Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan Jaya Maju menjadi gamat dengan kehadiran para ibu bapa serta pelajar.
Tak ketinggalan jugak para guru yang bertugas untuk mengendalikan sukan-sukan yang terlibat.
Tengku Fazril dan yang lain membuat keputusan untuk melihat Riley bermain pertandingan bola baling manakala Angel melihat Roland bermain pertandingan bola sepak memandangkan kedua-dua sukan tersebut berlangsung pada masa yang sama.
"Along shoot along! Shoot!!" Jerit Angel sambil berdiri tegak melihat Roland menggelecek bola ke arah gawang gol.
"Go Roland!! Gooo!!!" Sorak Tasya,Sarah,Qistina dan Zalikha.
Penonton di sana hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat aksi di luar kawalan mereka berlima.
"GOLLLLLLLL!!!!!"
"Arghhhh!!
"Anak aku weh! Anak aku dah jaringkan gol!!! Arghhhhh!!!" sorak Angel gembira lalu mereka berlima berteriak sakan.Tak jauh daripada mereka,ada sekumpulan gadis seumur Roland sedang turut bersorak gembira meraikan kejayaan Roland.
"Ceh,banyak betul peminat anak kau," tegur Zalikha bangga.
Angel tersenyum megah.Figura Roland yang memberikan flying kiss terhadapnya dari jauh membuatkan dia tergelak kecil.
"Arghhh!! Dia bagi aku flying kiss weh! Dia suka aku!!" ujar para remaja tersebut.
"Dia suka akulah!""Aku!!"
"Aku!!""Hah,kan dah gaduh," kata Sarah geli hati.
"You can do it Roland!! I love you!!!" sorak Angel teruja."Rolanddd!!!"
"Go Roland!!!""Dia nak shoot weh..dia nak shoot!!"
Roland begitu fokus sekali menggelecek bola.Setiap lawan di hadapannya,dielak serta dipermainkan dengan aksi yang begitu licik sekali.
Ketika dia menyepak,bola tersebut menuju ke arah tangan pihak lawannya.Namun,pengadil langsung tidak memberikan amaran kad kuning.
"Handball!!" pekik Roland geram.Semasa dia lalai memekik ke arah pengadil,pihak lawannya dengan sengaja melanggar tubuh Roland sehingga Roland jatuh ke belakang.
"Woiiiiii!!!" Jerit Angel.
"Buuuuuuuuuu!!!!!" Seperti Angel jugak,ramai penonton yang tidak berpuas hati.Para peminat Roland pulak berasa risau melihat Roland yang sedang terbaring kesakitan di atas tengah padang."Woii!! Bola tu kena tangan tau tak!!" Jerit Angel.Namun,pengadil itu tidak mampu mendengar dek bunyi hingar-bingar yang datang daripada penonton.
"Confirm kes rasuah!" tuduh Tasya bengang.
"Tak boleh jadi ni!" Angel bangkit pantas diikuti mereka berempat lalu menuju ke arah pengadil yang hanya berketinggian pendek."Woiiii pendek!!! Asal kau tak bagi kad kuning?!" jerkah Angel bengis.Kecik besar kecik besar aje pengadil di hadapannya itu.
"Saya mengadili permainan ini dengan adil,Puan."
"Adil kepala hotak kau! Budak tu dahlah kena bola kat tangan dia lepastu suka-suka hati je nak langgar anak aku! " tengking Angel sebal."Ye,betul tu! Entah-entah kau dah makan rasuah kut!" tuduh Qistina sinis.
"Puan takde hak nak tuduh saya!" Bela pada dirinya sendiri."Aku belum kahwinlah!"
"Tolong beredar dari tempat saya bertugas.Kamu semua dah ganggu saya," halau pengadil ketot tersebut."Eyuhhh..tak sedar dirilah manusia pendek ni," ejek Tasya tajam.
"Baik kau bagi kad kuning sekarang!!!" marah Angel.Matanya tajam menikam anak mata pengadil tersebut.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...