Sudah 2 minggu berlalu selepas kejadian Angel cuba membunuh Tengku Nurfaiza tanpa pengetahuan mereka. Malam ini, Angel termenung sendirian seraya memikirkan keadaan polis tersebut.
Seminggu yang lalu, jujur dia ingin menghapuskan sahaja Tengku Nurfaiza daripada muka bumi ini. Namun, hari-hari yang semakin datang membuatkan dia diserang rasa bersalah.
Adakah masih wujud belas kasihan pada diri Angel? Dia sendiri pun tak tahu. Fikirannya agak buntu.
Beberapa minit kemudian, dia mengeluh berat. Bayu malam ketika itu tidak mampu mengusir rasa kerisauannya.
Berkali-kali wajah menakutkan The King Of Evil datang menerpa dalam fikirannya tanpa dipinta. Dalam elok termenung jauh, tiba-tiba Angel terasa pipinya dikucup sekilas dengan sesuatu yang lembut.
Chupp!!
"Ha! Termenung kan daddy ke?" sergah Tengku Fazril sengaja ingin menyakat. Angel hanya mampu tersenyum tawar . Bagaimana kalau suatu hari nanti Tengku Fazril akan memilih jalan untuk membenci dirinya?
"Takde la. Mana ada. Mummy terfikirkan keadaan Faiza. Sampai sekarang mummy masih trauma dengan benda yang dah terjadi pada kitorang berdua," tipu Angel.
Tengku Fazril menghela nafas panjang. Pipi Angel diusap perlahan lalu ditarik rapat mendekati wajahnya.
"Errhhh...Daddy..apa yang daddy cuba buat ni?" soal Angel janggal. Takkan nak kiss kut.
"Shhhh.. Mummy tahu en yang daddy akan sentiasa lindungi mummy?" ujar dia lembut. Angel tergamam buat seketika.
"Daddy takkan benarkan sesiapa pun yang buat princess daddy menangis," bisik Tengku Fazril romantis.
Angel menelan air liurnya. Wajah Tengku Fazril kini benar-benar berada dekat pada wajahnya.
"And daddy akan sentiasa jadi pelindung cinta mummy buat selama-lamanya."
Zapp!!
Hati Angel diserang dengan tusukan tajam. Kata-kata Tengku Fazril membuatkan jantungnya berdegup dengan kencang. Perlahan-lahan dia teringat semula perbuatannya pada adik ketua mafia itu.
Apa yang aku dah buat ni? Dia cuba lindungi aku dan aku pula...cuba musnahkan adik dia..
"I love you mummy.." ucap Tengku Fazril sayu lalu menarik tubuh Angel ke dalam pelukannya. Angel semakin dirundung rasa bersalah.
Tanpa mampu ditahan lagi, air mata Angel jatuh bercucuran sehingga mengenai bahu Tengku Fazril yang hanya mengenakan singlet hitam.
Tengku Fazril mengusap lembut belakang Angel lalu rambut gadis itu dikucup penuh kasih sayang.
Dalam hatinya, dia tekad ingin membuat Angel tersenyum semula seperti dahulu.
____________________________
"Alah boleh la Riley. Papa merayu sesangat," mohon Tengku Fazril penuh berharap. Sejak tadi dia cuba merayu pada anak perempuannya agar memberikan ruang untuk dia dan Angel berdua-duaan di dalam penthouse malam ini.
"Tak boleh! Riley pun nak join jugak! Tak aci la papa ni," rajuk Riley lantas memuncungkan bibirnya .
"Yang kau nak merajuk apehal? Biarla mama and papa berdating kat rumah malam ni," sampuk Roland selamba.
"No, along! Kita kena join jugak! Riley nak selalu dengan mama!" bentak Riley yang sememangnya gemar bermanja dengan Angel.
"Along, pujuk la adik ni. Please bagi papa chance ," pujuk Tengku Fazril penuh berharap.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...