Tit..tit..tit..
Tengku Fazril mengucup dahi 'isterinya' yang terasa panas. Nampaknya gadis comel itu mengalami demam panas tanpa pengetahuannya.
"Nasib baik you bertindak awal, Fazril. Kalau tak, I tak tahu apa akan jadi dengan Risha. You tahu tak dia kelar lengan dia hampir kat urat . Boleh membawa maut!" beritahu Qistina, risau.
"I sendiri tak tahu..kenapa dia jadi macam ni.." Tengku Fazril mengusap lembut pipi 'Putri Risha'. Wajah permaisurinya begitu pucat sekali bersertakan bibir yang berwarna sedikit kebiruan.
"I rasa dia mengalami stress dan kemurungan yang panjang. Biasanya, pesakit akan bertindak agresif apabila berasa tekanan yang terlalu mengasak fikirannya.
Berdasarkan penglihatan I, ada sesuatu yang tengah menganggu fikiran Risha sekarang ni. Hmmm..korang gaduh ke?" soal Qistina mendatar.
"Tak tapi sejak akhir-akhir ni, I tengok dia kerap sekali pening kepala. Kekadang alami mimpi buruk yang I sendiri pun tak tahu apa dia. Risha tak pernah sekali pun nak luahkan," jawap dia jujur.
"Fazril...I kenal Risha sejak sekolah menengah. Kalau dia ada masalah, dia akan tanggung sendiri.
Dia tak suka susahkan sesiapa. Selagi dia boleh diam, dia akan diam. Tapi dia tak sedar yang dia bakal buat hatinya sendiri sakit dan merana. Macam sekarang ni. Please, jaga dia baik-baik," pesan Qistina sebelum beredar pergi.
Sungguh dia rasa simpati akan masalah yang sedang ditanggung oleh rakan baiknya.
"Mummy...please... jangan tinggalkan daddy. I really miss you,baby!" ucap Tengku Fazril lalu mengucup pipi Angel. Sudah beberapa jam gadis itu tidak menyedarkan diri.
Sesaat dua saat kemudian, Tengku Fazril mengusap pipi Angel dengan lembut lalu mendaratkan kepalanya pada tangan gadis tersebut.
Tanpa pengetahuan dia, ada seseorang yang sedang mengintip gelagatnya sejak tadi.
Tengku Nurfaiza hanya diam menikus. Entah mengapa hatinya dicengkam perasaan sebak walhal dia pasti gadis di atas katil itu bukannya arwah Putri Risha.
'Faiza akan dedahkan sape pompuan tu sebenarnya!'
_____________________________
"Daddy,diorang nak mummy.Nak bunuh kita semua! Eisk..eisk..daddy...tolong mummy.Mummy tak tahu tempat ni,"ujar dia kecewa.
Mereka berempat pulak hanya menjadi sekadar pendengar setia.Riak wajah masing-masing penuh dengan sindiran.
"Diorang kejam!"
"Tunggu daddy.Daddy janji akan selamatkan mummy!" janji Tengku Fazril seraya memandang ke arah Miko yang sedang memeriksa koordinat melalui panggilan tersebut."Daddy...jaga anak kita baik-baik," pesan dia sebelum telefon tersebut ditarik oleh seseorang.
Angel membuka matanya perlahan-lahan.Air matanya jatuh merembes pipi sebaik sahaja melihat dunia semula.
"Mama!!" jerit Roland lalu memeluk tubuh mamanya diikuti Riley.
"Mama ok tak? Mama kenapa buat macam ni? Mama dah tak sayangkan kitorang ke?" Air mata Roland bergenang melihat keadaan Angel.
Gadis itu hanya diam tanpa memandang ke arah mereka. Fikirannya kembali pada mimpi yang dialami sebentar tadi.
Seakan-akan benar tapi siapakah gerangan perempuan yang sentiasa menganggu lenanya?
"Mummy..syukur mummy dah sedar. Mummy ok tak? Nak apa-apa?" soal dia prihatin lantas mengucup dahi Angel.
Yang lain pula hanya menjadi sekadar penonton.
Di masa itu, Angel tidak sesekali membuka suaranya. Dia hanya menoleh ke arah Rosilia sekilas lalu melemparkan pandangan ke arah dinding.
"Mu ..mummy?" Tengku Fazril terasa hati akan sikap 'isterinya.'
"Maafkan saya. Saya rasa Risha perlukan rehat sekarang. Harap korang semua bagi dia ruang," kata Qistina tenang lalu menunggu di luar sahaja.
Mereka semua menghela nafas lalu perlahan-lahan meninggalkan ruang tersebut.
"Mummy, rehat la dulu," Tengku Fazril mengucup dahi Angel dengan syahdu. Sungguh dia sayang akan wanita yang selama ini telah memberikan dia seribu warna kegembiraan.
Angel hanya berdiam diri. Tanpa pengetahuan mereka, gadis itu menitiskan air matanya sebaik sahaja mereka semua mengosongkan bilik itu.
Hatinya begitu sarat sekali dengan kesedihan. Kisah hidup individu misteri di dalam mimpinya itu membuatkan jiwanya berkecamuk dengan pelbagai soalan.
Sakit..
_____________________________
"Saya harap korang semua bagi Risha ruang untuk tenangkan fikiran dia," pesan Qistina lembut.
"Anak auntie ok tak?" soal Datin Melia risau.
"Untuk masa sekarang ni , kondisi Risha dalam keadaan yang normal. Tapi saya mohon agar jangan sesekali berikan dia tekanan yang mampu buat dia bertindak di luar kawalan," balas dia tegas.
"Baiklah. Kitorang faham."
"Kalau boleh, jangan ramai- ramai pulak bermalam kat dalam bilik Risha. Cukup Fazril je yang temankan," tambah Qistina lagi.
Semua mengangguk faham dan setuju agar Tengku Fazril sahaja tinggal bersama 'isterinya'.
Selepas beberapa puluh minit kemudian, mereka beredar meninggalkan Tengku Fazril.
Lelaki kacak itu menghela nafasnya lalu masuk ke dalam bilik Angel.
Kelihatan gadis itu tengah lena dibuai mimpi. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Angel lalu wajah manis itu diusap dengan penuh kasih sayang.
Dalam masa itu, Tengku Fazril terlihat pipi Angel berbekas dengan tangisannya. Timbul rasa kasihan buat gadis comel itu.
Fikirannya juga turut dihujani dengan seribu persoalan mengenai masalah Angel.
Mata tertutup 'isterinya' dipandang lama. Terasa rumah tangganya porak-peronda disebabkan sesuatu yang dia langsung tak tahu.
Sikap Angel yang hanya berdiam diri menjerumuskan mereka ke alam ketidakpersefahaman. Sampai bila Angel akan terus berdiam diri?
Sampai bila dia kena terus bertahan melihat Angel bersikap dingin padanya?
__________________________
"Ketua!" Alvin membongkokkan badannya ketika menghadap The King Of Evil. Lelaki tua itu wajib dihormati jika tidak ingin menempah maut.
"Apa kau nak?" soal dia serius.
"Maaf menganggu ketua. Saya baru dapat berita bahawa cucu ketua dimasukkan ke dalam Hospital Bahagia," lapor Alvin.
"Hospital? Punca?"
"Dia dimasukkan ke dalam hospital atas cubaan membunuh dirinya sendiri. Bahkan, dia turut mengalami kemurungan dan tekanan yang tinggi. Ketua nak saya bertindak dengan membawa dia ke sini ke?" Alvin menawar dirinya.
"Tak perlu. Aku yakin yang dia ada agenda tersendiri," bantah dia mendatar.
"Baiklah!"
Tanpa The King sedar, perbuatannya ini akan membuatkan segala-galanya bakal berubah.
Vote and Comment.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...