Setelah Maisara dan Black Eryn bertarung nyawa di dalam bilik ICU, akhirnya mereka telah berjaya dirawat dan diletakan di dalam bilik yang sama.
Terasa mengigil tubuh Angel sebaik sahaja melihat figura kedua-dua rakan baiknya masih tidak menyedarkan diri. Selama 4 jam dia menunggu di luar tanpa menghubungi sesiapa untuk memberitahu mengenai lokasinya sekarang.
Angel mengalami impak yang terlalu besar apabila mengingati semula bagaimana Maisara dan Black Eryn terpaksa mempertahahkan diri daripada konco-konco The King.
Bukan itu sahaja, dia juga teringat semula bagaimana hebatnya The King mematahkan serangannya semasa di markas utama tadi. Sungguh tiada tolok bandingannya! Lelaki itu cukup menakutkan.
Di kala itu, Angel menggenggam erat tangan Black Eryn dan Alia Maisara secara bergilir-gilir. Hatinya seolah-olah disiat ganas apabila melihat lebam-lebam yang dialami oleh rakan-rakan baiknya.
Malam ini, dia harus melakukan sesuatu. Dia tidak ingin perkara yang sama berlaku pada mereka berdua lagi. Angel harus melindungi orang-orang kanannya yang telah banyak berjasa pada dia.
Xender! Angel terpaksa menghapuskan lelaki itu serta keluarganya. Dia tiada pilihan lain selain membunuh. Maisara dan Black Eryn lagi penting daripada mereka. Hmmm..benar ke?
Sesaat kemudian, Angel mengusap perutnya yang berusia 1 bulan 2 minggu. Masih kelihatan kempis seperti dulu. Mujur sahaja The King tidak mengetahui perihal kandungannya.
Jika semuanya bocor, tentu dia akan dibunuh tanpa sebarang belas kasihan.
"Eryn, Alia...maafkan aku. Aku janji yang aku akan lindungi korang mulai sekarang," ujar Angel sebak lalu perlahan-lahan meninggalkan mereka berdua.
Tanpa dia sedar, air mata Maisara mengalir dalam keadaan mata yang tertutup. Segala tingkah lakunya bermain semula di dalam mindanya.
Ya, jalan yang telah dipilih oleh dia dan Black Eryn untuk melindungi Angel dalam diam-diam.
Flashback (Imbas kembali)...
"Dah puas usap 'binatang' tu? sindir Maisara apabila melihat Black Eryn mengusap pistolnya sejak tadi lagi.
"Hmmm.."
"Aku pelik sebenarnya. Apa motif kau masuk dalam kumpulan The King padahal The King tu la punca utama bapak(Dark Lord) dan kakak (Black Cindy) kau tu mati? Kau dah giler erk?" bicara Maisara bingung.
"Dulu...hmm..kehidupan keluarga aku sangat bahagia. Tapi sejak orang tua tak guna tu dah hasut bapak aku untuk bunuh Xender, semuanya dah hancur. Bagi aku, Xender tak bersalah. Dia hanya cuba lindungi orang yang dia sayang.
Walaupun aku macam ni, aku tetap sayang bapak aku. Tapi.. The King...memang sial!" marah Black Eryn sebal.
"Habistu, asal kau tak follow kakak kau balas dendam balik pada Alex?"
"Aku tak sayang kat dia. Lagipun, aku tahu dia hanya nak harta bapak aku. Better dia mampus cepat," jelas Black Eryn.
Selepas itu, keadaan menjadi hening semula. Hanya kedengaran cengkerik malam menguasai kesunyiaan mereka berdua.
"Kau pulak...asal ikut The King?" Giliran Black Eryn bertanya.
"Aku pun macam kau jugak. Aku sebelahkan pihak Angel. Cuma aku tak boleh bagitau sebab aku khianat The King. Mungkin aku bagitau suatu hari nanti," ujar Maisara acuh tak acuh.
"Sekarang ni, aku harap sangat Angel mampu tumpaskan The King dengan adanya Xender! Hahaha!! The King sangat bodoh! Dia ingat idea Angel untuk meymar sebagai Putri Risha adalah jalan yang terbaik?
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...