Bab 86

8K 491 34
                                    

Tengku Nurfaiza memandang lama ke arah Riley yang sedang gembira mengusap perut Angel yang masih belum menampakkan bentuk. Angel hanya sekadar tergelak kecil melihat telatah anak gadis Putri Risha.

"Mama! Adik tendang la mama!" ujar Riley ceria. Roland yang mendengar hal itu segera menyampuk.

"Riley wahai adikku yang cantik jelita, baby tu masih kecik lagi. Takde tenaga nak tendang perut mama," kata Roland sekaligus mematikan senyuman Riley.

"Ele, suka hati arh. Sebok aje," rajuk Riley lalu melipatkan tangan rapat ke dada. Sudah menjadi sifatnya untuk membuat sedemikian jika merajuk.

"Along..." leret suara Tengku Fazril menegur. Roland sudah tersengih lebar. Saje nak usik adiknya.

"Ha, Risha ada nak makan apa-apa tak?" soal Tengku Lily prihatin bersama senyuman yang tak lekang daripada bibir.

"Ada. Dia nak makan along," sampuk Tengku Fazril miang. Dengan selamba beruk, dia mengeyitkan matanya ke arah Tengku Lily sehingga membuatkan Angel tergelak kecil.

Adoi, sejak Angel mengandung, Tengku Fazril pulak yang nakal semacam.

"Nak makan kaki mummy tak?" balas Tengku Lily mendatar. Orang cakap betul-betul, dia nak memain pulak.

Tengku Fazril sudah tersenyum lebar. Bahagia terasa apabila berada di samping 'isteri' tercinta. Di kala itu, pipi 'Putri Risha' dicium sekilas apabila yang lain sedang tekun memandang ke arah televisyen.

Angel segera menoleh lalu menghadiahkan cubitan manja tepat pada perut lelaki itu. Ha, tu la. Sape suruh gatal sangat!

Mereka berdua tak sedar bahawa gerak geri mereka sejak tadi diperhatikan tajam oleh Tengku Nurfaiza. Sesaat dua saat kemudian, Tengku Nurfaiza bangkit secara mengejut sehingga menarik perhatian mereka semua.

"Faiza, nak pegi mana?" soal Tengku Zamil acuh tak acuh.

"Erhh nak rest kejap," jawap dia mendatar. Ketika dia ingin melangkah, matanya sempat melihat ke arah Angel yang sedang merenungnya dengan pandangan agak sukar ditafsir.

Dia cuba mengabaikan pandangan perempuan itu lalu naik ke atas biliknya. Setiba sahaja di dalam bilik, Tengku Nurfaiza melontarkan tubuhnya di atas katil.

Fikiran dia sedaya upaya mengingati semula di mana saat dia pernah berjumpa dengan gadis yang bernama Alia Maisara.

"Alia Maisara...hmmm..Alia..." Rasa macam pernah dengar nama tu tapi kat mana ya? Asal macam P.Ramlee pulak ni?

Dalam sibuk berfikir, tiba-tiba rasa mengantuk menyerang dirinya. Lama kelamaan kedua-dua mata dia semakin layu lalu dia tertidur.

Dalam lena, ada mimpi dan dalam mimpi ada petunjuk yang kadang-kadang ada benarnya.

Pergh, ayat. Kalah ayat mak cik jiran sebelah.

Di saat Tengku Nurfaiza terlena, dia termimpikan sesuatu .

" Abang, Faiza nak naik atas cari Raisha jap," ujar Tengku Nurfaiza lalu menaiki tangga.

"Hati-hati," ujar Alex. Dia harus membelasah orang- orang Black Cindy agar adiknya itu mampu menyelamatkan Raisha Ayun tanpa sebarang kesulitan.

Tengku Nurfaiza pulak, bersungguh-sungguh membuka satu-persatu pintu yang terdapat di tingkat atas tersebut.

Tengah sibuk mencari, telinganya terdengar bunyi seorang bayi sedang menangis kuat. Tanpa membuang masa lagi, Tengku Nurfaiza terus berlari ke arah punca bunyi itu hadir.

Polis tersebut terpaksa mempercepatkan lariannya kerana bunyi tangisan tadi semakin hilang. Sesaat kemudian, Tengku Nurfaiza tiba di hadapan sebuah bilik usang.

Dia segera menendang pintu itu sehingga hancur remuk. Sebaik sahaja Tengku Nurfaiza masuk, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang gadis sedang menyusukan Raisha Ayun dengan botol susu formula.

Seketika, kedua-dua gadis itu terdiam sambil melayani perasaan masing-masing.

"Serahkan bayi tu pada aku," ujar Tengku Nurfaiza tegas. Serentak dengan itu, si dia tersenyum pendek.

"Comelkan dia? Aku suka budak macam ni," kata dia tenang.

Tengku Nurfaiza sekadar berdiam diri. Entah mengapa dia pasti gadis di hadapannya itu tidak seperti mereka yang lain.

"Kesian dia lapar," gumam gadis itu perlahan tetapi masih mampu didengari oleh Tengku Nurfaiza.

"Kenapa kau buat semua ni?" soal Tengku Nurfaiza mendatar seraya memandang sekeliling bilik tersebut. Buruk!

"Tak semua benda kita kena buat. Dan tak semua kita kena hapuskan."

Kata-kata gadis misteri itu membuatkan Tengku Nurfaiza terdiam. Tak lama kemudian, si dia yang tak dikenali meletakkan Raisha Ayun perlahan-lahan di atas meja.

Beberapa saat kemudian, gadis tersebut mengambil seutas tali lalu diikat pada pinggang serta pada tiang bilik.

"Tunggu! Aku nak tahu. Sape nama kau?" Soalan Tengku Nurfaiza mematikan langkah si dia.

Jelas sungguh gadis misteri itu sedang tersenyum penuh bermakna ke arah Tengku Nurfaiza sekarang.

"Nama aku Alia Maisara. Dan aku pasti kita akan berjumpa lagi." Serentak dengan itu, Maisara terjun daripada tingkat bersama tali yang diikat pada pinggangnya.

Apabila figura gadis itu hilang di makan masa, Tengku Nurfaiza segera mendukung Raisha Ayun. Rasa pelik menjengah sebentar di dalam fikirannya.

Sape gadis tu? Asal dia jagakan Raisha dengan baik? Akan berjumpa lagi tapi bila?

Pelbagai soalan menyerang fikiran Tengku Nurfaiza pada masa itu. Raisha Ayun yang sedang tertidur lena diperhatikan sekilas.

'Sape pun kau, aku akan ingat jasa yang telah kau buat untuk lindungi anak abang aku..'

Tengku Nurfaiza terbangun daripada lenanya sebaik sahaja berasa basah dengan peluh. Patut la panas. Tak pasang aircond rupanya.

Tengku Nurfaiza menarik nafas dengan lama. Akal mindanya cuba mengingati semula mimpi sebentar tadi.

"Alia Maisara? Tak semua benda kita kena buat dan tak semua benda boleh dihapuskan?" Tengku Nurfaiza mengigit bibirnya menahan rasa pelik.

Ya, kini dia ingat saat pertemuan singkatnya bersama Alia Maisara. Gadis itu tidak seperti yang lain. Jelas bahawa Maisara menjaga Raisha Ayun dengan baik. Siap susukan lagi.

Dia tahu bahawa dirinya cuai sejak dari situ lagi. Bagaimana dia boleh lupakan Alia dalam hanya beberapa tahun? Mungkin disebabkan kerja yang banyak membuatkan ingatannya mengenai Alia lesap begitu sahaja.

Dalam pada itu juga, Tengku Nurfaiza sedar pada ayat gadis tersebut.

"Aku Maisara dan aku pasti kita akan berjumpa lagi," monolog dia sendiri. Berdasarkan pada ayat itu, Tengku Nurfaiza pasti bahawa Alia Maisara sudah tahu bahawa mereka berdua akan berjumpa sekali lagi.

Namun persoalannya sekarang, apakah kaitan Angel dengan Maisara? Bagaimana Maisara mengenali Angel?

Argh, runsing!

Vote and Comment.


Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now