Tengku Fazril tersenyum meleret melihat pakaian seksi Angel. Kelihatan gadis itu sedang menulis sesuatu di atas kertas. Opps! Still gadis ke?
Mungkin Angel sedang membantu Riley untuk menyiapkan kerja rumahnya. Dia sendiri pun tak tahu.
Dalam diam-diam Angel sebenarnya berasa sakit pada bahu kiri ia akibat terkena tembakan ketika cuba melindungi Christine tengahari tadi.
Mujur sahaja, Maisara dan Black Eryn berada di rumah untuk mengubati lukanya. Tu pun diberi extra bebelan yang panjang.
Sesaat kemudian, dia menghentikan pergerakkannya. Ingatan dia terimbau semula saat Christine menangis bagai nak rak semasa melihat Dato Mursyid mati ditembak.
Tentu gadis itu kehilangan sesuatu yang amat berharga di dalam hidupnya.
Bam!
Hentakan pada atas meja membuatkan lamunan Angel terhenti tanpa dipinta. Di saat itu, dia melihat briefcase Tengku Fazril elok terletak di atas meja.
Dia merenung tajam ke arah Tengku Fazril yang sedang menanggalkan tali lehernya. Rasa nak bunuh je mamat bongkak ni!
"Kau pehal tengok kau macam tu? Nak kena rogol lagi?" tegur Tengku Fazril selamba beruk.
"Tak guna! Aku harap kau mampus cepat!" omel Angel perlahan lantas mengemas semua majalah koleksinya.
Dia tidak betah tinggal berdua-duaan bersama Tengku Fazril ketika Double R sedang tidur di dalam bilik masing-masing.
"Kau nak pegi mana?! Stokin aku sape yang nak tanggalkan?" ucap Tengku Fazril dingin sehingga mematikan langkah 'isterinya'.
Angel segera menoleh lalu mencerlung tajam ke arah lelaki itu.
"You tak cacat en? Buka la sendiri," jawap dia selamba . Dia segera meninggalkan Tengku Fazril yang terkebil-kebil dengan jawapannya.
Nyampah pulak dengan mamat poyo ni! Berlagak nak mampus! Getus Angel geram.
"Amboi, nak tunjuk garang kat aku pulak. Ingat aku takut la tu," omel Tengku Fazril selamba seraya menanggalkan kedua-dua stokinnya.
Baginya, dia langsung tak merasa menyesal selepas merasai tubuh Angel yang menggiurkan.
Bukan salah aku pun. Dia yang kemaruk sangat nak curang dengan aku,gerutu hati Tengku Fazril.
Dia tak tahu bahawa perempuan tersebut telah difitnah oleh Christine. Angel sama sekali tak bersalah.
______________________________
Malam itu, Angel bertekad ingin tidur di bilik lain sahaja. Naik geram dia melihat wajah selamba Tengku Fazril semasa di ruang tamu tadi.
"Kau nak pegi mana? " soal Tengku Fazril sambil matanya pula masih menonton televisyen.
Angel tidak segera menjawap. Dia cuma mengambil telefonnya lalu menuju ke pintu.
"Aku tanya kau nak pegi mana?" ulang Tengku Fazril lagi. Kali ini, suaranya sengaja dikeraskan.
"You kesah sangat ni apesal? Suka hati I la nak mampus ke apa," balas Angel sedikit kurang ajar.
"Baik kau stay kat sini.." amaran Tengku Fazril.
Angel tersenyum sinis. Macam la aku takut sangat dengan dia. Boleh blah weh!
"Or what Encik Xender? " Angel melipatkan tangannya rapat ke dada.
"Atau aku akan anggap kau blah dari bilik ni sebab nak bertelefon dengan mamat sial tu," ujar Tengku Fazril dingin. Sesaat itu, dia menoleh ke arah Angel.
"Ceh! Rubbish!" Angel menyelak rambutnya ke belakang dengan gaya yang sombong. Dalam pada itu, matanya sempat melihat Tengku Fazril sedang menekan sesuatu di atas skrin telefon ia.
"I nak tido kat bilik sebelah. Panas pulak tido kat sini!" Jeling Angel geram.
Tengku Fazril tidak memberikan sebarang apa-apa reaksi. Kedua-dua matanya masih fokus menonton siaran kartun kegemarannya, Boboiboy.
"Whatever lah Encik Xender!" Angel meneruskan langkahnya lantas memulas tombol pintu. Namun, tombol tersebut tidak berjaya dipusingkan seolah-olah tersekat pada skala enam.
Amboi, dah macam rambut kusut pulak.
"Kau rasa panas kat sini sebab banyak dosa. Cuba la jadi macam aku. Cool and macho," ujar Tengku Fazril tenang.
Angel merengus geram apabila usahanya hanya sia-sia. Tentu sahaja lelaki itu telah mengunci sistem keselamatan melalui telefon ia tadi.
"Xender! Buka pintu ni sekarang ! " ujar Angel bengis. Tengku Fazril menjongketkan keningnya lalu tersenyum sinis.
"Tak cacat en? Buka la sendiri," balas Tengku Fazril selamba. Angel terkebil-kebil mendengar jawapan daripada sang suami yang tak berapa nak jadi.
Kalau tak silap, itu jawapannya semasa Tengku Fazril meminta dia menanggalkan stokin di ruang tamu tadi.
"You!!! Ergghh! Buka pintu ni sekarang!" marah Angel sebal. Perangai Tengku Fazril ketika itu benar-benar membuatkan dia berasa marah.
"or what Puan Risha?" Tengku Fazril mengembalikan semula paku berasnya.
"Or I akan bunuh you kat sini!" Tanpa sengaja, Angel melontarkan kata-kata yang tidak seharusnya dibicarakan.
Serentak dengan itu, Tengku Fazril menoleh semula ke arah Angel bersama riak wajah yang sukar ditafsir.
"Pffttt...hahahah!!!! Kau nak bunuh aku? Adoii lawaknya. Badan kecik tapi ada hati nak bunuh orang. Entah-entah tangan pun tak sampai nak tumbuk muka aku," ejek Tengku Fazril jahat.
Sedikit pun dia tidak menganggap kata-kata Angel sebagai sesuatu yang serius.
"Youu!! Arghhh!!! I hate you! I hate you!!" Angel mencapai sebuah bantal lalu berkali-kali dipukul pada kepala lelaki itu.
"Woi! Kau nak aku rogol kau macam semalam ?!" tutur Tengku Fazril mendatar . Angel menarik nafas panjang lalu menghentak-hentakkan kakinya menuju ke sofa."Jangan ingat I nak tido sekatil dengan beruk tak guna macam you! Dasar jantan gila seks!" marah Angel bagai nak rak.
Tanpa membuang masa lagi, dia tidur menghadap sofa sambil berpeluk tubuh.
Tengku Fazril pula sudah ternganga. Amboi sesuka hati mak jiran sebelah dia je nak gelarkan aku jantan gila seks!
Siap kau kejap lagi!
30 minit selepas Angel terlena..
"Alien datang menakluki bumi, demi koko yang dicari-cari!! Mereka kan tiba tak lama lagi, apa mungkin terjadi!" Tengku Fazril menyanyi sekuat hati apabila kartun Boboiboy disiarkan sekali lagi.
"Ying! Yaya! Gopal! Feng! Dan superhero kita, Boboiboy!" Suaranya semakin kuat. Tak diendahkan tubuh Angel yang semakin menggeliat ganas di atas sofa.
"Oh yeah! Boboiboy!!" jerit dia lagi.
"Woiii!!" Akhirnya, Angel terpaksa bangkit daripada sofa apabila tidurnya telah diganggu oleh makhluk durjana tersebut.
Dengan pantas,dia mengorak langkah ke arah televisyen lalu soket ditarik kasar.
"Woii!!" Giliran Tengku Fazril pula menjerit geram.
"Tengoklah tv kosong tu sampai ke subuh!" ejek Angel lalu tidur semula di atas sofa berselindungkan selimut. Namun,tiba-tiba dia tergamam.
Bila masa pulak aku bawa selimut?
Vote and Comment.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...