"Faiza, nak pegi mana? Tak sarapan dulu?" soal Tengku Zamil apabila melihat anak gadisnya hanya berlalu begitu sahaja tanpa mengendahkan mereka semua.
"Erh,takpe. Faiza makan kat office je," jawap Tengku Nurfaiza mendatar sambil matanya pulak melihat Angel menjamu ayam goreng.
Eish, budak ni. Semenjak mengandung, dah tak makan sayur. Duk makan ayam goreng je.
"Sarapan la dulu. Tak ke mana office tu pegi," nasihat Tengku Lily pulak.
"Tapi.."
"Asal nak cepat sangat? Urusan tentang gadis bertopeng tu tak habis-habis lagi ke?" sampuk Tengku Haikal tenang.
Di kala itu, Angel pula terdiam. Dia menoleh ke arah Tengku Nurfaiza bersama riak wajah yang kosong.
"Hmm tak la. Faiza dah tutup kes tu," balas dia tenang.
"Takde angin, takde anjing. Asal kau tetiba tutup kes tu pulak?" Giliran Alex pula yang berbicara.
"Yang anjing tu kau, bodoh!" ejek Miko.
"Eh eh, orang terencat akal dilarang bercakap ye. Jangan sampai siku aku terbang kat kepala hotak kau pulak," balas Alex selamba.
"Abang! Tak boleh ke, cakap tu biar baik sikit?" tegur Tengku Lily tegas.
"Lek arh mummy. Sebelum ni pun, mummy pernah mencarut en? So, mesti abang mencarut disebabkan mummy juga. Ia genetik en? En?" Alex sengaja mengeyitkan matanya ke arah Tengku Lily.
Tiba-tiba sebatang sudu terpelanting tepat ke arah kepala Alex sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.
"Apa ni daddy? Sakit tahu tak!" ujar Alex geram.
"Nak daddy cilikan mulut puaka abang tu? Daddy dah lama tak cilikan mulut orang," ugut Tengku Zamil.
"Fine! Jangan mengaku yang abang ni anak daddy lagi! Puih!" rajuk Alex.
"Menyampah pula aku dengar! Eee.. rasa nak sepak aje," tutur Akim bengang.
"Apa?!" Suara Alex naik seoktaf.
"Dahlah! Kau ni pun satu. Dah jadi bapak pun masih nak gaduh! " Suara Tengku Fazril memintas mereka.
"Aku memang satu. Takkan dua kut," omel Alex sendirian.
Tengku Nurfaiza hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah mereka di awal pagi. Sungguh tak berubah! Camne Malaysia nak maju? Tetiba masuk hal negara pula.
Semasa mereka berbual, tanpa dipinta telefon Angel berdering minta diangkat.
Private number, desis hati Angel. Dia menjawab panggilan tersebut tanpa berasa ragu-ragu.
"Hello.." Serentak dengan itu, mereka semua diam untuk memberi laluan kepada Angel untuk bercakap.
"Hello Angel. Do you miss me? " suara Shilda jelas menyindir Angel. Seketika, Angel tergamam. Jujur dari hatinya, dia sudah lupa mengenai The King serta mereka yang lain.
"Sha, sape tu?" soal Zack ingin tahu.
"Erh kawan lama I. Kejap ye. I ada something nak cakap dengan dia," pamit Angel bersama senyuman manisnya.
Selepas itu, dia bergerak ke belakang dapur lalu melekapkan semula telefon tersebut pada telinganya.
"Kau nak apa,Shilda?!" Angel sedaya upaya mengawal suaranya.
"Hahahaha!!! Aku rasa kelakar. Macam mana seorang ketua mafia boleh jatuh cinta dan percaya sangat pada pembunuh kejam macam kau?" sinis Shilda berkata-kata.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...