Bab 61

5.9K 433 23
                                    

"Mak? Mak buat apa kat sini?" soal Datin Melia apabila melihat maknya sedang merenung sebingkai gambar di dinding.

Jelas sungguh bahawa wanita tua itu tampak rindu dengan seorang bayi kembar di dalam gambar tersebut.

"Mak, ok tak?" soal dia lagi. Tok Mariam tersenyum hambar lalu menoleh ke arah anak perempuannya.

"Mak rindu sangat dengan arwah," ujar dia sebak.

"Mak.." seru Datin Melia sedih.

Dia merangkul erat bahu emaknya lalu turut memandang gambar tersebut.

"Kamu tak rindu ke dengan dia?" duga Tok Mariam.

"Sape tak rindu dengan darah daging sendiri mak. Sampai sekarang Melia teringatkan arwah," jujur dia berkata.

"Hmmm.."

"Ni semua salah ayah! Dia culik arwah dan biarkan arwah terbunuh disebabkan musuh-musuh dia! Melia bencikan ayah!"

"Melia..jangan cakap macam tu. Dia tetap ayah kamu. Teruk mana pun dia, dia la punca kamu ada dalam dunia ni," nasihat Tok Mariam lembut.

"Tapi dia juga la punca Melia terpisah dengan darah daging Melia sendiri!" bidas dia lagi.

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu suara yang tak asing di pendengaran mereka.

"Tok cik masih hidup?" sampuk Roland yang sejak tadi mendengar perbualan mereka.

"Roland? Dah lama kamu kat situ?"

Roland mengangguk.

"Tok cik masih hidup dan dia pernah culik darah daging nenek?"

Nak tak nak, Datin Melia terpaksa mengiyakan.

"So, mana tok cik sekarang? Kenapa kitorang tak pernah jumpa dia?"

"Opah pun tak tahu. Yang pasti,dia berada di tempat persembunyiannya dan tak pernah sesekali pun keluar," beritahu dia jujur.

"Hmmm.." Ada sebuah soalan yang ingin ditanya pada mereka berdua, namun dikuburkan sahaja kerana takut masa sekarang tak sesuai.

Suatu hari nanti, dia akan meluahkan jua. Ya,suatu hari nanti.

______________________________

"Sayang? Daddy nak pegi keje dulu. Sayang tinggal dengan mummy kejap tau. Lunch nanti daddy balik," ujar Tengku Fazril lembut walaupun Angel masih belum membuka pintunya.

Sejak dua hari yang lalu, Angel langsung tak membuka pintunya.  Makan dan minumnya tak terjaga lagi. Entah apa gadis itu tengah buat di dalam bilik.

"Sayang? Hmmm..daddy pegi dulu ye," kata dia lagi walaupun tahu yang Angel takkan sesekali menjawap bicaranya.

Selepas itu, Tengku Fazril menghela nafasnya lalu beredar perlahan.

'Hmmmm...'

______________________________

Tengku Haikal bermain sebatang pen di jarinya sambil memandang ke arah Tengku Fazril. Wajah serius abang sulungnya ditilik lama.

"Asal kau tengok aku macam tu?" soal Tengku Fazril. Sejak tadi dia sedar adik keduanya tekun merenung dia.

"Saje nak tengok."

"Aku kenal kau bukan sehari dua . Ha, apa kau nak sebenarnya?" soal Tengku Fazril.

"Hmmmm..aku nak tanya. Kau dengan Risha gaduh ke?"

"Tak. Asal?"

"Dingin je aku tengok dia," Komen Tengku Haikal jujur.

"Takde apa-apa yang pelik pasal dia," bela Tengku Fazril.

Sesaat kemudian, telefonnya berdering minta diangkat. Nama pemanggil dilihat sekilas lalu dia segera menjawap .

"Asal kau call aku?" soal dia.

"Baik kau balik sekarang. Bini kau dah mengamuk hantu kat bilik dia!" lapor Miko serius.

"Mengamuk?! Asal?!"

"Kau balik je la! Aku pun naik gerun dengar bunyi berdegang-degung dalam bilik dia. Balik cepat!" desak Miko lagi.

Tengku Fazril cepat-cepat mematikan talian lalu berlari pantas meninggalkan adiknya bersendirian.

"Xender kau nak gi mana?! "

"Rumah!"

_______________________________

Koperal Bethany memberikan tabik hormat sebaik sahaja berhadapan dengan ketuanya. Pada ketika itu, Tengku Nurfaiza sedang memegang 3 barang lalu memandangnya sekilas.

"Ada apa puan panggil saya?"

"Bethany, saya nak awak buat ujian DNA pada 3 barang ni dan bagi keputusan dia secepat yang mungkin," arah Tengku Nurfaiza tegas.

Dia memberikan 2 berus gigi bersertakan pisau yang berbekas darah di pipi Angel sewaktu bertarung di England dulu.

'Gadis bertopeng.Huh, aku akan tangkap kau tak lama lagi!'

______________________________

"What the hell is going on?!" jerkah Tengku Fazril lalu mengetuk pintu bilik Angel berkali-kali.

"Mummy! Buka pintu ni mummy! Buka!" arah Tengku Fazril bengang.

"Takde gunanya. Dia tak nak buka," sampuk Riko mendatar.

"Ha'ah. Mama risau la Fazril. Tadi kami semua dengar Risha buang semua barang kat bilik lepastu menjerit marahkan orang. Mama takut kalau ada apa-apa yang terjadi pada anak mama," luah Datin Melia bersama tangisannya.

Dalam pada masa itu, mata Tengku Fazril tak sengaja melihat figura Rosilia yang sedang memandang ke arahnya.

Dia kembali mengetuk pintu dengan kuat.

"Risha! I said open this fucking door now!" desak dia semakin garang. Senyap. Angel masih memilih jalan untuk berdiam diri.

Tanpa membuang masa lagi, Tengku Fazril menendang pintu itu beberapa kali sehingga hancur dibuatnya.

"Risha! You dengar tak?!" Tiba-tiba, Tengku Fazril terkedu sebentar. Dia melihat bilik tersebut berselerak dengan pelbagai barang yang telah pecah.

Seluruh pakaian juga nampaknya telah dibuang di merata tempat tanpa dilipat. Apa sebenarnya yang telah terjadi dalam bilik tersebut?

Yang lain pula hanya menunggu di luar disebabkan arahan Tengku Fazril sebentar tadi. Naik meremang bulu roma mereka melihat seluruh bilik tersebut yang kelihatan suram ditambahkan lagi langsir tingkap tidak dibuka.

"Sayang? Ar..are you okay?" tergagap-gagap Tengku Fazril mnyoal apabila melihat sekujur tubuh di atas katil bersaiz king itu.

Beberapa minit kemudian, dia dikejutkan dengan keadaan Angel yang sedang lemah bersama darah di lengannya. Dia menganggak bahawa gadis comel itu telah mengelar lengannya sehingga mengeluarkan darah pekat.

"Ohh shit! Mummy!" Dengan pantas, Tengku Fazril mencempung tubuh Angel lalu berlari menuju ke luar bilik.

"Risha!! "
"Mama!!"

Riley sudah teresak-esak menangis di dalam pelukan Datin Melia.

"Apa yang Risha dah buat ni?" ujar Tok Mariam sebak. Masing-masing menuju ke dalam kereta untuk menghantar Angel ke hospital.

'Mummy, please jangan tinggalkan daddy lagi...' kata hati Tengku Fazril berbisik halus.

Vote and Comment.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now