Bayu pagi menampar lembut tubuh si gadis yang baru sahaja bangun daripada lenanya. Dia segera mengorak langkah ke bawah lalu mendapati ruangan tersebut kosong tanpa penghuni.
Hujung minggu ini sudah tentu ahli-ahli keluarga yang lain pergi keluar berjoging. Sesaat kemudian, Angel menggeliat kecil.
Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu menuju ke tepi tingkap kaca yang berjenis tinted.
Sebaik sahaja dia hampir mendekati kawasan itu, dia terlihat figura Tengku Fazril sedang berenang berseorangan di dalam kolam.
Dengan disinari sedikit cahaya pada tubuh lelaki tersebut membuatkan Angel menelan air liurnya.
Kelihatan Tengku Fazril menguak rambutnya ke belakang lalu memandang ke langit.
Mamma Mia! Kacaknya!
Entah mengapa kaki Angel terpacak dia atas lantai dan dia bagaikan terpesona. Tanpa sedar, dia menjilat bibirnya melihat tubuh Tengku Fazril yang berotot kental.
Dalam fikirannya, dia beranggapan bahawa Tengku Fazril tidak mampu melihatnya namun tekaan dia jauh meleset.
Semasa Tengku Fazril berenang gaya kuak dada, matanya tertangkap kelibat Angel yang sedang melihatnya dalam diam.
Tentu dia fikir cermin tu tak mampu buat aku tengok dia. Dengan gaya yang macho, Tengku Fazril menaiki tangga kolam lalu bangkit bersama boxer di pinggangnya.
Bertambah gila Angel dibuatnya apabila melihat otot-otot Tengku Fazril seolah-olah berkembang. Kedua-dua matanya yang bundar terkebil-kebil melihat batang tubuh Tengku Fazril semakin menuju ke arahnya.
Tanpa sedar, dia tersengih panjang. Bibirnya digigit manja manakala tangan pula menyentuh cermin di hadapan.
Patutlah ramai pompuan yang tertarik kat dia. Mak aih. Macho nak mampus doh! Arghh!! Kenapa kita tak ditemukan dari awal?! Uwahhh!!
Sekali lagi Angel menjilat bibirnya lalu tanpa sedar dia merapatkan bibirnya ke cermin. Gadis itu berangan mengucup bibir Tengku Fazril dengan melekatkan bibirnya pada cermin tersebut.
Dari luar, Tengku Fazril tergelak kecil. Dilihatnya telatah Angel yang sedang berciuman dengan cermin bersama mata yang tertutup.
Comel! Dasar otak kotor! Kalau nak, minta la terus. Yang nak cium cermin tu apehal? Adoi, lawaknya.
Dalam masa itu, akal fikiran Tengku Fazril tiba-tiba sahaja memainkan sesuatu. Dia segera menyelak cermin tersebut dengan luas sehingga Angel jatuh ke dalam pelukannya.
"Arghh!!" jerit dia.
"Ha berangan!" usik Tengku Fazril.Riak wajah Angel bertukar pucat lantas tubuh lelaki itu ditolak kasar.
Dia nampak ke apa yang aku dah buat?
"Errhhh daddy.. Daddy buat apa kat sini?" soal dia, canggung. Tengku Fazril menjongketkan sebelah keningnya. Pandai pulak budak ni nak berlakon.
"Takde. Just ternampak ada sorang pompuan giler yang duk sekodeng daddy mandi," usik Tengku Fazril tenang.
Merona merah pipi Angel sebaik sahaja mendengar bicara Tengku Fazril. Kantoi ke? Jangan la! Malu siot! Mana nak letak muka aku lepas ni? Takkan kat bawah ketiak korang pulak!
"Sa...sape? Be..berani dia sekodeng daddy!" ujar Angel tergagap-gagap.
"Betul nak tahu sape pompuan tu?" Tengku Fazril tersenyum lebar.
"Mestilah! Daddy kan hak mummy! Ke..kenapa orang lain nak sekodeng daddy pulak?!" bidas dia takut-takut.
"Emmmm...Daddy sebenarnya tak kesah pun kalau dia nak sekodeng daddy sebab..pompuan tu ada kat depan mata daddy," jawap dia.
Angel terkedu. Uwaaaa!! Aku maluuuu!!!
"Mummy...bukan sekodeng..cuma sebenarnya erhh..sebenarnya.."
"Sebenarnya apa?" duga Tengku Fazril nakal.
"Sebenarnya ha! Mummy tengah tengok cermin ni. Eish berhabuk! Dah berapa tahun cermin ni tak dibersihkan?!" nafi dia sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Jawapan Angel benar-benar membuatkan Tengku Fazril tersenyum panjang. Tingkah laku gadis comel itu berjaya mencuit hatinya.
Sesaat, Tengku Fazril menarik pinggang Angel secara mengejut lalu diputarkan ke arah dinding.
Gadis itu terkesima dengan gerakan pantas daripada suami Putri Risha. Kini, tubuh Angel melekap di dinding dan Tengku Fazril kelihatan tersenyum nakal.
"Apa yang daddy nak buat ni? " Angel melontarkan pandangan ke arah lain.
"You know what, baby..you tak perlu sekodeng I macam tu. Kalau you nak, I boleh bagi you bila-bila masa saje ." Hembusan angin tepat pada telinga Angel membuatkan nafsu gadis tersebut bergelora.
"Daddy salah faham je tu. Mu..mummy takde niat nak..sekodeng da..daddy.." Angel ingin melepaskan dirinya namun Tengku Fazril serta merta mendongakkan dagu ia.
"Your eyes..." bisik Tengku Fazril. Mereka bertatapan dalam jangka masa yang lama sehingga mereka hanyut dalam dunia ciptaan mereka sendiri.
"Your lips.." Disentuh bibir seksi Angel.
"Your nose..." Dicuit hidung mancung Angel.
"Your face.." Seketika mereka terdiam. Beberapa saat kemudian, Tengku Fazril bertindak merapatkan bibirnya ke arah bibir Angel manakala gadis itu pulak menutup matanya.
Bibir mereka bertaut mesra dan amat jelas sekali Tengku Fazril mengawal sepenuhnya permainan tersebut. Dia mengucup bibir Angel dengan lembut sehingga Angel terbuai mesra.
Akal fikiran Angel tidak mampu berfungsi dengan betul. Segala perilaku Tengku Fazril benar-benar membuatkan dia terbuai.
Serta-merta tangannya bertindak merangkul erat leher Tengku Fazril lalu ciuman lelaki itu juga turut dibalas mesra.
Tengku Fazril tersenyum dalam ciuman. Pertama kali 'Putri Risha' membalas ciumannya tanpa sebarang penolakan.
Saat mereka dalam dunia mereka sendiri, tiba-tiba muncul satu suara sumbang mengganggu suasana tersebut.
"Ehem.. takde bilik ke?" usik Ciko selamba. Angel segera menolak tubuh Tengku Fazril sehingga lelaki itu terdorong sedikit ke belakang.
"Sorry ganggu. Tapi aku rasa lapar..hehehe.." sengih Ciko tanpa rasa bersalah.
Angel mengigit bibirnya menahan malu lalu segera naik ke atas.
"Sha..you nak pegi mana? Sape yang nak tolong masakkan? " soal Ciko mendatar.
"Erhhh nanti I masakkan.."
Ciko mengeluh kecil lalu menoleh ke hadapan. Dia saat itu, dia melihat Tengku Fazril mencerlung tajam ke arahnya.
"Lu memang sial la Ciko! Takde keje selain nak kacau daun wa! " marah Tengku Fazril.
"Aik, apa salah aku? " Ciko terpinga-pinga melihat pemergian ketuanya lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Apa salah Ciko? Kesian dia.
Vote and Comment.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...