Tekan youtube kat atas dan dengar sambil korang membca.
"Nga..nga..buka mulut besar-besar," Tengku Fazril cuba menyuap sesudu makanan ke dalam mulut 'isterinya' namun, gadis comel itu tidak mengendahkan kata-katanya. Malah, Angel melontarkan pandangan ke arah lain.
Tengku Fazril tersenyum tawar. Sedingin mana pun Angel melayaninya, dia tak pernah sesekali pun berputus asa untuk menambat semula hati 'permaisurinya.'
"Baby, please makan sikit. Dah berapa hari mummy tak makan. Macam mana nak sihat?" Suara Tengku Fazril memujuk.
Namun, sampai sekarang Angel tidak ingin membuka suaranya. Timbul rasa bimbang pada wajah Angel yang semakin pucat tidak berdarah.
Tengku Fazril meletakkan mangkuk yang dipenuhi bubur di atas meja. Tangan 'isterinya' dicapai lalu dibawa ke bibir.
"Sayang..nape tak nak bercakap? Daddy ada buat salah ke? " ujar dia sayu.
Angel masih berdiam diri. Wajah Tengku Fazril langsung tak dipandang. Dia hanya membiarkan tangannya di dalam genggaman lelaki tersebut lalu melelapkan mata.
Fikirannya benar-benar kosong seolah-olah dia ditakdirkan sebagai sebuah robot. Kalau nak ajak mampus pun, confirm dia terima.
"Sayang..please..say something to me.." mohon Tengku Fazril kecewa. Seperti tadi, Angel hanya berdiam diri.
Tengku Fazril buntu. Di mana salahnya sehingga gadis comel itu bersikap dingin padanya? Angel seakan-akan berubah. Tidak seperti dulu. Dia berada di dunianya sendiri dan tiada sesiapa yang berjaya menarik perhatiannya.
___________________________
Tengku Nurfaiza berdecit perlahan melihat sikap prihatin ahli keluarganya terhadap 'Putri Risha'. Hati dia yakin bahawa gadis di atas katil itu hanya seorang penyamar dan pembunuh yang dikehendaki oleh pihak polis.
Dia bersandar pada dinding sambil melihat kukunya. Berdesing telinga dia mendengar kata-kata semangat daripada yang lain khas untuk penyamar itu.
"Sha,makan la sikit. Tok wan risau tengok Sha macam ni. Sha tak sayangkan tok wan ke?" Air mata Tok Mariam bergenang.
Cucu kesayangannya itu sejak tadi menutup matanya seolah-olah tidak ingin melihat kehadiran mereka semua.
Sesaat kemudian, Tok Mariam melontarkan pandangannya ke arah Tengku Fazril yang sejak tadi tunduk menikus merenung lantai. Dapat ia rasa betapa kecewanya hati lelaki tersebut apabila dilayan seperti angin.
Kesungguhan Tengku Fazril membuatkan Tok Mariam menitiskan air matanya. Selama seminggu lelaki itu mengelap tubuh serta memberi makan pada Angel walaupun Angel takkan sesekali mengeluarkan sebarang suara.
"Nakkkk.." leret suara Tok Mariam memanggil.
Dilihatnya Tengku Fazril sempat menyeka air matanya lalu tersenyum pendek.
"Ye, tok wan," sahut dia. Tok Mariam tahu bahawa suami kepada cucunya itu cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.
"Sabarlah nak. Tok wan yakin. Ini semua dugaan dalam rumah tangga kamu. Fazril banyakkan berdoa ye nak. Jangan putus asa," pesan Tok Mariam lalu mengusap lembut belakang Tengku Fazril.
"Fazril faham. "
Tok Mariam melontarkan pulak pandangannya ke arah Datin Melia yang sedang berbisik sesuatu pada telinga Angel. Situasi yang dialami oleh Angel benar-benar membuatkan mereka buntu.
"Dah lewat. Esok kami datang lagi," pamit Dato Fikri. Sempat lagi dia mengucup dahi 'Putri Risha' sebelum beredar meninggalkan ruangan tersebut.
Tengku Nurfaiza mendekati Tengku Fazril lalu tubuh abang sulungnya dipeluk erat.
"Along bawa bersabar ye. Faiza yakin ada sesuatu yang akak sorokkan daripada kita," kata dia. Tengku Fazril terus sahaja menoleh ke arah adik perempuannya dengan riak sedikit tidak senang.
"Maksud Faiza, maybe kak Risha ada sebab tak bagitau masalah dia pada abang. Mungkin untuk kebaikan abang jugak," tipu dia bersama senyuman manis.
Sesaat kemudian, dia mendekati Angel yang sedang tidur lalu dahi suspeknya itu dikucup dengan keadaan yang terpaksa.
Ketika dia ingin menundukkan wajahnya, dia terlihat parut pada pipi Angel yang kelihatan semakin pudar.
Jantung Tengku Nurfaiza berdebar hebat. Dia terkedu. Ingatannya segera terimbas semula pada kejadian di mana dia bertarung bersama gadis bertopeng di England dahulu.
'Aku dah agak!'
_____________________________
"Mummy...nak main teka-teki tak?" cadang Tengku Fazril lalu melontarkan pandangannya ke arah Angel yang masih berdiam diri.
Dalam pada itu, tangan Tengku Fazril begitu tekun sekali meletakkan sehelai kain tuala pada dahi Angel yang bersuhu panas.
"Cantik.." tutur dia perlahan. Sepucat mana pun gadis di hadapannya, dia akan tetap mencintai gadis itu sehingga ke hujung waktu.
"Mummy lebih cantik daripada bulan!" puji dia ikhlas.
Angel melelapkan matanya dan mengabaikan kata-kata Tengku Fazril. Langsung tak diendahkan hati dan perasaan yang dirasai oleh lelaki itu.
Tengku Fazril seperti biasa, akan tersenyum tawar. Seketika, betis Angel diurut secara lembut.
Tanpa pengetahuan lelaki kacak itu, Angel melihat segala perbuatannya dalam diam-diam. Hati dia sedikit demi sedikit trsentuh akan sikap Tengku Fazril terhadap dirinya.
"Tu ha. Dah kurus. Cuba la mummy makan sikit. Confirm comel macam dulu!" celoteh Tengku Fazril.
Air mata Angel menitis di pipi. Pelbagai bicara Tengku Fazril untuk menarik perhatiannya, namun dibiarkan berlalu dibawa angin.
"Mummy..."
Angel diam sambil menunggu ayat seterusnya.
"Daddy..hmmm..takpe la." Ayat Tengku Fazril tergantung sepi. Dalam masa yang sama, Angel terdengar lelaki itu mengeluh kecil.
"Papa!!" Tiba-tiba ruangan itu menjadi bingit disebabkan kehadiran Riley bersama mereka yang lain.
"Anak papa dah sampai!" Tengku Fazril memeluk tubuh anak perempuannya lalu menguntumkan senyuman.
"Papa, mama dah bercakap ke?" bisik Riley. Tengku Fazril tersenyum halus sambil mnggeleng-gelengkan kepalanya.
"Mama.." Seru Roland. Angel diam tidak berkutik.
"Sampai bila mama nak jadi macam ni? Apa salah kitorang sampai mama tak nak layan? Mana mama yang along kenal dulu? Mama kata along tak boleh jadi lemah! Tapi sekarang mama yang lemah!
Mama bencikan kitorang ke?!Tolong la,ma. Beritahu pada kitorang. Apa yang mama fikir selama ni? " desak Roland. Kesabarannya semakin tipis. Tangan Angel berulang kali digoyang-goyangkan.
Melihat Angel yang masih berdiam diri mmembuatkan Roland berasa kecewa.
"Mama jahat!! Mama tak sayangkan along dan Riley! Along nak mama yang dulu!!"
"Roland, jangan macam ni sayang. Mama tak sihat," nasihat Tasya. Tangan Roland ditarik agar remaja itu mampu bawa bertenang.
"Tak nak! Along tak nak keluar! Mama kena jawap dulu soalan along!!" Riley yang melihat keadaan itu, tiba-tiba sahaja menangis di dalam pelukan papanya.
"Mama...nak mama..." rengek dia. Tangisannya semakin lama semakin kuat.
Mereka yang lain terpaksa mengheret Roland dan Riley keluar agar kesihatan Angel tidak terganggu.
Namun, semasa mereka ingin keluar, ada sesuatu yang menarik perhatian mereka.
Rosilia yang sejak tadi berdiam diri, tiba-tiba berasa tangannya ditarik lemah oleh seseorang.
Dia segera menoleh dan mendapati bahawa Angel sedang memegang tangannya bersama wajah yang kosong.
Satu pergerakan yang datang daripada Angel benar-benar buat mereka tergamam.
"Tolong bagi kami ruang.." pinta Rosilia seraya memandang ke dalam anak mata Angel.
Mereka semua mengangguk kemas lalu keluar daripada ruangan tersebut.
Vote and Comment.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...