Bab 82

8.7K 451 30
                                    

"Ja..jangan! Jangan!!" Angel membuka matanya secara paksa. Jantung ia berdegup kencang seperti baru sahaja berlari 100 meter.

"Masih tak dapat hint lagi?" ujar dia mendatar. Angel menarik nafas panjang sambil meraup kasar wajahnya.

"Sha tak tahu. Entah kenapa bayang Fazril sentiasa dalam fikiran Sha," kata Angel lalu memandang ke arah Rosilia.

Ya, tanpa pengetahuan mereka semua, Angel telah berjumpa dengan wanita itu sejak beberapa minggu yang lalu disebabkan mengalami mimpi yang semakin menjadi-jadi.

Sebentar tadi,Rosilia baru sahaja menghinopsiskan Angel agar perempuan itu mampu mencari kepingan-kepingan yang diperlukan.

"Fazril? Ada tak orang lain selain dia?" soal Rosilia tenang.
"Ada. Tapi Sha tak nampak," jujur Angel berkata-kata.

"Takpe, lain kali kita cuba lagi ye. At least, Sha dapat kepingan yang baru," senyum Rosilia.

Angel menghela nafasnya. Terasa kepala masih berdenyut-denyut disebabkan proses hinopsis tadi.

"Mak cik, Sha dah lama tertanya-tanya. Apa maksud mak cik dengan kepingan-kepingan?" soal dia lembut.

"Macam yang mak cik kata hari tu, hidup Risha umpama puzzle. Cari kepingan-kepingan yang hilang dan sempurnakan puzzle tu," jawap Rosilia mendatar.

Angel mengeluh kecil. Sejujurnya, dia masih tak faham apa yang cuba disampaikan oleh Rosilia.

Asal orang dulu-dulu suka sangat pakai bahasa kiasan?! Pening!

"Sha rasa..."

"Ya?"

"Ada sesuatu yang tak kena dalam hidup Sha," kata Angel mendatar. Sesaat kemudian, dia termenung jauh memikirkan mimpinya sebentar tadi.

Ada seorang perempuan sedang membelakangi dia. Lenggok perempuan tersebut cukup ayu dan memukau. Berbeza dirinya yang agak dingin dan kasar.

"Erhhh dah lewat ni. Sha nak balik dulu," pamit Angel sekaligus bangkit daripada atas sofa.

Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, tiba-tiba Rosilia mengeluarkan bicara.

"Selesaikan kepingan tu dan cari siapa diri kamu yang sebenarnya," ujar Rosilia tenang. Angel terdiam. Dia tunduk menikus lalu mengorak langkah ke hadapan.

Lagi-lagi ayat itu yang didengarinya bila mana dia ingin keluar daripada rumah Rosilia.

Sebaik sahaja Angel beredar, muncul seorang gadis mendekati Rosilia.

"Mak.." seru gadis tersebut. Rosilia segera menoleh lalu tersenyum pendek.

"Macam mana dengan keadaan dia? Ada apa-apa perkembangan tak?" soal dia prihatin.

"Hmmm..sikit. Mak rasa diri dia sendiri yang menjadi penghalangnya. Dia tak nak tengok hakikat yang sebenar," balas Rosilia jujur.

Gadis itu hanya mampu mengeluh berat. Dia juga turut berasa begitu. Seolah-olah 'tetamu' maknya itu tidak ingin melihat hakikat hidupnya yang sebenar.

____________________________

"Asal I kena ikut you?" soal Angel sambil menyaingi langkah Tengku Fazril yang agak pantas.

Maklumlah,dia kan pendek. Tengku Fazril pula tinggi. Dah macam pokok kelapa kat tepi pantai.

"Sebab aku tak nak kau stay kat rumah," balas Tengku Fazril mendatar. Selepas itu, mereka masuk ke dalam office lalu melabuhkan punggung masing-masing di atas sofa.

"Kan ada anak-anak kita!" bentak Angel geram. Tengku Fazril menjongketkan keningnya.

"Diorang kat rumah mummy.."

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now