Hari yang seterusnya, keluarga Tengku Fazril dikehendaki berkumpul untuk meraikan majlis sempena kelahiran anak kedua Alex.
Hanya Tengku Haikal dan isterinya sahaja tidak mampu menghadiri majlis tersebut kerana ingin menjaga Tengku Nurfaiza di hospital.
Malam itu, mereka berkumpul di ruangan makan sambil tekun berbual antara satu sama lain. Angel pula seronok menjamah makanan yang telah terhidang.
Kebanyakkan lauk dimasak dengan pelbagai jenis ayam. Ini membuatkan Angel terliur dan terus menyuapkan makanan tanpa henti.
"Amboi, seronoknya anak papa ni makan. Dulu kata nak jaga badan. Sekarang ni lauk sayur pun Risha tak makan," tegur Dato Fikri bersama senyuman lebar.
"Sedap la papa," jawap Angel jujur. Dia memasukkan berkali-kali makanan tanpa henti. Dalam pada itu, terdapat seorang manusia juga turut berperangai seperti dia.
"Along, sedap sangat ayam tu?" tutur Tengku Zamil selamba. Tengku Fazril hanya mampu tersenyum sumbing.
Ketika Tengku Fazril mengambil seketul ayam gorem yang hanya tinggal di atas sekeping pinggan, tiba-tiba dia tersentuh tangan 'isterinya.'
Angel dan Tengku Fazril saling berpandangan. Maklumlah ayam goreng tersebut merupakan ayam yang terakhir untuk dimakan.
"Lepas!" ujar Angel keras.
"So,what?" balas Tengku Fazril dingin."Ini mummy punya!" bidas Angel lalu menarik ayam goreng tersebut rapat ke arahnya.
"Eh, ada nama mummy ke kat sini?" bidas Tengku Fazril selamba.
"Tapi mummy yang dulu ambik!"
"Sape ketua rumah tangga? Mummy or daddy?" Tengku Fazril bertarik tali.Double R hanya mampu saling berpandangan.
"Dah mula dah," gumam Roland perlahan.Tengku Fazril dan Angel saling bergaduh lagak anjing dan kucing. Berkali-kali ayam tersebut ditarik rapat ke arah masing-masing.
"Ni mummy punya!!" marah Angel sebal. Yang lain hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala.
"Along, bagilah kat Risha tu. Dia kan memang penggemar ayam dari dulu," pujuk Tengku Lily lembut.
"Eh, mana boleh! Asyik dia je nak makan ayam!" seloroh Tengku Fazril. Ketika lelaki itu sedang bertikam lidah dengan mummynya, Angel mengambil kesempatan tersebut dengan menarik kuat ayam itu.
Akhirnya, Angel berjaya menawan ayam tersebut yang sejak tadi menjadi bahan pergaduhan mereka berdua.
"Yeah! Mama memang!" sorak Riley ceria. Angel mengenyitkan matanya pada gadis remaja itu lalu cuba mengigit isi ayam tersebut.
Tengku Fazril yang sememangnya kurang berpuas hati bertindak menolak sedikit badan Angel sehingga ayam di tangan dia terlepas.
Angel tercengang. Ayam di atas lantai dipandang dengan perasaan kurang percaya.
"Sorry, mummy. Tak sengaja," mohon Tengku Fazril. Namun, jauh dari sudut hatinya dia berasa puas kerana telah berjaya mengalahkan Angel.
"Along, apa yang along buat ni? Tak baik tolak rezeki macam tu," tegur Tengku Lily tegas. Tengku Fazril hanya sekadar berdiam diri.
Sesaat kemudian, kedengaran esak kecil terbit daripada bibir mungil Angel. Kesemua daripada mereka terdiam.
"How could you.." kata Angel sekaligus memandang tajam ke arah Tengku Fazril.
"What?"
"You memang sengaja! Jahat! Jahat! Jahat!" Dengan spontan, Angel memukul bahu Tengku Fazril lantas berlari ke tingkat atas.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
Lãng mạnSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...