Angel menjongketkan keningnya melihat ke arah seorang budak perempuan kecik.
Dahlah pendek,entah berapa umo pun aku tak tahu.Tak sedar diri punya budak.
Terhambur jua tawa Angel melihat Riley yang ingin mencabarnya bertarung.
"So cute..." sindir Angel.Dia mendekati Riley lantas kepala budak itu diusap kasar.
"Pegi kat bapak kau.Kau tu tak layak lagi nak lawan orang macam aku," bisik Angel.
Riley tersenyum sinis.Tanpa sebarang amaran,dia menumbuk perut Angel sehingga Angel terdorong ke belakang lalu terbatuk kuat.
"Perghhh!! Riley anak harapan!!" laung Tengku Haikal teruja.
"Aku Riley.Umo aku 13 tahun tapi jangan kau ingat aku ni lemah! Kau tak kenal sape kami yang sebenarnya!" tengking Riley garang.
Angel merengus geram dengan keangkuhan Riley.Dia berjalan ke arah budak tersebut lalu rambut dia ditarik kasar.
Pantas sahaja Riley mengambil pisau di pinggangnya lalu dihiris pada tangan Angel.
"Arghhhh!! Sial punya budak!"
Geram Angel dibuatnya.Kelicikan Riley benar-benar mengundang rasa bengang pada diri dia.
"Asal? Kau ingat kau aje yang terer berlawan?" ejek Riley diiringi tawa kecilnya.
Kedengaran penuh licik dan sinis.
Angel berhenti memandang rendah pada diri Riley.Oleh itu,dia meluru ke arah Riley lantas memberikan sepakan kuat pada perut budak itu.
"Elak Riley!!"
Riley menunduk laju.Dalam masa itu,dia berjaya mencucuk bahagian betis Angel menggunakan pisau.
"Arghhh!!" jerit Angel kesakitan.
Disentuhnya betis dia yang berdarah."Riley,selesaikan dia!" dorong Tengku Fazril suka.Riley menoleh ke arah papanya lalu tersenyum ceria.
"Ok,papa!" Saat dia menoleh ke arah hadapan semula,riak wajahnya terus berubah serius.
Perlahan-lahan dia maju ke arah Angel.Namun,saat mereka saling berpandangan,Riley terus sahaja mematikan langkah.
'Uni...unicorn?!'
Angel menolak kasar bahu si kecik apabila dia kelihatan terpaku atau lebih kepada kelihatan kagum.
Tak tahu apa nak kata.Yang penting budak tu harus mampus!
"Adoiii!!" rintih Riley kesakitan.Angel mencapai kembali handgunnya lantas picu ditarik.
Saat ini,muncung pistol benar-benar berhadapan dengan Riley.
"Jangan sentuh adik aku!"
Angel mendongakkan wajahnya.Mampu dia melihat Roland sedang menuju ke arah dia sambil mengacukan pistol ke arahnya.
Tanpa sempat berkata apa-apa..
Bang!
"Bullseye!" kata mereka semua serentak.Mereka memberikan tepukan gemuruh pada Roland.
"Arh anak aku tu.Kau ada?" Bangga Tengku Fazril.
"Anak aku tak besar lagi," jawab Alex malas.Angel memegang bahunya yang mengeluarkan darah pekat.Perlahan-lahan dia mulai mengundur.
Kehadiran mereka yang terlalu ramai membuatkan dia tidak mampu tanganinya.
Selepas satu kalah,satu pulak yang datang waima dia hanya datang berseorangan.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...