Bab 48

6.3K 401 18
                                    

"Hmmm sebenarnya..." Datin Melia memandang satu persatu wajah-wajah di hadapannya. Sebak hati tuanya ingin berkata.

"Baby dalam tu..."
"Past is past..benda lama tak perlu nak diingatkan," potong satu suara di belakang mereka.

Kelihatan Dato Fikri sedang menuju ke arah mereka bersama anak sulungnya,Aril.

"Dah lewat malam. Pegi masuk bilik tidur masing-masing," arah Dato Fikri lembut.

Masing-masing mengangguk kemas lantas bangkit daripada sofa.

"Berjanji dengan uncle yang along takkan tanya soalan ni lagi," bisik Aril terhadap Roland sebelum mereka beredar.

Roland terpaksa mengiyakan walaupun hatinya membara ingin tahu gerangan bayi comel tersebut.

"Papa..along pun nak naik dulu ye. Penat.Jom sayang," pinta Aril lalu menarik tangan Lyana naik ke tingkat atas.

Apabila ruangan itu hanya dihuni oleh mereka berdua, Dato Fikri membuka bicaranya.

"Sayang tak perlu ingat semua benda tu.." pesan dia lembut. Kepala Datin Melia juga turut diusap perlahan.

"Sayang rindu.." luah Datin Melia sedih.Tanpa mereka sedari, Angel sedang mengintip mereka dari sudut yang tidak dilihat oleh mereka.

Pelik,gerutu hatinya.

_________________________________

Walaupun jam telah menginjak larut malam,gadis itu masih belum melelapkan matanya.

Kalau dah tekad tu,tekadlah jugak. Sampai ke hujung waktu,dia tetap nak tangkap pembunuh misteri tu.

Berulang kali gadis itu menguap panjang, namun dia masih menganalis akan maklumat gadis bertopeng tersebut dengan teliti.

Kut-kut ada yang dia terlepas pandang.

Oleh kerana ingin bertahan dengan lebih lama, Tengku Nurfaiza mengambil keputusan untuk membuat kopi.

Ketika dia ingin berlalu,dia terdengar ada beberapa staf officenya sedang berbual sesuatu mengenai arwah ketua mereka.

"Kesian arwah. Tak sangka dia pegi dengan umo yang masih muda," luah Sarjan Sammantha.

"Ajal tu tak kira umo or tempat. Sebab tu kita kena sediakan bekalan iman.." pesan rakannya.

"Tapi en, aku lebih kesian dengan tunang arwah. Kalau tak silap aku, dalam minggu tu diorang dah nak bertunang," sampuk Sarjan Adrel.

"Apa? Arwah Inspektor Shane pernah bertunang sebelum ni? Sape nama tunang arwah? " Suara Tengku Nurfaiza membuat kan ketiga-tiga gadis itu segera bangkit daripada tempat duduk lalu memberikan tabik hormat.

"No,it's okay. Duduk. Arwah Inspektor Shane dah pernah bertunang ke  sebelum ni?" soal Tengku Nurfaiza semula.

"Eh,tak puan. Arwah baru je nak bertunang tapi.."

"Takpe,saya faham. Sape tunang arwah?"

"Kalau tak salah saya,nama dia Angel,puan. Saya pernah terserempak dengan dia masa dia lunch dengan arwah," lapor Sarjan Sammantha.

"Hmmm..Angel ye," gumam dia perlahan. Seketika, dia berjeda.

"Sarjan Sammantha!"

"Ye puan!"

"Saya nak awak periksa semula semua kejadian arwah masa dia hidup dulu bersama tunang dia. Termasuk maklumat gadis tu," arah Tengku Nurfaiza tegas.

"Baik puan!"

________________________________

Angel mengerutkan dahinya dalam keadaan yang separuh sedar. Dalam tidurnya, dia bermimpikan seorang gadis pelik yang sedang menangis teresak-esak.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now