Bab 74

6.5K 477 51
                                    

Di malam kedinginan itu, Angel berfikir sendirian. Sehingga sekarang, pipinya terasa sakit ditampar oleh darah dagingnya sendiri.

Hanya disebabkan Tengku Nurfaiza, Angel terpaksa tanggung kesakitan itu. Dan sekarang target lama harus ditukar baharu. Arahan The King Of Evil untuk menghapuskan polis itu masih terngiang-ngiang di telinga dia.

Sebenci-benci Angel pada gadis itu, dia tak sesekali pernah terfikir untuk membunuh. Entah mengapa seperti ada sesuatu yang menghalang.

"Sayang?" Suara Tengku Fazril memanggil berjaya menyentak lamunan panjang Angel. Terasa tubuhnya dipeluk dari belakang  serta pipinya turut dicium manja.

"Apa yang mummy fikir? " soal dia prihatin.

"Nothing.."

"Mummy, daddy tahu ada something yang ganggu fikiran mummy. Kalau takde, mustahil mummy kat sini," seloroh Tengku Fazril. Sesaat kemudian, dia meletakkan dagunya di atas bahu Angel yang sedikit terdedah.

Dalam masa itu, Angel mengerutkan dahinya.

"Apa maksud daddy? Salah ke kalau mummy ada kat sini?"

"Tak salah. Cuma selalunya, mummy akan ada kat sini bila terfikirkan sesuatu," balas Tengku Fazril lembut.

Angel terdiam. Dia hanya membiarkan bicara suami Putri Risha dibawa angin. Tatkala itu,bayu malam benar-benar memberikan mereka sedikit ketenangan.

Tapi bukan pada fikiran Angel. Dia masih buntu. Antara tugas mahupun belas kasihan? Mana yang dia patut pilih?

______________________________

Selepas sahaja menghantar Double R ke rumah Dato Fikri, Angel merenggangkn sedikit tubuhnya ketika masuk ke dalam penthouse. Sekarang, hanya dia sahaja yang tinggal di dalam rumah.

Sejak kebelakangan ini, dia sedar akan sikap Double R yang sentiasa ingin ke rumah nenek mereka. Pernah sekali juga, dia terdengar Roland dan Riley berbincangkan sesuatu tentang sebuah gambar ketika dia hampir masuk ke bilik mereka.

Walaupun begitu, Angel memilih untuk tidak bertanya kerana malas mengambil tahu.

Di saat dia ingin masuk ke dalam dapur, tiba-tiba telinganya terdengar bunyi seorang gadis berbicara.

"Well, well,well.. syok ke ganggu rumah tangga orang? " sindir Tengku Nurfaiza tepat di belakang Angel.

Sedetik kemudian, Angel berpusing menghadap polis tersebut. Bagaimana Faiza ada kat sini?

"Seronok menyamar jadi arwah kakak ipar aku?" kata Tengku Nurfaiza lagi. Angel berdecit malas.

Wajah Tengku Nurfaiza dipandang lama tanpa perasaan.
"Aku takde mood nak bergaduh dengan kau," bidas Angel acuh tak acuh.

"Hei,pompuan! Aku dah janji pada along yang aku akan tangkap kau walau apapun yang berlaku!" seloroh dia.

Angel menjeling sebentar.
"Termasuk gadaikan nyawa sekali?" duga Angel.

Tengku Nurfaiza terkesima. Angel benar-benar Angel yang turun daripada neraka!

"So, kau nak bunuh aku?" agak Tengku Nurfaiza. Angel hanya berdiam diri. Fikiran serta hatinya berkecamuk. Di masa itu juga, Tengku Nurfaiza sengaja mencari nahas dengan mengapi-apikan perasaan gadis itu.

Baru sahaja Angel ingin beredar, suara Tengku Nurfaiza terlebih dahulu keluar.

"Angel! Walaupun muka kau tu sama dengan arwah Risha, ia takkan menukar status diri kau sebagai pembunuh yang menjijikkan! Kau tu cuma betina yang tak guna!

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now