Bab 64

6K 467 16
                                    

"Risha..Risha dah sihat?" soal Rosilia lembut. Dalam beberapa saat Angel berdiam diri.

Namun selepas itu, dia bangkit perlahan sambil dibantu oleh Rosilia.

"Sha tak perlu gerak kalau..."

"Tolong Risha.." pintas dia perlahan. Pada awalnya, Rosilia tidak faham akan maksud gadis itu. Tetapi,setelah anak mata Angel dipandang lama, baru dia mengerti.

"Risha nak mak cik buat apa?" soal dia mendatar. Rambut serabai Angel dielus penuh kasih.

"Tolong hilangkan setengah daripada ingatan Sha. Sha mohon," ujar dia jujur. Kali ini, intonasinya lebih lembut daripada sebelum ini.

Mendengar sahaja permintaan gadis anggun itu membuatkan Rosilia terkedu sebentar.

"Ap..apa maksud Sha? Mak cik hanya mampu tengokkan takdir orang. Bukannya hilangkan ingatan!" tegas Rosilia.

"Tak, mak cik tipu. Sha dah siasat sape mak cik sebenarnya! Mak cik bekas seorang doktor yang mampu hinopsiskan pesakit! Sesetengah orang berjumpa dengan mak cik sebab nak pulihkan ingatan mereka.

Kalau mak cik boleh tolong mereka dapatkan ingatan mereka secara perlahan-lahan, dah tentu mak cik boleh hilangkan sesetengah ingatan Sha jugak!" jelas dia tegas.

Rosilia terkesima. Ya,memang benar dia seorang bekas doktor yang mampu berbuat sedemikian. Tapi tahukah dia bahawa semua  dikawal oleh otak? Hinopsis pulak terjadi disebabkan mata telah tertipu dengan kaedah ini dan menyebabkan impuls menghantar ke saraf otak.

"Sha, jujur mak cik katakan. Mak cik memang mampu tunaikan kehendak Sha."

"Then, do it!"

"Tapi.." Rosilia menghela nafasnya sebelum memulakan bicaranya semula.

"Risha fikir dengan melupakan sesetengah memori adalah jalan yang terbaik?" duga Rosilia bijak. Kes ini baginya jarang sekali dijumpai dan dia merasakan bahawa Angel telah memilih jalan yang salah.

Kata-kata Rosilia berjaya menyentak hati Angel. Kelihatan, gadis itu terdiam sambil memikirkan kata-katanya.

"Ada sesuatu yang menggangu hidup Sha.." beritahu dia lembut. Entah kenapa dia bertindak membocorkan rahsianya terhadap wanita yang selama ini dia bencikan.

"Luah pada mak cik."

"Sha tak nak simpan memori mengenai dia. Sakit! Siang malam dia kerap ganggu lena Sha. Sha rasa takut. Sha rasa ada sesuatu yang tak kena dengan hidup Sha. Seolah-olah Sha dah hilang sesuatu dalam diri Sha sendiri," ujarnya panjang lebar.

Rosilia masih tekun mendengar. Wajah Angel yang bersungguh menyampaikan luahan hatinya, dipandang lama.

"Dan muka pompuan tu..arhhh..muka dia. Sakit! Bila Sha cuba nak ingat, kepala Sha akan tiba-tiba rasa sakit. Tak pernah sekalipun, Risha nampak muka pompuan tu," tambah dia lagi.

Rosilia menarik nafas lalu memulakan kata-kata ajaibnya.

"Jadi, Sha nak lupakan kejadian misteri tu atau nak siasat? " duga dia.

" Sha tak rasa benda tu berguna untuk disiasat.."

"Tak pelik...bila suami Sha berulang kali masuk ke dalam mimpi Sha?" tempelak Rosilia. Angel pulak sudah tersentak. Bila masa dia pernah beritahu yang Tengku Fazril jugak muncul dalam minpinya?

"Ma...macam mana mak cik tahu?"

Rosilia hanya tersenyum lebar. Rambut Angel dielus penuh ketekunan. Sekali pandang, takkan ada sesiapa yang sangka  gadis sepolos Angel adalah seorang pembunuh profesional.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now