Pertarungan Terakhir(Part 2)

7.7K 531 49
                                    

Shilda tersenyum jelek melihat Putri Risha telah bersetuju untuk bergabung tenaga dengan rakan barunya, Christine. Kelihatan mereka berdua mengangkat pedang masing-masing lalu tersenyum sinis.

"Budak mentah! Ada hati nak lawan dengan aku?" Shilda memandang rendah pada mereka berdua.

"Aku takkan lepaskan orang yang dah bunuh daddy aku!" bengang Christine mengherdik Shilda.

"Kesian. Nak daddy erk? Biar aku jujur dengan kau. Niat aku sebenarnya nak bunuh pelacur kat sebelah kau tu. Tapi kau pulak sebok nak halang jalan aku! Kau hancurkan peluang yang aku ada! Memang patut bapak kau mampus!" herdik Shilda garang.

Christine mengetap giginya menahan amarah. Arwah daddynya harus dihormati bukan dihina seperti itu. Akibat dikawal dengan perasaan marah, Christine bertindak menyerang Shilda terlebih dahulu.

Putri Risha pula terpaksa melindungi Christine apabila melihat terdapat beberapa konco Shilda mulai campur tangan dalam pertarungan antara mereka bertiga.

"Chris, aku backup kau!" ujar Putri Risha lalu melibaskan pedangnya ke arah konco-konco Shilda. Sepanjang pertarungan itu berlaku, telinga masing-masing mampu mendengar bunyi jeritan serta seksaan yang berlaku.

Di dalam markas utama pula, The King masih bertenang walaupun suasana di luar terlalu bising. Sebenarnya The King amat suka mendengar bunyi jeritan, tembakan serta pedang yang berlaga.

Seperti biasa, belakang tubuh haiwan kesayangannya diusap dengan penuh kelembutan. Memang sukar lelaki itu ingin keluar daripada markasnya jika tiada sebarang sebab.

"Ketua!" ujar Alvin lalu menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

"Hmmm..."

"Maaf ketua. Saya dapat tahu bahawa Angel sedang dibantu oleh Christine iaitu anak kepada ketua mafia yang bernama Dato Mursyid," lapor Alvin amanah.

"Takpe. Aku dah agak benda ni akan berlaku. Sekarang, aku nak kau bantu Shilda untuk tamatkan pertarungan tu," arah The King mendatar lalu tersenyum jahat di dalam kegelapan.

Selepas menerima arahan The King, Alvin mundur sambil membawa alat senjatanya.

'Angel...tak sangka kau sanggup khianat The King...'

_____________________________

Zeng!

Christine menggunakan segala kudratnya untuk menahan serangan pedang daripada Shilda. Nampaknya, kedua-dua gadis itu tidak ingin mengalah walaupun sudah hampir kehabisan tenaga.

"Aku takkan lepaskan kau!" marah Christine lantas menyepak bahagian belakang kaki Shilda sehingga gadis itu terjatuh di atas tanah.

"Sial!" maki Christine bengis. Sedikit pun dia tidak memberi simpati pada manusia yang telah membunuh darah daging kesayangannya.

Dengan pantas, Christine menarik rambut Shilda lalu wajah gadis tersebut ditumbuk kuat.

"Kalau bukan sebab kau, bapak aku tentu masih hidup!"

Bush!

"Sial! Pegi jahanam dengan dadah kau!" tambah Christine lagi lalu melepaskan sebuah tumbukan. Namun, tangannya tiba-tiba sahaja berhenti apabila Shilda tersenyum sinis seraya menahan penumbuknya.

"Kau ingat aku mudah dikalahkan?" Serentak dengan itu, Shilda menghentakkan kepalanya pada kepala Christine sehingga gadis itu terdorong ke belakang menahan kesakitan.

"Arghhh!! Fuck! Sakit!" adu Christine geram.

"Huhuhu..nak daddy ke? " sindir Shilda. Semasa Christine dalam keadaan yang leka, Shilda mengambil peluang tersebut dengan melibaskan pedangnya pada bahu Christine.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now