"Teka tau..Binatang apa yang ada 4 huruf dan dia sangat menakutkan? Binatang ni kita langsung tak boleh sentuh," ujar Angel ceria.
"Erhhh..anjing!" jawab Tengku Fazril.
"Anjing ada 6 huruflah daddy. Tak reti nak mengira ke?" rajuk Angel.
CEO pun gagal mengira. Tak patut,tak patut.
"Hmm..kuda?"
"Nop!"
"Labi?""Nop! Labi tu kata ganda tau. Janganlah main tipu! " muncung Angel comel.
"Eish..takde mood arh nak main teka-teki! Macam bebudak," bantah Tengku Fazril mendatar.
Ha! Kalau korang pandai, sila jawab untuk aku! Ingat senang ke nak jawab soalan budak kecik ni?
"Daddy jangan sesekali minta jawapan daripada readers tau. Tak aci," amaran Angel lembut.
"Takdelah. Mana ada," nafi Tengku Fazril.
"Erk? Boleh percaya ke?"
"Tanya readers.."
Tengku Fazril melontarkan pandangannya ke arah Riley yang sedang bermain dengan patung unicornnya.
"Readers oii readers..Betul ke dia tak main tipu? Tipu dosa tau.."
Baru sahaja korang nak menjawap, ada seekor beruk yang menyampuk.
"Aku tahu jawapan dia!" ujar Ciko gembira seraya bangkit daripada sofa. Wajahnya begitu yakin sekali dengan jawapannya.
"Ha, apa jawapan dia?" soal Zack.
"Cicak!"
Pft..hahahaha!! Bodohnya Ciko. Dia ialah contoh golongan macam Tengku Fazril juga. Tak reti nak mengira.
" Tu lima huruf! Dasar bodoh bin bangang!" ejek Akim.
"Sesuka hati bontot kau je nak cakap dia bodoh. Ha,apa jawapan kau?" sampuk Alex pula. Rambut anak gadisnya diusap perlahan .
Dah besar dah anak mangkuk ayun ni.
"Aku rasa jawapan dia...itik.." sengih Akim.
Sejurus mendengar jawapan Akim, mereka semua tergelak besar.
"Weh, itik kan haiwan ternakan. Kau lagi bodoh plus hodoh takde jodoh! Spesies nak mampus cepat," gelak Alex jahat.
Akim mencebik malas. Dia berpura-pura bersiul untuk cover dirinya daripada berasa malu.
"Ceh,soalan tu pun tak boleh nak jawap."
Kata-kata dan lagak Roland yang tenang membuatkan mereka semua memandang ke arah remaja itu.
"So, apa dia?" Tengku Fazril menjongketkan keningnya.
"Babi!"
"What?! Along panggil papa babi?!" Terkejut dia.
"Taklah papa. Jawapan pada soalan mama tu ialah babi..ada empat huruf, menakutkan dan kita tak boleh sentuh. Betul tak mama?" Roland mengenyitkan matanya ke arah Angel.
"Bravo! Bravo! Along lagi pintar daripada semua beruk kat sini!" puji Angel teruja.
"Biasa arh. Orang kacak biasanya ada otak yang luar biasa." Angkat bakul masuk sendiri.
Yang lain-lain pula berpura-pura bersembang dan tidak mengendahkan kejayaan Roland. Tak naklah dia bongkak.
"Tapi bagi aku cicak and babi pun sama. Takde perbezaan," ujar Alex selamba.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...