Bab 81

9.7K 471 19
                                    

Amboi, dari tadi aku perhatikan minah ni. Syok bebenor tido masa hujan ye. Tadi bukan kemain nak balas dendam kat aku. Sekarang pulak, dah tumbang!

Ceh, tahu cakap besar je,bisik hati Tengku Fazril. Semenjak ini, dia gemar merenung lama wajah comel Angel ketika perempuan itu sedang terbuai lena.

Cantik! desis hatinya lagi. Sesaat kemudian, dia perlahan-lahan mendekatkan bibirnya pada bibir 'Putri Risha.'

Baru sahaja bibir mereka ingin bertemu,tiba-tiba Angel mengigau di luar kesedarannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baru sahaja bibir mereka ingin bertemu,tiba-tiba Angel mengigau di luar kesedarannya.

"Jan..jangan..ganggu aku..jangan.." Tengku Fazril tergamam. Lagi-lagi ayat yang sama dia terdengar hampir setiap malam.

Pasti perempuan itu, akan mengigau sesuatu dan bangun dalam keadaan yang berpeluh.

"Jangan!! To...tolong..."

"Risha, bangun," kata Tengku Fazril lembut. Tangannya menepuk perlahan pipi Angel agar perempuan itu segera terjaga.

"Risha, bangun. Hei, buka mata tu." Bersama ayat tersebut, Tengku Fazril menggoyang-goyangkan tangan Angel.

Tak lama kemudian, akhirnya Angel terbangun seraya  tercungap-cungap mencari oksigen.

"Ehem!" Tengku Fazril berdehem seketika.

Angel menoleh Tengku Fazril sekilas lalu turut berdehem janggal. Bukan apa, sudah berulang kali mimpi serta sebuah lagu yang sama mengganggu lenanya tanpa dipinta.

Sehingga sampai ke satu tahap, Angel berasa takut untuk memejamkan matanya.

Teringat semula pada kata-kata Rosilia agar mencari kepingan-kepingan yang telah hilang. Persoalannya, apakah kepingan-kepingan tersebut?

"Jangan fikir sangat dengan mimpi buruk tu. Dah, tido," pesan Tengku Fazril lantas tidur berbaring.

"You tak perlu risau dengan keadaan I. I tahu jaga diri sendiri," bidas Angel mendatar.

"Kau ingat aku kemaruk sangat nak kesah pasal kau? Ceh, kau tu yang  bising masa aku nak tido. Dah macam lalat!" ejek Tengku Fazril selamba.

Angel hanya mampu merengus geram. Dia turut berbaring membelakangkan Tengku Fazril lalu menyambung semula tidurnya.

Selepas memastikan Angel benar-benar terlelap, Tengku Fazril memusingkan tubuhnya menghadap tubuh Angel.

Tanpa disangka, Tengku Fazril memajukan tubuhnya ke hadapan lantas pinggang Angel dipeluk daripada arah belakang.

"Goodnight.." Dan dia mengucup pipi Angel sekilas.

Hastag sape yang tak sayang bini oii?

_____________________________

"Mama! Mama!" panggil Riley dan Roland hampir serentak. Melihat pada pakaian Angel, mereka dapat menganggak bahawa mama mereka baru sahaja keluar entah ke mana.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now