Sudah 3 minggu Tengku Fazril dan Angel bergaduh seperti anjing dan kucing. Kedua-duanya tidak ingin mengalah dalam apa jua situasi.
Pagi itu, Tengku Fazril masuk ke dalam bilik lalu matanya terpaku pada sebatang tubuh yang sedang berselubung dalam gebar sambil mulut pula ternganga kecil.
Trauma betul budak kecik ni sampai nak tido macam tu! Getus Tengku Fazril. Dia menatap lama wajah Angel yang tak dinodai oleh sebarang jerawat mahupun jeragat.
Bersih! Tak lama selepas itu, Tengku Fazril tersenyum suka. Wajah naif Angel benar-benar mencuit hati kelakiannya.
Sejujurnya kemarahan dia telah lama reda dan digantikan dengan perasaan ingin mengusik perempuan itu. Dia ingin menguji sampai bila Angel mampu bertahan perangainya yang agak kerek dan masuk air.
Baru sahaja Tengku Fazril ingin melangkah pergi, tiba-tiba dia terdengar telefon Angel berbunyi.
Langkah diatur lalu dia membuka kekunci pin telefon Angel tanpa sebarang masalah. Mujur sahaja dia tahu password pada telefon 'isterinya' itu.
Tak lama kemudian, Tengku Fazril membuka notifications Angel dan mendapati bahawa Maisara telah menghantar sebuah gambar di aplikasi whatsapp.
Disebabkan menghormati privasi wanita itu, Tengku Fazril mengabaikan sahaja mesej tersebut. Namun, aktivitinya tak habis di situ sahaja.
Aplikasi galeri dibuka dan dia melihat satu persatu gambar-gambar Angel yang agak mencabar imannya.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...