Bab 9

8.7K 488 15
                                    

"Apa kau nak aku buat?" soal Angel merenung The King Of Evil.Seperti biasa,lelaki itu akan mengusap tubuh haiwan kesayangannya.

"Aku..nak kau bunuh semua ahli keluarga Xender," arah dia.

"Tapi mustahil aku boleh dekat diorang.Kau pun tahu kuasa yang diorang ada."

The King Of Evil diam sebentar sebelum memulakan bicara.
"Datang ke sini," arah dia.

Angel akur tanpa sebarang rungutan.
"Datang dekat pada aku," kata dia lagi.

Sejurus sahaja Angel berhadapan dengan The King Of Evil,mampu dia lihat kesan parut pada tepi mata orang tua itu.

"Wajah kau..memang saling tak tumpah dengan dia.Aku nak kau masuk rumah Xender.Tinggal dengan diorang supaya kau boleh bunuh diorang semua," ujar The King Of Evil sambil mengusap pipi cucunya.

"Ni keje gila! Aku seolah-olah tempah maut tinggal dalam kandang singa-singa tu!" bentak Angel keras.

"Tak..Aku tahu kau boleh buat.Xender ada waris lelaki.Aku tak nak bila budak tu dah cukup umo,Xender pulak akan serahkan takhta dia."

"Apa kau nak aku buat?"

"Bunuh waris tu! Bawakan kepala dia pada aku!" licik dia berbicara.

"Macam mana aku nak dekat dengan diorang? Diorang terlalu ramai dan kuat." Angel meluahkan rasa bimbangnya.

"Jangan risau,sayang.Hehehe..aku dah kata wajah kau saling tak tumpah dengan dia.Guna wajah kau sebaik-baiknya untuk goda Xender dah jatuhkan dia," tutur The King Of Evil lagi.

"Dia? Sape dia?"

The King Of Evil hanya mendiamkan diri.

Beberapa saat kemudian,muncul Maisara sambil membongkokkan badannya sebagai tanda hormat.

"Tuan panggil saya ke?" kata dia.
"Hmm..aku nak kau bawa cucu aku kat bilik gelap.Buat apa yang aku dah arah dengan kau 2 hari yang lalu," arah The King Of Evil mendatar.

" Baik tuan!" sahut Maisara.

"Kau boleh pegi.."

Angel akur lantas membontoti langkah Maisara.

"Kau tahu en dalam dunia ni ada 7 pelanduk yang sama dengan muka kita," beritahu Maisara.

"So?"

"Beberapa tahun yang lalu,isteri Xender dah diculik dan dibunuh secara kejam oleh musuh ketat adik dia.."

Mereka tiba di hadapan pintu yang memerlukan kod nombor.Maisara menekan kata laluannya dan pintu terbuka.

"Apa yang kau cuba nak sampaikan pada aku?"

"Takdir dah pilih kau.."

"Pilih apa?"

"Untuk memiliki wajah seperti arwah bini dia.Kau salah satu pelanduk tu,"beritahu Maisara mendatar.

"Maksud kau,muka bini Xender tu sama macam muka aku?" ulang Angel lagi.

"Yupp! "

"So,apa aku perlu buat?"

"Atok kau suruh kau menyamar jadi arwah bini dia then kau bolehlah bunuh diorang semua.Tapi bukan senang.Kau kena tinggal dengan diorang untuk tempoh masa yang lama ," beritahu maisara lagi.

"Kalau aku tertangkap camne?" duga Angel selamba.

"Takkan.Seharian ni atok kau nak kau hafal semua perihal diorang semua.Contohnya,Tengku Nurfaiza Liah.

Dia ialah adik bongsu dan satu-satunya pompuan dalam keluarga Xender selepas kakak-kakak kembar dia dibunuh oleh Dark Lord," lapor Maisara secara terperinci.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now