Bab 55

6K 438 13
                                    

Dengar lagu tu sambil membaca.

"Tu bukan Faiza ke?" soal Alex apabila melihat wajah Tengku Nurfaiza muncul di dalam berita NTV7. Kelihatan adiknya serta berpuluh anggota polis mahupun FBI sedang melontarkan pandangan ke arah sebuah muzium.

Suasana muzium itu terlalu gelap sehinggakan hanya mampu diberi cahaya daripada lampu beberapa helikopter.

"Aku akan bunuh kau tak kira apapun yang berlaku!" monolog dia perlahan.

__________________________

"Kau tahukan yang diorang cuba nak perangkap kau?" soal Maisara sambil memandang ke arah berbelas wartawan yang sedang merakam suasana yang sedang berlaku.

"Aku tahu.."

"Adik Xender cuba nak dedahkan kau pada serata dunia. Kalau kau gagal, habislah kita semua."

"Aku...takkan gagal ...kat...tangan...polis tu..." ujar dia yakin lalu berjalan memasuki ke sebuah bilik gelap.

Sebentar tadi, dia telah berjaya memasuki ke dalam muzium tersebut tanpa sebarang halangan. Dia tahu bahawa Tengku Nurfaiza ingin memudahkan kerjanya agar polis itu mampu memberkasnya dengan lebih mudah.

Dan dia turut pasti. Adik kepada ketua mafia itu takkan sesekali menangkapnya dengan cara yang lembut.

_______________________

"Faiza akan tetap tangkap betina bertopeng tu!" tekad dia melalui corong telefon.

"Bagitau along. Kenapa Faiza beria nak tangkap dia?" soal Tengku Fazril.

"Biar jelah dia tangkap pompuan tu. Tak rugi mana pun," sampuk Alex kurang ajar lagi nak minta kaki.

"Ada aku suruh kau menyampuk? Kalau kau tak nak mandul kat sini, baik kau diam." Alex hanya mencebik malas lalu menonton semula siaran Boboiboy.

"Apa yang along tanya ni? Dah sah-sah betina tu cuba nak bunuh kita! Terutama sekali along!" bentak Tengku Nurfaiza geram.

"Faiza..dengar cakap along. Keselamatan Faiza lagi penting daripada.."

"Keselamatan Faiza?! Faiza tak takut dengan dia! Lagipun Faiza dah siasat sape pembunuh tu. Faiza yakin yang dia ada kaitan dengan arwah rakan sekerja Faiza dulu. Faiza akan pastikan yang betina tu akan ditangkap!"

"Tapi Faiza.."

"Enough along! Kenapa along cuba hentikan Faiza daripada teruskan benda ni? Jangan kata yang along..."

Tittttt! Titttt!! Tittt!!

Belum sempat Tengku Nurfaiza meneruskan kata-katanya, tiba-tiba bunyi penggera kecemasan berbunyi di seluruh bangunan tersebut.

"Now!!!"

Mendengar arahan daripada Tengku Nurfaiza, semua anggota segera mengambil posisi masing-masing.

Kesemua tangan mereka diacukan tepat ke arah pintu hadapan di mana Angel pernah melalui pintu tersebut.

Tengku Nurfaiza segera mengambil posisi di hadapan  sekaligus mengetuai mereka.

Ketika ini, pintu tadi telah terbuka secara perlahan-lahan disertai dengan asap putih.

Ketika itu, muncul kelibat yang ditunggu-tunggu bersama topeng di wajah.

"Ready!"

Tengku Nurfaiza melangkah setapak ke hadapan bersama pistol di tangan. Tanpa mereka tahu, peluru di dalam pistolnya  mampu membuatkan seseorang maut biar pun hanya terkena pada bahagian bahu.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now