" I love you daddy!"
"Nakal! I love you too mummy!"Pasangan sejoli itu tergelak mesra sambil berpelukan romantis. Tak peduli pun di mana mereka berada sekarang.
"Puan Risha..puan! Bangun puan!" kejut Bibik Nida.
"Arghhh!!" Angel terbangun daripada lenanya.
"Puan tak apa-apa ke? Nak saya panggilkan tuan? Teruk sangat ni sampai berpeluh masa tidur," prihatin Bibik Nida.
"Takpe bibik. Risha ok..Erhh nape bibik ada kat sini?"
"Puan besar suruh bibik bangunkan puan untuk makan malam sekarang," beritahu dia amanah.
Angel meraup kasar rambutnya lantas turun daripada katil. Dia menuruni tangga dengan langkah yang perlahan dan sedang memikirkan sesuatu.
"Puan ok tak? Nak saya tolong puan?"
"Tak perlu. Risha boleh gerak sendiri," tolak dia lembut lalu menuju ke ruang makan.
Ketika itu, dia terlihat Rosilia sedang berbual dengan mereka yang lain.
'Tak balik-balik lagi ke pompuan tua ni? Semak !'
"Adik! Ha duduk kat sebelah along," ujar dia ceria lalu Angel duduk di sebelah abangnya.
Seketika, dia berasa semua mata memandang ke arahnya.
Angel menghela nafas lalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya dengan tidak bersemangat.
"Risha, sakit ke?" soal Lyana, isteri kepada Aril.
"Tak, Sha ok je." nafi dia lalu meneruskan makanan. Dia terdengar beberapa daripada mereka seolah-olah berbisik sesuatu.
Entah mengapa hatinya diasak dengan api kemarahan lalu dia bertindak mengambil daging menggunakan garfu bersama cucukan yang kuat. Akibatnya, bunyi kuat terhasil sehingga mereka memandang ke arah Angel.
"Kamu rasa marah ke ?" soal Rosilia tanpa berasa sedikit pun takut.
Angel hanya berdiam diri. Malas nak berdebat dengan keluarga arwah Putri Risha jika dia bersikap kurang ajar dengan wanita tua tersebut.
"Kamu boleh pilih jalan sama ada berhenti atau teruskan takdir kamu.." Rosilia meneruskan ayatnya semula.
"Jangan sebok hal orang," tegur Angel sebal.
"Mak cik bukannya sebok. Tapi mak cik sebenarnya kenal Risha sejak Risha kecil lagi. Mak cik tahu Risha baik cuma.. Risha sendiri yang halang..."
Bamm!!
"Hei, orang tua. Better kau ambik berat dulu dengan jantung kau sebelum amik berat takdir orang. Bukannya apa. Takut kalau dah tua, ada penyakit jantung pulak." sindir Angel lalu bangkit daripada kerusi.
"Risha!" jerit Tok Mariam. Pelik dengan perangai cucunya yang tiba-tiba sahaja bersikap kurang ajar.
"Mariam, takpe."
"Risha, mama tak pernah ajar kamu kurang ajar macam ni!" tegur Datin Melia.
"So, why semua dalam keluarga ni sebok nak tahu pasal Risha? Lantak Risha la nak mampus ke nak hidup ke. Korang peduli asal?!" Kemarahan Angel benar-benar berada di kemuncaknya.
Dia menolak kerusi dengan kasar lalu berjalan naik ke tingkat atas.
"Risha, tunggu! Mak cik boleh tolong Risha!" Rosilia menyentuh tangan Angel perlahan namun gadis itu menarik tangan dia semula sehingga Rosilia terdorong ke belakang.
Terkejut mereka dengan tindakan agresif Angel.
"Ya Allah. Apa nak jadi dengan kamu ni Risha?" Dato Fikri seakan-akan tidak percaya dengan tindakan anak bongsunya.
"Diamlah sial! Kau ingat aku hadap sangat ke dengan korang semua?! Baik gi mampus!" herdik Angel garang.
"PUTRI RISHA! Kau memang dah berubah. Melampau!" Kali ini, Tengku Fazril terpaksa masuk campur disebabkan melihat perangai 'isterinya' yang semakin menjadi-jadi.
"Wowow..hahaha!! Ya! Memang aku dah berubah! Sebab kau ! Aku tak nak jadi macam ni. Tapi kau...kau...arghhh!!" jerit Angel lalu naik ke tingkat atas.
Dia masuk ke dalam bilik tetamu lalu menangis teresak-esak sendirian. Habis rambutnya dicengkam kuat.
"What's wrong with her?" tutur Akim pelik.
"Bagi dia masa.."
_____________________________
Malam itu, Tengku Fazril tidak dapat melelapkan matanya apabila terimbau semula saat terdengar 'Putri Risha' menangis teresak-esak di dalam bilik sebelah.
Ingin ditanya, tapi Rosilia berkata agar memberikan Angel masa untuk bertenang.
'Apa yang ada dalam fikiran mummy sekarang? Mana mummy yang daddy kenal dulu? Sentiasa kuat dan manja di sisi daddy..'
Tengku Fazril termenung jauh. Adakalanya dia pelik dengan tingkah Angel yang bagaikan ingin berjauhan dengan mereka semua.
Masa semakin bergerak ke hadapan dan dia semakin risau dengan keadaan Angel yang tidak ingin keluar daripada bilik sejak tadi.
Tengku Fazril menapak keluar lalu menuju ke bilik sebelah. Tombol pintu cuba dipulas namun berkunci.
Dia mengeluh hampa. Nampaknya, Angel benar-benar ingin bersendirian.
"Mummy please...buka pintu ni. We need to talk. Please..." rayu dia.
Senyap. Dia mengeluh berat.
"Sayang please..jangan buat daddy terseksa macam ni. Daddy ada dengan mummy. Please sayang..daddy merayu," mohon Tengku Fazril bersungguh-sungguh.
Rasa nak nangis je sebab rindu dengan telatah si comel.
"Risha..." ujar dia perlahan dan kedengaran sayu.
"I really miss you..sweetie.." Akhirnya, air mata dia menitik
di pipi. Sungguh dia rindu pada Risha yang sentiasa mencuit hatinya."Fazril?" suara Rosilia menegur. Cepat-cepat Tengku Fazril menyeka air matanya lalu menoleh ke arah Rosilia.
"Mak cik tak tido lagi?" soal dia bersama senyuman tawar.
"Tak. Mak cik nak bincang sikit dengan Fazril," kata Rosilia.
"Hmm...kita bincang kat ruang tamu ye. Takut pula suara kita menganggu diorang yang sedang tido," ucap dia logik dan mereka menuju ke bawah.
Sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung, Rosilia membuka suaranya.
"Nak tahu tak apa yang mak cik nampak kat mata kamu?"
"Takdir.." jawap Tengku Fazril sepatah. Rosilia mengangguk kemas.
"Apa takdir Fazril, mak cik?"
"Takdir kamu adalah...untuk berjumpa dan baikkan semula keadaan. Kamu ditakdirkan untuk menjadi cahaya dalam keluarga kamu. Dan mak cik percaya suatu hari nanti, kamu pengakhiran bagi segala-galanya," beritahu dia panjang lebar.
"Fazril yakin ada sesuatu yang tersirat pada ayat mak cik." Tengku Fazril tersenyum hambar.
"Walau apapun yang berlaku, jangan sesekali lepaskan orang yang memerlukan cahaya kamu. Terutama orang yang lebih memerlukan," pesan Rosilia sebelum naik ke atas.
Tengku Fazril berfikir lama. Ada sesuatu di sebalik takdir aku.
'Kamu adalah pengakhiran bagi segala-galanya.'
_______________________
Beberapa minit yang lalu, Tengku Nurfaiza terlihat Tengku Fazril bersama Rosilia turun ke bawah. Dia segera curi-curi masuk ke dalam bilik tidur Tengku Fazril lalu turut masuk ke dalam bilik mandi mereka.
Sesaat kemudian, dia mengambil berus gigi Angel yang baharu serta yang lama. Kejadian malam tadi, membuatkan dia yakin bahawa Angel hanya la seorang penyamar dan ditugaskan untuk membunuh keluarganya.
"Siapa kau yang sebenarnya? Kak Risha ataupun Angel yang dah lama jadi gadis bertopeng?" monolog dia sendiri.
Tanpa dia sedar, sifat rasa ingin tahunya bakal memakan dirinya sendiri.
Vote and Comment. Done Triple Update.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...