Bab 41

7.8K 469 61
                                    

Tengku Fazril merenung tajam ke arah satu persatu wajah yang telah membuat dosa pada dirinya.

"Aku suruh kau jaga bini akulah mangkukkkkk..." bisik Tengku Fazril geram pada Triple Ko.

"Sorry bro.Nafsu nak menari tu tetiba datang pulak.." sengih Riko.

"Mummy! Mummy buat apa ni? Dah hilang akal?! Bodoh sangat nak menari dengan jantan yang lain?!" ujar dia perlahan namun tegas.

Tanpa membuang masa lagi,tangan isterinya ditarik keluar ke arah luar warung Pak Samad.Sebelum keluar sempat lagi dia mengarahkan agar keluarganya balik ke rumah.

"It's not my fault!" bentak Angel sambil merentap tangannya.

"Habistu sape?" marah dia.

"Salah betina tu! Dia yang cabar mummy! Lepastu.."

"Lepastu nak ikut? Bodoh ke apa?!" bidas Tengku Fazril.

"Bini you memang bodoh..tak guna simpan pompuan macam dia," sampuk Christine daripada arah belakang.

Kelihatan gadis itu tersenyum sinis.

Tengku Fazril hanya berdiam diri.Langsung tak dibela nasib si isteri.Akibatnya Angel berasa marah lalu berlari anak meninggalkan mereka semua.

"Papa! Mama dah majuk!" tutur Riley risau.

Tengku Fazril menghela nafas.Keselamatan isterinya amat dititikberatkan,tambahan lagi malam itu semakin gelap.

"Mummy!!" Kejar Tengku Fazril.

"Risha dah majuk..Semua lelaki memang tak guna.Cakap macam takde otak," komen Tasya selamba.

"Cantik ye bahasa mama....Habistu papa pun sama?" kata Alex kurang berpuas hati.

"Tak,papa lain." Alex tersenyum lebar.Mesti dia nak cakap yang aku ni special and bijak.

"Papa extra tak guna.." tambah Tasya lagi.

Prakkk!! Berkecai hati Alex.

"Cilake punya bini," gumam Alex perlahan.

Di hadapan pulak...

"Mummy!! Tunggu kejap!" laung Tengku Fazril.

"Eiskk..eisk..Tak guna punya jantan! Senang-senang je nak panggil aku bodoh," omel Angel.

"Mummy!" Tengku Fazril menangkap tangan Angel.

"What's wrong with you?" bicara Tengku Fazril.

"Jahat! You memang tak guna! Pegilah kahwin dengan betina tak cukup kain tu! Dasar otak sempit!" herdik Angel lantas beredar pergi.

"Mummy..apa salah daddy?" sayu Tengku Fazril menyoal.

"Salah you?! You nak tahu apa?! You ni jahat! Annoying! Tak guna! Bodoh! Arghh! I hate you!" Angel menolak tubuh Tengku Fazril.

Di malam kedinginan itu,dia berlari anak seraya menangis kecil.

"Mummy! Dengar dulu explanation daddy!" ujar Tengku Fazril tegas.

Dia tidak berputus asa.Dengan pantas,dia menarik tangan Angel sekali lagi.

"Hands off me!" tepis Angel.

"Apesal degil sangat ni?! " tempelak Tengku Fazril dingin.

"Eisk..eisk..tepiii!!" raung Angel.Tengku Fazril mencebik malas.

Dengan segala kekuatannya,dia mencempung tubuh Angel sehingga gadis itu terjerit kerana terkejut.

"Put me down!" ronta Angel.Dia sengaja memberatkan tubuhnya agar Tengku Fazril melepaskan dia.Dada bidang lelaki itu juga turut dipukul bertalu-talu.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now