Selepas sahaja Tengku Nurfaiza ditembak,Angel perlahan-lahan menapak ke arah tubuh tersebut. Kelihatan tubuh itu kini kaku tidak bergerak.
Entah mengapa hatinya terasa sedikit tidak kena. Ya, dia rasa bersalah. Namun, bila dikenangkan wajah kegembiraan The King bila mendapat tahu dia berjaya menghapuskan Tengku Nurfaiza, dia menarik sedikit nafas kelegaan.
Ketika dia ingin menghubungi Black Eryn, tiba-tiba telinganya terdengar bunyi seseorang memanggil namanya. Angel terkejut bukan kepalang.
Habislah! Timbul pulak satu masalah besar. Bagaimana dia ingin alihkan tubuh Tengku Nurfaiza dan mereka cerita tentang kematian gadis itu dalam masa yang pendek?
Angel terkedu.
"Mummy! Kitorang dah balik untuk lunch kat sini!" ujar Tengku Fazril di muka pintu utama. Angel berasa kalut sebentar. Detak jantungnya mulai berdebar tidak berirama apabila suara mereka semakin mendekati dia.
Tanpa berfikir panjang, Angel terpaksa mencederakan dirinya dengan menghiris bahu serta lengan ia. Bukan itu sahaja, gadis itu turut berpura-pura pengsan di sisi Tengku Nurfaiza agar Tengku Fazril tidak mengetahui identitinya yang sebenar .
Akibat daripada perbuatan Angel, darah pekat mengalir memenuhi pakaiannya serta pakaian Tengku Nurfaiza. Dia tiada pilihan lain.
Itu sahaja idea yang dia ada. Dalam masa itu, akhirnya dia terdengar bunyi jeritan Tengku Fazril serta mereka yang lain.
"Mummy!!"
"Faiza!!"
"Ohhh shit!!"
______________________________
Tit..tit..tit..
Tengku Lily mengenggam erat tangan anak perempuannya. Sejak tadi lagi, air matanya tak henti-henti daripada terus mengalir.
Kelihatan kondisi Tengku Nurfaiza semakin stabil namun masih lemah . Doktor juga mengatakn bahawa kepala anak gadisnya seolah-olah mengalami hentakan yang kuat sehingga gadis itu mengalami gegar otak.
Dari suatu sudut, Tengku Fazril melihat Tengku Nurfaiza dengan seribu andaian. Mujur sahaja dia sempat menghantar Tengku Nurfaiza ke hospital selepas memastikan nadi pada lengan adiknya itu masih berdenyut.
"Jaga Faiza," arah Tengku Fazril pada Alex sebelum beredar menuju ke bilik sebelah di mana Angel ditempatkan.
____________________________
"Sayang? Sayang ok tak?" soal Tengku Fazril prihatin lantas memeluk tubuh Angel yang sedang menangis ketakutan.
Dia masih tak tahu bahawa isteri penyamar dia la yang penyebab Tengku Nurfaiza hampir menemui ajal seperti arwah Inspektor Shane dahulu.
"Daddy..eisk..eisk..mummy takut.." lakonan Angel berjaya menarik perhatian Tengku Fazril serta Triple Ko.
"Maafkan daddy sebab takde kat sana," mohon Tengku Fazril sebak. Dahi 'isterinya' dikucup penuh kasih lalu dia menoleh ke arah Triple Ko.
"Aku nak bincang sikit dengan korang," arah dia tegas. Triple Ko saling berpandangan lantas keluar daripada bilik tersebut.
"Mummy.. tunggu kejap ye. Nanti daddy datang balik," bisik Tengku Fazril lembut. Sebelum keluar, dia sempat menyeka air mata Angel.
"Kau en yang dah bunuh polis tu?" soal Maisara yang sejak tadi hanya menjadi sekadar penonton. Dia melipatkan tangannya rapat ke dada seraya menjongketkan sebelah keningnya.
"Aku terpaksa," jawap Angel acuh tak acuh. Sekejap dia menyentuh bahunya yang tercedera akibat perbuatannya sendiri.
"Kau tak patut cuba bunuh dia kat rumah. Dah takde tempat lain ke?"
"Kau ingat aku nak sangat cuba bunuh dia kat rumah? Ceh, dia yang cabar tahap kemarahan aku," bidas Angel tegas.
"Hmmm..."
"Dia masih hidup?" soal Angel mendatar.
"Hidup tapi keadaan dia still lemah. Aku dengar yang dia tak sedarkan diri."
"Koma?"
"Agaknya," jawap Maisara sepatah. Seketika, Angel terdiam. Mujur sahaja perbuatannya tidak diketahui oleh mereka yang lain. Namun, yang menjadi masalah utamanya sekarang ialah Tengku Nurfaiza.
Bagaimana jika polis itu sedar nanti? Mesti semuanya bakal terbongkar. Faiza akan laporkan yang dia ialah gadis bertopeng.
"Aku rasa diorang akan periksa cctv tu," luah Angel.
"Jangan risau. Black Eryn dah hacked sistem keselamatan rumah tu semasa diorang dalam perjalanan hantar kau kat sini," beritahu Maisara amanah.
Angel terdiam. Tapi bagaimana dengan kepakaran Miko yang mampu menggodam segala sistem yang ada di dalam dunia ini? Dapatkah Miko menghapuskan virus yang Black Eryn dah aktifkan?
Arghhh!! Serabut!
_____________________________
"Kau dah check semua sistem keselamatan kat rumah tu?" soal Tengku Fazril serius.
"Aku dah check masa kau kat bilik Faiza. Cuma aku pelik. Rasanya ada someone yang dah hacked sistem keselamtan penthouse tu," ucap Miko pelik.
Ciko dan Riko hanya menjadi sekadar pendengar setia.
"Apa maksud kau?" soal Tengku Fazril lagi.
"Ada orang lain dah godam semua cctv kat penthouse kau. Aku tak boleh nak tengok cctv-cctv tu buat masa ini. Terlalu banyak virus yang aku perlu hapuskan," kata Miko lagi.
"Virus? Godam? Sape yang dengki sangat kat kita?" tanya Ciko.
"And sape yang dah jadikan Faiza dan Risha sebagai sasaran utama? Apa yang kita dah buat?" tambah Riko pulak.
Pelik betul aku. Bila masa kitorang berdendam dengan orang lain? Ke ada something wrong yang kitorang tak tahu?
Terlalu banyak persoalan yang datang bertubi-tubi ke dalam fikiran mereka masing-masing.
Takkan ada sebuah 'permainan' lagi yang diorang terpaksa hadapi? Sepertinya kes Black Cindy. Namun, semuanya mustahil. Black Cindy dah mati di depan mata mereka sendiri.
____________________________
Seminggu kemudian..
Angel trsenyum sinis di belakang Tengku Fazril apabila lelaki itu khusyuk sekali menjaga adik perempuannya. Sehingga kini, Tengku Nurfaiza masih belum menyedarkan diri.
Ya, dia koma akibat hentakan pasu di kepalanya serta tembakan yang hampir terkena pada sistem saraf pusat.
"Daddy.. jom balik. Biar yang lain je yang jaga," ujar Angel lembut sambil menepuk perlahan bahu lelaki itu.
"Hmmm...daddy risau la,mummy. Kalau.."
"Daddy, daddy tak risau kalau mummy yang balik sorang diri? Ke daddy nak mummy diserang lagi macam tempoh hari tu?" perangkap Angel.
Niatnya yang sebenar ingin Tengku Fazril meninggalkan Tengku Nurfaiza dan hanya fokus terhadap dirinya.
Dalam keadaan terpaksa, Tengku Fazril terpaksa menggangguk lemah dan memesan pada Zack agar menjaga Tengku Nurfaiza ketika ketiadaannya.
"Jangan risau. Mummy yakin yang Faiza akan sedar tak lama lagi.."
Serentak dengan itu, Angel tersenyum penuh brmakna.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
Roman d'amourSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...