Bab 94

8.6K 573 55
                                    


Lagu tu kena dengar. Baru ada sedih sikit.

Bayu malam terasa menampar lembut tubuh perempuan itu. Namun, sedikit pun tidak memberi apa-apa kesan terhadap dia. Terasa hatinya kosong seperti riak wajahnya sekarang.

Malam semakin larut dan dia tinggal berseorangan. Sedar tak sedar, dia berasa sunyi. Bukan apa, selalunya telatah Double R akan sentiasa menghuni kesunyian penthouse tersebut ditambahkan lagi sikap bodoh Zack,Akim, Alex dan Triple Ko.

Mengapa dia harus hidup jika ditakdirkan sebagai seorang pembunuh? Lebih baik tak pernah wujud daripada menjadi 'malaikat maut.'

Tit! Tit! Tit!

Jam yang berbunyi menunjukkan pukul 12 tengah malam. Seketika, Angel teringat semula sebuah kunci yang telah diberikan oleh Roland pada dirinya sebentar tadi.

Dia masih ingat akan kata-kata budak remaja 13 tahun itu. Mengikut tarikh hari ni, Putri Risha dan Tengku Fazril akan meraikan ulang tahun mereka yang ke-13 tahun.

Disebabkan perasaan tahu yang membuak-buak, Angel mencapai kunci tersebut di atas meja lalu menuju ke beberapa bilik yang dikunci.

Sudah beberapa minit dia mencari, namun bilik yang dicari tidak jua ditemui serta tidak bersesuaian dengan kuncinya.

Roland hanya mengatakan bahawa dia sudah menyediakan kejutan untuk mereka berdua tetapi di mana? Hoi, di mana! Korang dengar tak?! (Ok, part ni author gurau je.)

Tak lama kemudian, Angel berasa penat lantas menaiki tangga semula ke tingkat atas. Semasa dia berjalan, tak semena-menanya, dia terlihat sebuah pintu pink yang telah lama berkunci sejak hari pertama dia menjejakkan kaki ke sini.

Dengan langkah yang perlahan serta hati yang berdebar, Angel menuju ke pintu tersebut lalu cuba membuka tombol dengan menggunakan kunci Roland.

Klik!

Terbuka! Sejurus itu, dia membuka pintu tersebut dan mendapati bahawa ruangan itu agak suram. Ketika dia ingin melangkah masuk, tanpa jangkaannya, dia terpijak seutas tali halus.

Di masa itu, dia mampu terdengar seolah-olah bunyi bola bergolek lalu berlanggar dengan beberapa barang yang tidak diketahuinya.

Ting!

Lampu terbuka secara tiba-tiba begitu juga dengan sebuah radio di sisi katil.

Serentak itu, Angel melihat pelbagai gambar sebenar Putri Risha bersama Tengku Fazril. Akhirnya, setelah tinggal lama bersama mereka, Angel mampu melihat jua wajah yang disanjungi oleh Tengku Fazril.

Melihat gambar-gambar tersebut membuatkan jantung Angel berdegup kencang tak berirama.Apatah lagi ditambahkan dengan sebuah lagu yang sering dinyanyikan oleh Double R sebelum tidur.

Matamu..bersinar bagai pelangi,
Ingin ku lukis wajahmu,
Buat peneman mimpi,
Izinkan aku....Pinjam hatimu...

Agar ku dapat rasa,
Bagaimanakah cinta,
Rela...ku serahkan seluruh hatiku,
Selama mana yang termampu,

Cinta ini hanya untuk kamu,
Biar pun hanya seketika,
Untuk kita BERDUA....

Cinta ini hanya untuk kamu,Biar pun hanya seketika,Untuk kita BERDUA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now