Untuk mendapatkan impak yang lebih menarik, korang tekan youtube kat atas tu then youtube tu akan memainkan lagu sepanjang korang membaca..Continue...
Ak..aku tak sangka..betina tu dah bodohkan aku..malah yang lain pun sama. Tak! Satu dunia dia dah tipu!
Tengku Nurfaiza menarik nafasnya dengan geram. Seketika, mata dia beralih pada satu persatu kamera yang sedang merakamkan setiap sudut muzium untuk mencari kelibat pencuri handal tersebut.
"Over there!" Suara salah seorang daripada mereka membuatkan semua mata memandang ke arah tingkat tiga bangunan itu.
Mata Tengku Nurfaiza mencerlung tajam ke arah Angel yang sedang berdiri di tepi tingkap manakala gadis itu pula tersenyum sinis.
Sesaat kemudian, Angel mengangkat tangannya lalu mencabar Tengku Nurfaiza agar naik ke tingkat atas untuk menangkap dia.
Tanpa membuang masa lagi, Tengku Nurfaiza terus sahaja berlari ke tingkat sambil mengarahkan anak-anak buahnya untuk menjaga orang ramai.
"Come on Faiza! Tu je yang kau mampu buat?" laung Angel bagaikan mencabar kemarahan gadis anggun tersebut.
"Aku bunuh kau!!"
"Yeah? Kalau kau mampu!" Sejurus selepas itu Angel berlari sepantas kilat menuju ke arah bumbung sambil dikejar oleh Tengku Nurfaiza.
Sesetengah wartawan ingin merakam suasana itu daripada atas bumbung melalui helikopter.
Masing-masing menunggu ketibaan mereka berdua.
Tik tok..tik tok..
Dan akhirnya, mereka berdua tiba di atas bumbung. Angel tergelak kecil apabila melihat Tengku Nurfaiza tercungap-cungap mencari udara akibat berlari daripada tingkat bawah.
"Kesian ye kau. Tulah pasal. Degil sangat nak tangkap aku. Kan kau dah penat. Eish eish.." ejek Angel sambil berlari.
Tengku Nurfaiza merengus geram lantas mengejar semula figura Angel.
Namun,tiba-tiba Angel sahaja berhenti sekaligus memusingkan tubuhnya menghadap polis itu.
"Apa yang kau nak daripada aku ?" soal Angel serius. Kini, mereka berdua bertentangan hebat dalam jarak 30 meter.
Di masa itu, hanya kedengaran bunyi helikopter sahaja memenuhi kawasan tersebut bersama cahaya daripada mereka.
"Aku nak kau mampus.." mendatar Tengku Nurfaiza menjawap. Tubuh Angel yang disarung dengan jaket hitam dipandang sekilas.
"Kenapa?"
"Sebab aku dapat rasakan...yang kau nak bunuh semua ahli keluarga aku.." jawap dia.
"Keluarga? Huh! Apa maknanya keluarga pada kau?" duga Angel.
"Soalan bodoh apa yang kau tanya ni. Semua orang ada keluarga sekalipun anak yatim.." sinis Tengku Nurfaiza berbicara.
"Macam mana pulak dengan orang yang senasib macam aku? Ada keluarga tapi bagaikan takde keluarga."
Kata-kata Angel membuatkan Tengku Nurfaiza trdiam selama beberapa minit.
'Ada keluarga tapi macam takde keluarga? Huh! Tu semua helah!'
Tengku Nurfaiza mendongak semula ke arah Angel. Raut wajah gadis itu tampak sekali anggun walaupun sebahagian wajahnya telah ditutupi dengan topeng mata.
"Kau ingat aku akan tertipu lagi dengan helah kau?" Tengku Nurfaiza tersenyum sinis.
Mendengar bicara polis anggun itu membuatkan Angel tersentak. Ya, memang betul kata orang rupanya. Sekali kau dah tipu, orang takkan percayakan kau meskipun kau tengah bercakap jujur.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...