Angel hanya membiarkan sesetengah daripada bahagian tubuhnya dibersihkan oleh Tengku Fazril dengan menggunakan sehelai tuala.
Naik hairan jugak bila 'suaminya' itu sering kali menjaga dia sepanjang dirinya sakit.
"Nak makan tak?" tanya Tengku Fazril mendatar.
Sepi. Angel hanya memandang wajah lelaki itu dengan pandangan kosong.
"Ok, jom makan! Lapar dah ni!" ajak dia ceria. Batang tubuh Angel diangkat ringan lalu dia memperbetulkan sedikit posisi 'isterinya'.
"Jangan tolak! Tak comel la kalau kurus camni. Macam tulang je. Ni nak goda anjing jalanan ke apa?" bebel Tengku Fazril dalam usikan.
Angel merenung tajam anak mata lelaki itu.
'Anjing dia kata?!'
"Erhhh hehehe..gurau je mummy. Alah. Lek arh. Tak mati pun kalau gurau macam tu," sengih dia lantas menyuapkan makanan ke dalam mulut isterinya.
Ele, tak mati konon. Ingat hati orang tak sakit ke?
Melihat perilaku Angel yang jelas menerima suapannya membuatkan Tengku Fazril tersenyum gembira. Dicubit pipi Angel dengan manja sebentar.
"Comelnya! Geram!" usik dia nakal. Angel hanya memandang wajah Tengku Fazril dengan pandangan 'Sakit tau tak!'
"Budak baik!" Lelaki itu kemudiannya mengusap lembut kepala Angel lalu menghadiahkan sebuah kucupun tepat di dahi 'isterinya'.
Ceh, orang dah besar la. Bukan budak lagi.
"Mummy..hmmm.." seru Tengku Fazril.
Seketika, dia meletakkan mangkuk yang berbekas bubur tadi di atas meja. Tunak mata 'Putri Risha' dipandang penuh pengharapan.
"Please..bagitau daddy. Apa yang mengganggu fikiran mummy selama ni?"
Angel memandang anak mata Tengku Fazril yang jelas inginkan penjelasan. Akal fikirannya tidak mampu mencernakan sebarang tindakan yang harus dilakukan.
"Please.." Tengku Fazril mencapai tangan Angel lalu dibawa pada bibir. Tangan itu dikucup penuh kasih sayang sambil matanya pulak sayu memandang gadis tersebut.
Angel melontarkan pandangan ke arah tingkap. Pemandangan di malam hari itu sedikit sebanyak berjaya menarik hatinya .
Bayu malam tak terasa dek berada di dalam ruangan pepejal yang diisi dengan pendingin hawa. Kadang terasa sejuk mencengkam sehingga ke tulang sumsum.
"Mummy...apa salah daddy sampai mummy layan daddy macam ni? Please baby..I need to know the answer.." rayu dia bersungguh-sungguh.
Angel masih membiarkan tangannya berada di dalam genggaman Tengku Fazril menakala pandangan pulak dilontarkan ke arah lain.
Tengku Fazril memejam matanya. Bagaimana masalah hendak diselesaikan jika Angel terus berdiam diri?
Tiba-tiba Angel berasa tangannya basah dek terkena sesuatu. Dia menoleh ke arah Tengku Fazril secara perlahan-lahan.
Sebaik sahaja menoleh, jantungnya bagaikan ingin tercabut dari tangkainya.
Kelihatan Tengku Fazril menangis seraya mengucup tangan dia.
"Luah pada daddy. Ap..Apa yang ada dalam fikiran mummy? Kenapa mummy terus berdiam diri macam ni? Kenapa?!" desak dia . Air mata lelakinya jatuh hanya buat orang yang tersayang.
Terkedu Angel dibuatnya. Pertama kali dia melihat seseorang menangis disebabkan dirinya sendiri. Hatinya benar-benar tersentuh.
"Tell me!" desak Tengku Fazril lagi. Pada masa ini, pandangan Angel berubah redup melihat keadaan lelaki tersebut.
Tumpah rasa simpati pada Tengku Fazril yang sejak tadi mengharapkan sebuah jawapan.
"Takpelah. Daddy faham. Mungkin dah takde ruang untuk daddy di hati mummy," tutur Tengku Fazril kecewa.
Perlahan-lahan dia melepaskan tangan Angel lalu menyeka air matanya. Bukan senang tau tak orang laki nak nangis.
"I nak keluar kejap." Panggilan bertukar dan Tengku Fazril cuba beredar. Namun, tiba-tiba tangannya ditarik lembut oleh Angel sehingga pergerakannya mati serta-merta.
"Maaf." Hanya sepatah perkataan yang keluar daripada mulut 'isterinya' tetapi cukup memberikan impak yang besar buat Tengku Fazril.
Kedua-dua mata lelaki itu bersinar kerana dapat mendengar semula suara 'isterinya'. Setelah sekian lama gadis itu berdiam diri, akhirnya Angel bersuara jua.
"Maaf sebab kecewakan daddy," ucapnya perlahan dan lemah.
Tengku Fazril melabuhkan semula punggungnya lalu pipi Angel dikucup lama.
"Jangan la nangis," usik Angel. Tengku Fazril tergelak kecil.
"Ceh, mana ada nangis. Mata masuk habuk je," nafi Tengku Fazril.
Angel tersenyum manis. Pipi Tengku Fazril diusap penuh kelembutan.
Melihat senyuman 'isterinya' membuatkan Tengku Fazril berasa rindu yang teramat. Senyuman itu la yang telah mengubati segala luka lara yang selama ini dia alami.
"Daddy rindu.." ucap dia, lirih.
"Maafkan mummy. Mummy buat daddy menderita tanpa sebab," balas Angel.Tengku Fazril tersenyum pendek.
"Ingatkan dah bisu," usik Tengku Fazril sambil mencubit manja pipi gadis tersebut."Tak nak la jadi bisu. Kang daddy nangis pulak macam tadi," sindir Angel dalam usikan.
" Ele. Nak usik orang konon. Dah cepat sembuh dan balik kat rumah semula. Sejuk tau tido kat sini," luah dia.
Angel tersenyum manis. Wajah Tengku Fazril ditatap penuh kasih sayang. Usaha berterusan lelaki itu membuatkan hati Angel terbuka sedikit demi sedikit.
"Tepi sikit," arah Tengku Fazril. Angel akur dan memberikan 'suami' Putri Risha ruang di sebelahnya.
"Apa yang daddy buat ni?" soal Angel apabila Tengku Fazril berbaring lantas memeluk tubuhnya.
"Tido la. Takkan buat anak pulak."
Angel mencubit perut Tengku Fazril sehingga lelaki kacak itu merintih kecil.
"Orang tanya betul-betul. Daddy buat apa kat sini? Daddy bukannya sakit," seloroh dia selamba.
"Dah seminggu lebih daddy tido kat atas sofa tu sampai dah naik lenguh bahu daddy. Bagi la daddy tido kat sebelah mummy malam ni," pujuk dia lembut.
Angel berfikir lama. Ada betul juga cakap mamat ni! Dah lama dia tidur berlapikkan sofa dan selimut yang nipis.
Timbul rasa kasihan buat Tengku Fazril.
"Malam ni je tau!"
"Agree!"Tengku Fazril tersenyum suka. Tubuh Angel ditarik rapat ke dalam pelukannya lalu bibir gadis molek itu dikucup sekilas.
"Hei..you.."
"Goodnight baby!" potong Tengku Fazril lalu memperketatkan lagi pelukan mereka.
Jauh dari dalam hatinya, dia berharap agar Angel takkan sesekali berubah hati daripada terus menyayanginya seperti hari-hari yang lalu.
Vote and Comment.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...