Pasang lagu tu untuk mendapatkan impak yang lebih mendalam.
"Lepaskan dia!" ulang Tengku Nurfaiza lagi.
"Tapi puan, arahan ini dibawa kuasa oleh pu..."
"Cukup! Tak semua benda kita boleh selesaikan apatah lagi nak singkapkan," ujar Tengku Nurfaiza sambil merenung ke arah wajah Angel.
Mereka berpandangan lama sehingga membuatkan yang lain terdiam.
"Kamu semua boleh balik sekarang! Esok kita jumpa," arah Tengku Nurfaiza tegas.
"Tapi puan, macam mana dengan kes ni?" soal Koperal Bethany kurang berpuas hati.
"Mulai hari ini, kes mengenai pembunuhan Inspektor Shane akan ditutup. Kita dah bazir banyak masa dan bahayakan nyawa orang awam," jelas Tengku Nurfaiza.
Sejurus itu, semua anggota polis saling berpandangan antara satu sama lain. Mustahil ketua mereka ingin menutup kes itu walhal dia la beria-ria ingin menangkap gadis bertopeng. Mengapa Tengku Nurfaiza berubah fikiran? Atas sebab apa?
"Puan, saya.."
"Enough is enough, Koperal Bethany! Sudah lebih sebulan kes ni gagal diselesaikan dan kita dah langgar polisi keje! " Suara Tengku Nurfaiza keras membantah kata-kata orang bawahannya.
Nak tak nak, Koperal Bethany terpaksa mengalah. Ya, memang benar bicara ketuanya. Sudah lebih sebulan kes mengenai gadis bertopeng itu gagal diselesaikan apatah lagi jika ditambahkan hari-hari yang pernah digunakan oleh arwah Inspektor Shane untuk menyesaikan masalah tersebut.
"Baiklah, puan! Saya faham!" Tabik Koperal Bethany diikuti semua anggota polis yang lain.
Sejurus dengan itu, mereka kembali masuk ke dalam kereta lalu beredar daripada perkarangan rumah agam Tengku Zamil.
"Risha! Kau ok ke?" sergah Maisara lantas memeluk tubuh Angel.
"Erhh ok.." jawap Angel yang masih dalam keadaan sedikit terkejut.
"Faiza, dah sembuh? Ya, Allah, anak mummy," syukur Tengku Lily lantas memeluk tubuh anak gadisnya dengan erat.
Tengku Nurfaiza hanya mampu tersenyum tawar. Pandangannya masih terarah pada Angel yang sedang berbual dengan Maisara.
"Asal Faiza lepaskan kau?" bisik Black Eryn jelas walaupun sedang memakai topeng mulut supaya identitinya tidak diketahui oleh mereka yang lain.
"Ak...aku tak tahu.." jawap Angel tersekat-sekat. Sejujurnya, dia tak takut untuk ditangkap melainkan berpisah jauh dengan seorang lelaki yang telah mencuri hati ia.
Siapa lagi kalau bukan Tengku Fazril. Angel buntu. Mengapa Tengku Nurfaiza menyelamatkan dirinya? Bukan ke polis tersebut bersungguh-sungguh ingin menangkap dia sebelum ini? Siap bersumpah lagi.
"Faiza, jelaskan pada along. Kenapa orang-orang bawahan Faiza cuba nak tahan Risha?" Mendengar soalan Tengku Fazril membuatkan Angel segera berpaling ke arah mereka berdua.
Ini la masa yang sesuai untuk Tengku Nurfaiza membongkarkan rahsianya selama ini. Seketika, Angel telah bersedia untuk menerima kenyataannya. Sudah pasti polis tersebut akan memberitahu bahawa dia seorang penjenayah buruan pihak polis.
"Angel, kita kena larikan diri sekarang," bisik Maisara perlahan. Namun, Angel masih berdiam diri.
"Angel, kau dengar tak?! Rahsia kau tak boleh terbongkar!" tambah Maisara lagi.
"Tak,aku takkan larikan diri lagi. Fazril tentu akan kecewa dengan aku," rintih Angel perlahan. Sungguh sakit hatinya membayangkan reaksi yang bakal Tengku Fazril tunjukkan sebentar lagi.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...