Bang! Bang!
Tengku Haikal segera menunduk apabila Angel menembak ke arah kepalanya.Tanpa membuang masa,dia terus sahaja meluru ke arah Cherina untuk melindungi gadis itu.
Para hadirin pulak mulai berteriak bagaikan histeria.Masing-masing ingin melindungi diri namun pintu utama telah ditutup.
"Triple Ko,call bebudak lain untuk bawa diorang semua ke tempat yang selamat terutama keluarga aku!" arah Tengku Fazril.
Roland dan Riley yang lebih dikenali sebagai Double R segera membontoti langkah papanya.
"Kau gadis bertopeng!" jerkah Tengku Nurfaiza.Angel memandang Tengku Nurfaiza dan mereka semua silih bergnti.
Sesaat kemudian,dia tersenyum halus.
"Inspektor Faiza..Tak sangka...Hehehe...Kau gunting dalam lipatan rupanya dalam office kau.Kau bersubahat dengan sorang ketua mafia yang memang dah lama diburu oleh pihak polis.Tapi aku? Huh,aku baru muncul dan kau dah nak tangkap aku," sindir Angel sinis.
Tengku Nurfaiza mencebik malas.
"Kau pun mafia rupanya.." tambah dia lagi.Di suatu sudut,Alex dan Zack ingin mara ke hadapan namun dihalang oleh Tasya.
"Biar kitorang je yang urus," ujar dia serius.Alex dan Zack saling berpandangan sebentar.
"Riley,tengok camne Auntie Tasya kalahkan betina tu," arah Akim angkuh.Riley mengangguk.Mana mungkin Tasya dan Tengku Nurfaiza akan kalah dengan perempuan itu.
"Kau dah bunuh Inspektor Shane dengan kejam!" herdik Tengku Nurfaiza.
Dia memulakan serangan dengan melepaskan sebuah tumbukan ke arah kepala Angel tetapi Angel lebih cekap mengelak.
Dalam masa itu,Angel mengambil kesempatan tersebut untuk menumbuk perut Tengku Nurfaiza.
Gadis menawan itu terdorong ke belakang menerima tumbukan Angel.Tanpa sebarang amaran,Tasya muncul bersama sepakan mautnya tepat ke arah lutut Angel.
Pantas sekali Angel mengelak bagaikan takde apa-apa yang menyerangnya.
"Tak guna!" Tasya membuat pusingan 90° ke atas lantai seperti yang diajar oleh Alex dalam pertarungan.
Namun,gadis bertopeng itu sekali lagi berjaya mengelak.
Tengku Nurfaiza menderam geram lalu meluru ke arah Angel.
"2 lawan 1? Macam tak adil je," komen Riley tenang.Akim menjongketkan keningnya memerhati Alex.
"Asal aku rasa pompuan tu lagi power dari diorang berdua?" luah Ciko yang baru tiba bersama abang-abangnya selepas memastikan para tetamu dalam keadaan yang selamat.
"Arghhhhh!!" Jerit Tengku Nurfaiza apabila pipinya ditampar kuat oleh Angel.Habis pecah bibirnya mengeluarkan darah pekat.
"Kuang aja!!" Tasya bangkit lantas menarik tangan Angel.Dia ingin memulas tangan gadis tersebut namun lain pulak yang terjadi apabila tangan dia pulak yang dipulas ke belakang.
Akibat daripada itu,tubuh Tasya terbalik mengikut arah tangannya dipulas lalu dia jatuh menghempas lantai.
Terbeliak mata mereka apabila melihat kedua-dua perempuan itu dalam kesakitan.
"Ini je korang ada? Langsung takde fight!" sindir Angel sambil bercekak pinggang.
"Mama!!" Alex ingin melangkah tetapi Tengku Fazril menghalang.
"Ni pertarungan diorang.Jangan masuk campur," tutur dia tenang.Alex terpaksa akur.Mustahil isterinya ingin mengalah dengan begitu mudah.
"Bangun! Fight dengan aku cepat!" arah Angel sengaja ingin mencabar.Tengku Nurfaiza dan Tasya merengus sebal lantas mengepalkan tumbukan pada masa yang sama.
Masing-masing ingin melepaskan tumbukan tersebut ke arah Angel dan tiba-tiba...
Telefon Angel berdering minta dijawap.
"Kejap!!!" jerit Angel dan automatik mereka menghentikan tangan mereka.
"What the fuck?! Sempat lagi minah tu jawap call?!" tutur Miko kurang percaya apabila melihat Angel sedang bertelefon.
"Hello awak..Maaf ye.Saya sebok hari ni.....Ha'ah.Tengah bantu mak jual kuih," bohong Angel lalu dengan selambanya duduk di atas meja.
Kaki kirinya disilangkan seperti ala-ala model sehingga menampakkan pahanya yang putih melepak.
"Hmmm maaf ye wak.Pelanggan banyak sekarang ni.Kalau saya dah siap,saya call erk?" pujuk Angel menggoda.
Tengku Nurfaiza dan Tasya mengerutkan dahinya.Seriously?! Minah ni tengah bercall masa nak bertarung?!
"Kat mana kita tadi?" soal Angel selepas sahaja mematikan talian.
"Oh,ya! Ok sambung balik!" Angel kini bersedia.Kedua-dua perempuan dihadapannya sekali lagi ingin melepaskan tumbukan.
"Hakkkkk!!!"
Just give me a reason..
Just a little bit enough..Telefon Angel yang memainkan lagu "Just give me a reason" mematikan pergerakan mereka sekali lagi.
"Eish,kacau daun betullah!" rungut Angel geram.Dia berdehem berkali-kali sebelum menjawap call.
"Hello...hmmm..I tak boleh lunch dengan you hari ni.I rasa tak sedap badan," tipu Angel lagi.
"Orang yang berbeza?" bisik Tengku Nurfaiza pada Tasya.
"Playgirl?" Diorang saling berpandangan."Sorry tau.Thank you sebab faham I.....Ye...I janji I akan makan ubat lepas ni.Sayang you tau!"
Beberapa saat kemudian,Angel mematikan panggilan.
Tasya mengambil kesempatan ini dengan membuat aksi high kick pada wajah Angel tetapi gadis itu pantas mengelak.
"Licik! Serang masa aku tak bersedia lagi!" Angel tersenyum sinis.
Tengku Nurfaiza menolak bahu Tasya perlahan supaya kakinya sampai ke arah perut Angel.
"Hehehe tak kena!"
"Eeeeee!!!"
Tengku Nurfaiza dan Tasya meluru ke arah Angel lantas melepaskan tumbukan yang bertubi-tubi.
Angel dengan fokusnya menepis segala tumbukan mereka berdua.Hanya sipi-sipi sahaja hampir mengenai hidung mancung dia.
Angel tidak memberikan sebarang peluang kepada mereka.Oleh itu,dia berpusing ke atas udara dengan pusingan 360° dan tepat sekali mengenai kedua-dua kepala mereka.
Tengku Nurfaiza dan Tasya berpusing lalu tersungkur jatuh apabila tendangan Angel kena pada wajah mereka.
Baru sahaja Angel ingin melangkah namun telefonnya berbunyi sekali lagi.
Sape pulak kali ni? Gerutu hati dia.
"Hello baby buu..I miss you so much!! Nape baby buu call sayang? Apa? Nak ajak dinner malam ni? Sorry baby buu.Sayang kat kampung sekarang.Mak tengah sakit."
Penipuan Angel benar-benar membuatkan mereka semua berasa hairan.
Berapa ramai mangsa pompuan ni?!
"Ok baby buu..Sayang janji akan hati-hati.Muah! Bye,bye baby buuu," manja suara Angel.
Selepas sahaja Angel mematikan telefon,dia terus mencapai handgunnya.
Picu ditarik lalu muncung pistol dihala ke arah mereka berdua yang terbaring kesakitan.
"Woiii!! " panggil seseorang.Angel mendongak lantas mengerutkan dahinya.
Figura budak perempuan pendek yang sedang tersenyum sinis ke arahnya membuatkan dia berasa pelik.
"Kau tak lawan dengan aku lagi..Hehehe..."
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...