The End

13.5K 702 95
                                    

4 bulan kemudian..

"Ergh, anak papa buat apa ni?" ujar Tengku Fazril sambil mengucup berulang kali pada kandungan Putri Risha yang berusia 6 bulan.

"Daddy, stop it. You tahu baby takkan jawap," balas Putri Risha acuh tak acuh sambil membaca sebuah novel di wattpad yang bertajuk Mr & Mrs.Assassin.

Tengku Fazril menjulingkan anak matanya ke atas lalu duduk di sebelah isterinya.

"Tak rasa bosan ke layan wattpad tu? Mr apa ke benda? Sape penulisnya?" soal Tengku Fazril kurang berpuas hati.

"BabyFik. Dah, tepi. Orang nak baca," halau Putri Risha rimas. Sape tak rimas oii. Keje nak berkepit 24 jam. Nasib muka tu dah kacak balik. Kalau still pecah, hmm tak tahulah. Confirm, tak tahu nak beza mana jamban dan mana muka.

Seketika, Tengku Fazril mendengus geram lalu merampas telefon tersebut daripada tangan isterinya.

"Daddy! Mummy nak baca!" rengek Putri Risha geram. Dia cuba merampas telefon ia daripada tangan sang suami.

"Sape penting? Daddy ke BabyFik?" Ha, ambik kau soalan cepumas. Author tengah ready dah ni dengan pisau mainan. Kalau tak pilih author, author tak muncul sebulan.

"Confirm la BabyFik! Mummy nak baca cite dia!" rengek Putri Risha ingin merajuk. Pergh! Dia pilih BabyFik terasa macam merdeka pulak. Hahahaha.

"Fine!" Tengku Fazril menekan sesuatu di atas skrin telefon milik isterinya. Buat seketika, telinga masing-masing mampu terdengar bunyi telefon yang muncul. Tengku Fazril telah mematikan telefon tersebut lalu selamba dicampakkan di atas katil.

"Daddy!!!" Putri Risha memuncungkan bibirnya sambil melipatkan tangan rapat ke dada sebagai tanda merajuk. Kedua-dua belah kakinya sengaja dihentak-hentakkan agar Tengku Fazril tahu bahawa dia benci dilayan seperti itu.

"Majuk?" Seperti biasa, Tengku Fazril akan menjongketkan keningnya.

Putri Risha mendengus geram lantas cuba beredar daripada situ. Malas nak layan perangai kalah dengan beruk hutan Afrika.

Belum sempat kaki diatur, tiba-tiba Putri Risha berasa tubuhnya seolah-olah terbang lantas diletakkan di atas katil.

"Daddy, tak nak lah macam ni. Mummy period!" tipu Putri Risha. Adoi, nak menitis air mata author dengar. Ada ke pompuan datang period masa mengandung?

Sejenak, Tengku Fazril menjentik dahi isterinya lalu menjeling geram.
"Hah, tipu! Agak-agakla nak menipu mummy oii. You tu mengandung. Dari mana keluar period tu? Dari mulut mummy ke?" sindir Tengku Fazril selamba.

Putri Risha hanya mampu memuncungkan bibirnya sambil tergelak di dalam hati. Adoi, bodoh ye alasan aku.

Semasa Putri Risha tekun memuncungkan bibirnya, Tengku Fazril mengambil peluang tersebut dengan menindih tubuh Putri Risha lalu bibir gadis itu dikucup bertalu-talu.

Bukan itu sahaja, leher Putri Risha juga turut menjadi sasaran bibirnya. Habis tergelak Putri Risha apabila merasa bibir suaminya yang agak basah.

"Ha! Ha! Ha! Daddy! Haha! Tak nak! Geli!" Putri Risha tergelak besar sambil cuba mengelak setiap ciuman daripada suami tercintainya.

"Tu sebab menipu! Ha, nak lagi!" Tengku Fazril semakin galak mengusik. Tak lama selepas itu, gelak Putri Risha terhenti sebaik sahaja Tengku Fazril mematikan perbuatannya.

Putri Risha menjadi bingung sebentar apabila lelaki itu hanya tersenyum manis sambil mengusap lembut pipi ia.

"Erhhh daddy?"

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now