat bilik.Entah-entah dia tengah main dengan unicorn baru dia tu," tipu Angel gusar.

"Dah tapi..."
"Kat tandas ke..Pegilah check balik," desak dia lagi.
"Hmmm ok.." angguk Tengku Fazril lalu menuju ke tingkat atas.

Apabila dia yakin kelibat suami 'Putri Risha' telah hilang dimakan masa,Angel terus sahaja berlari keluar menuju ke taman.

'Masak aku kali ni!'

Ep,tapi bukan salah aku pun kalau si budak Risha tu yang tak benarkan anak dia keluar.Lek arh.

Budak kut.Biasalah nak main en.Kau yang bodoh sebenarnya,Angel! Cuba kau bayangkan kalau Riley tu anak kau.Takkan kau nak izinkan dia keluar sorang-sorang?

Arghh!! Lantak arh! Bukannya anak aku pun.Lari dan terus berlari akhirnya Angel tiba sebuah taman.

Mungkin taman ini yang dimaksudkan oleh Riley memandangkan taman ini sahaja yang berdekatan dengan kawasan penthouse mereka.

See? Jujur pulak budak Riley tu.Mustahil dia nak pegi jauh-jauh.

Sesaat kemudian,mata Angel melilau mencari budak remaja itu.
"Riley sayang.Kamu kat mana?" soal Angel mendatar.

Dup dap! Dup dap!

Jantung Angel tiba-tiba sahaja berdegup kencang.Entah kenapa hatinya terasa tidak enak.

"Riley anak mama.Kamu kat mana?" laung Angel lagi.Pucat lesi wajah Angel apabila melihat sekitar taman itu tampak sunyi.

"Riley! Riley!" Air mata Angel ingin keluar.Terbayang wajah Riley yang tersenyum ceria sebelum beredar tadi.

Tengah tekun mencari,tiba-tiba Angel terdengar bunyi seseorang sedang menangis.Dia meneliti suara itu dengan penuh fokus.Dan dia amat pasti.Itu ialah suara Riley!

"Riley!!!" pekik Angel.
"Uwahhh!!! Tolong!! Mama!! Eisk..eisk...Jangan!!"

"Ini padahnya kau berani pukul adik aku!" marah seseorang.
"Bukan salah akulah! Adik bodoh kau yang nak curi unicorn aku!" pertahan Riley.

"Kau ingat unicorn tu wujud ke?! Budak hingusan!" hina dia.Riley menangis semakin kuat apabila unicornnya dihina.

Dahlah tiba-tiba unicornnya dirampas dan dikoyakkan.Dihina pulak tu.Kesian Riley....

"Aku bagitau bapak aku untuk bunuh kau!!" tengking Riley berdendam.

"Wuhhh takutnya...Hah,nak report sangatkan? Ambik kau! Ambik kau!" Bersama ayat itu,lelaki tersebut memijak patung unicorn Riley sehingga kepala patung tersebut tercabut daripada badannya.

"Kiki!!!!" Nangis Riley.Patung kesayangan Riley dipijak sekuat hati.

Lelaki yang bernama Stefan itu tersenyum puas membuli seorang budak remaja.
"Aku bunuh kau! Bunuh kau!"

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now