Bab 54

5.8K 381 13
                                    

" Angel..kitorang datang selamatkan kau," beritahu Maisara.

"Tak perlu. Aku boleh tumbangkan anjing-anjing ni dalam masa yang serentak," bantah dia angkuh.

"Tapi macam mana?"

"Kau tahukan...kemahiran yang selalu aku guna untuk lupa atau tukarkan fikiran mangsa-mangsa aku?"

"Tapi..jumlah diorang terlalu ramai. Lagipun bukan semua orang boleh kau hinopsiskan.." balas Black Eryn.

"Ye,memang betul. Tapi suhu dan pakaian mereka hampir sama. Meaning to say..aku mampu hipnosiskan fikiran mereka," jawab Angel bijak.

Sambil itu,dia mengeluarkan sebuah pemetik api dari dalam poketnya.

"So,you guys want to catch me,huh?" kata dia sambil bermain dengan pemetik api tersebut.

Sebelum ini, dia hanya menggunakan mata, jam ataupun kata-kata untuk menghinopsiskan mangsanya namun kali ini berbeza disebabkan jumlah mereka yang terlalu ramai.

"Angel! Tak semua suhu badan mereka sama!" amaran Black Eryn lagi.

"Ye, aku tahu tapi bukan degup jantung mereka. Aku dapat rasa masing-masing berasa gemuruh berhadapan dengan aku.."

Sesaat dua saat kemudian, Angel maju setapak dengan langkah berani mati.

"Don't move!" amaran ketua FBI tersebut.

Angel tersenyum lebar.

"Calm down,dude! I will put my hands in the air as your wish.." tutur Angel lalu meletakkan kedua-dua tangannya di atas udara.

Ketua FBI itu saling berpandangan dengan anggotanya lalu mengangguk kemas. Baru sahaja dia ingin mengorak langkah, tiba-tiba Angel membuka suara.

"Hei,dude!"

"Shut up!"

"Don't move!" Amaran Angel dalam senyuman lalu membuka penutup pemetik api tersebut.

Sejurus itu, kesemua 40 ahli FBI tersebut melontarkan pandangan ke arah api yang menyala.

"Look at this fire..." arah Angel.

Mereka seakan-akan terpukau melihat api itu. Masing-masing menurunkan senjata seperti yang telah diarahkan sebentar tadi.

"Now,you can see this beautiful museum as your home."

Serentak dengan itu, muzium tersebut berubah seperti rumah mereka dalam imaginasi mereka masing-masing.

"Suddenly, your home has been burned by someone you don't know ..You try to save your family BUT..."

Kesemua mereka meluru ke dalam muzium dan cuba mencari kelibat keluarga mereka.

Dalam bayangan tersebut, rumah masing-masing telah terbakar dan mereka masuk ke dalam rumah walhal perkara itu tidak benar sama sekali.

Hakikatnya, mereka sedang melakukan aksi sendiri di dalam muzium dan menganggap tempat itu adalah rumah mereka.

Angel tersenyum licik lalu menoleh ke belakang semula.

"It's too late.." Serentak dengan itu, mereka semua menangis serta meraung melihat ahli keluarga masing-masing yang telah mati dalan kebakaran.

"Noo!! My sonn!!!"

"Cynthia!!!"

"Mom!! Don't leave me!!"

"Arghhhhh!!"

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now