Bam!!
Inspektor Shane menghempas 15 fail sambil melihat satu persatu wajah-wajah anggota polis yang lain.
Semua menunjukkan riak wajah yang bersalah dan gerun dengan ketua mereka.
"Dah berapa kali kes ni berlaku?! Jawab soalan saya!"
"15 kali Tuan Inspektor," ujar mereka ketakutan.
"Ohh,dah tahu 15 kali,so nape takde satu pun daripada korang yang berjaya tangkap pompuan ni?! " herdik dia garang.
"Kami minta maaf,tuan.Penjenayah ni agak licik orangnya.Apa je perangkap yang kami cuba buat,semua dia berjaya lepas," bela Koperal Bethany untuk mereka semua.
"Terlepas?! Licik?! Eh,korang sedar tak korang ni sape? Korang ni polis! Tugas tangkap penjenayah!
Dalam kes ni,saya rasa penjenayah tu yang berjaya perangkapkan korang semua,"bebel Inspektor Shane lagi.
Mereka semua diam menikus mendengar kemarahan ketua mereka.Sedar diri mereka terlalu cuai sebanyak 15 kali dalam kes yang sama.
"Koperal Tiffany,awak dah siasat pompuan tu?" soal dia.
"Dah tuan! Mengikut maklumat yang saya dah perolehi,pompuan tersebut digelar gadis bertopeng.Dia aktif masuk ke kelab malam tapi tak pernah sekali pun keluar dalam keadaan yang mabuk.
Mangsa-mangsa yang pernah dia bunuh jugak mempunyai pelbagai pangkat yang tinggi dalam aktiviti jenayah iaitu gengster,mafia dan jugak yakuza.
Gadis tersebut menggunakan pistol serta senjata tajam untuk membunuh mangsa-mangsanya.
Mengikut maklumat lagi,setiap kali dia buat pembunuhan,confirm dia tak pernah tinggalkan kesan.Seolah-olah bagaikan angin,"lapor koperal Tiffany dengan penuh amanah.
"Angin? Tak tinggalkan kesan?" gumam Inspektor Shane perlahan.Sape gadis bertopeng ni sebenarnya?
"Tuan! Saya rasa tuan kena tengok rakaman cctv ni.Saya dapat daripada pemilik club malam kat hujung seberang jalan,"ujar Koperal Tiffany tegas.
Inspektor Shane segera menuju ke arah Koperal Tiffany yang sedang menekan tetikus.
Klik!
Maka,terpancullah rakaman cctv tersebut.
Dalam rakaman itu menunjukkan penjenayah sedang mengelar leher si mangsa dengan kejam lalu menyepak kepala dia.
Akhir sekali,gadis bertopeng itu berjalan ala-ala catwalk lalu berhenti tepat menghadap cctv.
Kelihatan,gadis tersebut tersenyum sinis lalu mengacukan pistol ke arah cctv.
Bang! Bang!
Setelah itu,semuanya kelihatan gelap.
"Sekarang ni saya nak korang semua agak club mana dia akan pegi lepas ni!" arah Inspektor Shane garang.
"Baik Tuan!"
___________________________________
"Eish mana pulak dia ni? Lambat betul,"rungut seorang gadis yang telah lama duduk di dalam kafe untuk menunggu kekasihnya.
"Hmmm..asyik-asyik aku je kena tunggu dia.Keje tu lagi penting daripada aku ke?" gumam dia bersendirian.
"Angel!" sergah seseorang.Mengetahui akan pemilik suara sebenar itu membuatkan Angel terus sahaja mencebikkan bibirnya.
"You're late!" rajuk Angel sebentar.
"Sowey sayang.Saya bukan sengaja..Ada..""Tu je lah alasan awak.Tak sengaja,tak sengaja."
"Sumpah! Saya tak tipu.Kali ni memang betul,"jujur Inspektor Shane berkata-kata."Ohh jadi sebelum ni awak tipu jelah?" seloroh Angel geram.
"Tak,sebelum ni pn sama jugak.Hehehe." Inspektor Shane tersengih melihat wajah cemberut bakal tunangnya."Eish,benda apa sampai tak siap-siap lagi ni?"
"Kes yang sama jugak.Pasal gadis bertopeng tu.Seluruh anggota saya gagal tangkap dia.Alasan kata cuai.Masuk akal ke kalau dah 15 kali cuai? Saya boleh terima lagi kalau sekali je.Ni sampai 15," rungut Inspektor Shane geram.
"Hebat jugak gadis tu erk."
"Hmm dia tu licik!"
"Kira hebatlah tu,sampai boleh permainkan semua anggota awak,"tempelak Angel lalu menghirup jus orennya."Tapi en,saya pelik dengan orang tu,"luah Inspektor Shane.
"Nape pulak?""Dia hanya targetkan pangkat besar dalam aktiviti jenayah.Contohnya gengster,mafia and yakuza.Nape tak orang lain?
Contohnya,penagih dadah,perogol,perompak.Pehal mesti pangkat yang besar?" Inspektor Shane tertanya-tanya.
"Sebab tu awak kena selidik pasal dia.Tangkap dia secepat yang boleh,"pesan Angel cerdik.
"Bukan senang nak tangkap dia."
"Hmmm sape mangsa dia yang utama?""Di antara 3 pangkat tu,dia lebih kerap membunuh mafia.And yang lagi pelik tu,semua mafia yang dia bunuh,memang dah ditarget oleh polis."
"Maybe dia nak tolong korang kutt,"duga Angel.
"Tak.Dia pun penjenayah jugak.Takde motif dia nak bantu pihak polis,"jawap Inspektor Shane."Hmmm oh,ya! Dia tu penjenayah kat bahagian mana? I mean perompak ke,perogol ke,penagih dadah ke.Entah-entah dia tu gengster,"teka Angel teliti.
"Hmm tu saya tak pasti lagi...mungkin.."
Dalam elok berbual,tiba-tiba sahaja telefon Inspektor Shane berdering minta diangkat.
"Ada apa?"
"Tuan,kami berjaya jumpa sorang saksi di mana kejadian pernah berlaku sebelum ni.
Dia kata dia nampak sendiri camne mangsa dibunuh oleh gadis bertopeng tu,"beritahu Inspektor Bethany.
"Ok,tunggu saya sampai di sana.Sementara tu,korang semua cari bukti yang ada kat dalam kejadian,"arah Inspektor Shane tegas.
Selepas itu,dia mematikan panggilan lalu memandang ke arah wajah bakal tunangnya.
"Sayang.."
"Hmmm pegilah.Saya faham awak ada keje untuk negara ni."Inspektor Shane tersenyum tawar.Faham benar kesayangannya itu tengah merajuk.
"Sorry sayang.Saya janji nanti saya belikan coklat erk,"janji dia lalu mengucup tangan Angel.
"Hmmmm.." Sesaat kemudian,dia beredar dengan langkah yang pantas.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomantizmSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...