#Pasang lagu tu. (Youtube kat atas)
"I tak rasa .....cucu you akan buat seperti yang you arahkan. Dia cintakan Xender dan memang mustahil jika dia bunuh lelaki tu," kata Shilda jelek.
Eeee..rasa nak tampor ajo. Kuang ajiak. Kuang ajinomoto. Kuang ekzos. Semua la kuang.
The King Of Evil hanya berdiam diri sambil mengusap belakang tubuh sesumpahnya. Tanpa dikatakan pun, The King tahu perangai Angel.
"Come on,King. You tahu Angel lain daripada yang lain. Dia tak boleh galas tugas besar tu. Mentalnya terlalu lemah! Hanya dia sorang mempunyai belas kasihan. Tak seperti kita. Kita jauh menakjubkan. Semua orang tunduk kat kita," hasut Shilda licik.
Riak wajah The King yang tegang diperhatikan secara dalam. Meskipun lelaki tua itu tengah berdiam diri, Shilda tahu dari sudut hatinya, The King sedang mencernakan kata-kata dia sebentar tadi.
"I tahu Angel punca kita naik ke atas. Tapi disebabkan dia juga la,Xender gagal dihapuskan dan mafia-mafia yang lain tak berasa takut pada kita selagi ada perlindungan dia!
Bayangkan jika Angel mati di hadapan Xender. I pasti lelaki tu akan mengalami murung dan kesedihan yang panjang. Masa tu kita boleh serang dia!" hasut dia lagi.
Tak lama kemudian, The King mulai mengetuk singgahsananya dengan jari ia. Sedikit sebanyak bicara Shilda telah mempengaruhi otak dia. Maklumlah, Shilda kan penasihat setia The King.
"Kau tahu di mana lokasi Angel?" soal The King setelah lama berdiam diri.
"Ya!"
"Hmmm...Kau tahu apa yang perlu dibuat," serentak itu, Shilda memberikan tunduk hormat lalu tersenyum sinis. Ya, dia tahu apa yang perlu dibuat pada perempuan yang bernama Angel.
______________________________
Sepanjang perjalanan menuju ke lokasi yang telah ditetapkan, mereka semua hanya berdiam diri. Sejak tadi, Riley dan Tasya menangis tak henti-henti. Sayangnya mereka pada Angel sangat mendalam.
Namun, perempuan itu tidak mengetahui identitinya yang sebenar. Apakah pilihan yang bakal dipilih oleh Angel?
"Kau tahu en, semua ni misi bunuh diri," tegur Alex sekaligus memecahkan keheningan.
Tengku Fazril hanya sekadar berdiam diri. Dia memandang ke arah luar diikuti Roland.
"Haih, aku tak tahu kenapa aku rasa ajal kita semakin dekat," sampuk Ciko selamba beruk.
"Aku tak sedap hati pasal benda ni. Aku rasa musuh kita kali ni berbeza dengan yang lain. Cuba korang tengok apa yang dah jadi pada Risha. Dulu dia sorang lemah lembut dan sekarang...huh, dia dah jadi pembunuh profesional," kata Tengku Haikal sedikit kagum.
"Bukan tu je. Aku tengok dia pakar dalam beberapa bahasa, isyarat badan dan hipnosis mangsa," tambah Zack lagi.
Tengku Fazril sekadar mendengar hujah-hujah yang dinyatakan oleh mereka bertiga. Fikirannya terbang pada setiap kenangan ia bersama Putri Risha.
Persoalannya sanggup ke Putri Risha membunuh suami dia sendiri? Atau ada cara lain untuk menghalang perbuatan The King?
_________________________________
Kejadian Black Eryn dan Maisara diseksa...
"Belasah diorang sampai korang puas," arah Shilda sinis. Sejurus itu, Maisara dan Black Eryn yang sedang berada dalam keadaan lemah telah dibelasah secukup-cukupnya.
"Erynn..." rintih Maisara memanggil sahabatnya yang sedang terbaring lemah.
"Alia..."
"So sweet! Hahaha!! Korang ingat kitorang ni bodoh macam korang huh?! Angel dah jatuh cinta pada Xender en? Sebab tu dia belum selesaikan misi ni. Betul tak?"
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...