Bab 40

8.7K 510 49
                                    

Thanks pada yang sudi buat nama tu untuk author. (Media kat atas)

Tengku Fazril memandang Angel dan Christine silih berganti.Kelihatan gadis itu sedang berjalan ke arahnya dengan lenggok yang gedik.

"Sayang!!" panggil dia manja.

Angel mengetap giginya menahan geram.

Sampai ke sini betina tu nak kejar suami aku! Eh,salah.Suami Putri Risha.

Tengku Fazril mengeluh malas lalu menuju ke arah Christine dengan langkah yang bengang.Tangan perempuan itu ditarik agar menjauhi mereka semua.

"Sayang..janganlah tarik I macam ni.I ada maruah tau," rajuk Christine.Eeee rasa nak bagi penampor ajo.

"Maruah? Kalau kau ada maruah,asal kau kat sini? Ni kampung bini aku!" bidas Tengku Fazril sebal.

"You ingat kampung ni milik bini you sorang je ke? I datang kat sini sebab nak bercuti je.By the way, I menginap chalet kat sana.You boleh.."

"Eh,apa benda kau merepek ni? Baik kau blah sebelum aku putuskan hubungan kita sebagai rakan kongsi," ugut Tengku Fazril.

Kalau tak disebabkan daddy Christine iaitu Dato Mursyid,mungkin sudah lama Christine dihumban jauh ke dalam gaung.Menyampah!

"Sayang,hargailah sikit apa yang I dah buat untuk you.." rengek Christine.Matanya dilirik ke arah Angel yang sedang merenungnya dengan pandangan yang tajam.

"Sape suruh kau datang? Kau blah sekarang.Blah!" tengking Tengku Fazril namun Christine tidak ambil peduli.

Dengan beraninya,dia datang mendekati tubuh Tengku Fazril lalu jarinya sengaja bermain di dada bidang lelaki itu.

"Sayang..." rengek dia lantas menjeling ke arah Angel yang sedang menderam geram.

"Roland,Riley! Jom balik!" arah Angel geram.Dia menghentak-hentak kakinya sambil menuju ke arah rumah.

'Sial punya betina tak cukup kain! '

"Papa,jom balik! Jangan buat maksiat kat sana.Nanti mama jadi hulk versi pompuan!" jerit Riley lalu berlari mendapatkan Roland dan Angel.

"Blah!" marah Tengku Fazril.Tubuh Christine ditolak kasar lalu dia turut beredar bersama yang lain.

"Xender! Tunggu I!" laung Christine tergedik-gedik.
"Nahas aku kejekan kau kalau kau berani nak ikut aku balik! " ugut Tengku Fazril bengis.

"Tapi..."
"Chris..jom balik chalet.Hari dah malam," pekik sahabat karibnya yang bernama Calextha dari dalam rumah.

Christine merengus geram kerana telatahnya tidak dilayan oleh lelaki tersebut.

You tunggu je,Xender! I akan pastikan you jadi milik I!

_________________________________

Angel menyapu seluruh tangannya dengan losyen Nivea.Sejak tadi, hatinya menyumpah seranah akan kedatangan Christine secara mengejut itu.

"Kuat betul mummy sapu losyen tu kat tangan.." tegur Tengku Fazril seraya menyikat rambutnya untuk pergi ke warung Pak Samad bersama mereka yang lain.

Memandangkan malam ini malam terakhir mereka berada di kampung,Tok Mariam dengan terujanya mengajak mereka untuk berkaraoke di warung tersebut.

"Marah kat daddy ke?" duga dia.
"Eh,taklah.Marah kat beruk Afrika," balas Angel selamba.

Seketika,keadaan mulai senyap semula.

"Ehem..mummy jealous ke?" usik Tengku Fazril nakal.

Kau ingat comel ke? Comel sial adalah!

"Haha.Lawak bro.Mummy tak kesah pun kalau daddy nak berasmara dana dengan betina tu.Nak MAMPUS sekalipun takpe," sinis Angel berkata-kata.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now