Bab 89

7.6K 511 76
                                    

2 hari kemudian..

Tengku Nurfaiza berjalan berseorangan sambil matanya melilau ke arah serata tempat. Dia cuba mencari kelibat Maisara di mana mereka pernah bertemu.

Sejujurnya dia berasa pelik. Sejak kebelakangan ini, figura gadis itu tidak lagi kelihatan untuk melawat Angel sperti pada hari-hari kebiasaannya.

Sudah beberapa hari dia mencari  Maisara tetapi gadis tersebut seolah-olah hilang entah ke mana.

Sesaat kemudian, dia mengeluh hampa. Ada sesuatu yang dia ingin tanyakan pada Maisara.

___________________________

"Papa!! Nak tu! Nak tu!!" rengek Riley sambil menuding jarinya ke arah sebuah patung unicorn berwarna biru dan merah jambu.

"Nop! Tak boleh! Kat bilik Riley dah banyak patung macam tu. Lagipun Riley dah besar," nasihat Tengku Fazril lembut .

"Maksud papa, Riley tak boleh dapatkan patung tu sebab dah besar?" Anak mata Riley berkaca-kaca melihat papanya.

"Erhhh lebih kurang macam tu," balas Tengku Fazril.

"Tapi...unicorn wujud..." Riley menunduk wajahnya menahan sedih.

"Papa tak kata yang unicorn tu tak wujud cuma..."

"So, unicorn tu wujud?" sampuk Roland bersama kaca mata di wajahnya. Remaja kacak itu sengaja ingin mengusik papanya yang sedang bingung melayan karenah Riley.

Sejurus itu,Tengku Fazril menjulingkan matanya ke atas lalu menoleh ke arah anak terunanya.

"Along tahu yang unicorn tu tak wujud!" bisik Tengku Fazril keras.

"Tapi papa dah bagi harapan palsu kat Riley."

"Tu sebab papa tak nak dia menangis!" balas Tengku Fazril lagi. Dalam pada itu, Riley sibuk menarik-narik hujung baju papanya.

"Papa, nak tu..." rengek dia lagi.

"Papa, kena jujur dengan Riley. Kang sampai besar dia ingat unicorn tu wujud," ujar Roland selamba lalu mengatur langkah ke bahagian lain.

Tengku Fazril pula hanya mampu mengecilkan matanya memandang ke arah Roland. Sama je perangai diorang!

"Dengar sini sayang. Bilik Riley dah penuh dengan berjenis unicorn. Kalau Riley beli patung unicorn baru...erhh Riley seolah-olah..erhh ha! Riley seolah-olah gantikan patung-patung unicorn lama Riley dengan yang baru. Riley tak nak jadi macam tu en?" Bijak Tengku Fazril bertarik tali.

Serentak dengan itu, Riley menggeleng-gelengkan kepalanya dengan pantas. Sungguh dia menyayangi patung-patung unicorn di dalam biliknya.

"Tak nak la beli!" bantah Riley mendatar. Sesaat kemudian, Tengku Fazril tersenyum lalu menarik tangan Riley ke arah Angel yang sedang memandang ke atas.

Dah kenapa pulak dengan minah ni? Kena sawan babi ke apa?

Sebaik sahaja melihat figura Tengku Fazril , riak wajah Angel segera bertukar ceria.

"Daddy! Daddy! Nak tu!" jerit Angel bersungguh-sungguh. Jarinya turut ditunding ke arah rak yang menempatkan barisan patung-patung beruang bersaiz manusia dewasa.

"Teddy bears?" Angel mengangguk comel.

"But mummy dah ada banyak teddy bears kat bilik," ujar Tengku Fazril lembut.

"Daddy! Uwahhh!! Pleasee!! rengek Angel seraya menghentak-hentak kakinya di atas lantai.

"Ok,ok fine! Pilih je mana yang mummy nak," izin Tengku Fazril.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now