Setelah lama 'berpesta' di negeri Sabah,akhirnya pasangan sejoli itu mengambil keputusan untuk balik ke KL semula.
Dalam pada itu, Tengku Fazril mendapat tahu bahawa fail di officenya semakin bertimbun tanpa disentuh oleh sesiapa mahupun Alex.
'Celaka punya adik. Aku dah suruh ambik alih boleh pulak dia main ML. Bila aku sampai nanti,aku pecahkan telefon kau!' gerutu Tengku Fazril geram.
Di office..
"Asal aku tak sedap hati erk?" luah Alex selamba. Kakinya seperti biasa diletakkan di atas meja kerja Tengku Fazril.
"Kau lupa letak garam kut ," bodoh Akim menjawap.
"Ye kut. Pandai kau menjawap erk ."
"Biasa arh. Ini Akimlah bro," bangga Akim sebentar.
Triple Ko dan Zack saling berpandangan. Sesaat kemudian,mereka memandang ke arah Alex dan fail yang bertimbun di atas meja silih berganti.
"Tak lama hidup budak ni.." gumam Zack perlahan lalu disambut anggukan oleh Triple Ko.
_______________________________
Christine mengetap giginya menahan marah. Rambut panjangnya diraup kasar sambil mengingati semula adegan mesra di antara Tengku Fazril dan juga Angel.
"Kau patut mampus! Kau tak layak bergandingan dengan Xender! Dia hak aku!" jerit Christine bagaikan orang gila.
Sesaat kemudian,dia memanggil nama seseorang dengan lantang.
"Johnny! Johnny!!"
"Ye bos.Ada apa?" kata Johnny penuh hormat.
"Aku ada keje untuk kau," senyum Christine licik.
Hari ni kau kena mampus, Putri Risha! bisik hatinya.
_______________________________
"Daddy, kita baru balik. Takkan nak pegi office pulak?" omel Angel kurang berpuas hati sebaik sahaja mereka keluar daripada perut lif.
"Daddy nak bantai Alex cukup-cukup. Kalau hidup tak menyusahkan,memang tak boleh! Rugi je daddy hidupkan dia dengan kasih sayang," bebel Tengku Fazril.
Angel tergelak kecil. Sayang jugak erk Xender dengan si Alex sengal tu.
Tengku Fazril menapak ke arah officenya dengan langkah yang pantas. Nak tak nak,Angel terpaksa berlari anak mengejar langkah lelaki itu.
"Eh,Tuan Fazril! Selamat pulang tuan," sapa Julian mesra.
Angel menganggukkan kepalanya memandangkan jejaka itu tidak memberikan apa-apa reaksi.
Apabila mereka tiba di sana,Tengku Fazril terus sahaja menghempas pintu dengan kasar.
Bam!
"Opocot mak aku cantik!" terkejut Riko.
"Alex!!!" pekik Tengku Fazril.
"Xender! Welcome home bro!" ucap Alex teruja lalu cuba memeluk tubuh abangnya.
"Home kepala hotak kau sial! Tengku Fazril menolak kasar kepala Alex sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.
"Kau pehal?! Datang-datang terus nak marah aku?!" marah dia.
"Marah kau kata? Ye,memang aku marah kat kau! Seminggu aku kat Sabah, seminggu tu jugak keje tertangguh oleh kau! Asyik main ML! Kau ingat ML tu mampu bagi kau makan? Mampu bagi kau beras ke ha ?!" tengking Tengku Fazril.
Kepala adiknya itu ditunjal geram.
"Kau jatuh miskin ke kalau aku tak buat keje seminggu?! ""Dasar adik tak boleh diharap!"
"Dasar abang tak boleh diharap!"
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...