Bab 10

8.6K 516 13
                                    

Angel menggeliat malas sehingga tubuhnya jatuh di atas katil.

Pakk!!

"Adoii!! Sakitnya punggung aku!!" adu dia kesakitan.Pagi ini dia berasa malas ingin bangun awal.Dahlah syok bebenor usik perasaan Tengku Fazril semalam.

Tengku Fazril? Hehehe..cepat betul dia terpukau dengan aku.

Angel merangkak malas ke atas katilnya lalu meneruskan tidur dia walaupun jam telah menunjukkan angka 10:30 pagi.

"Mak lampirr!!!! Apa nak jadi dengan kau sial?!! Kau tahu tak dah jam berapa?! Habislah kalau atok kau tahu.Naya aku dibuatnya!" bebel Maisara sebaik sahaja membuka pintu bilik cucu kepada ketuanya.

"Apa yang kau merepek ni? Aku nak tidorlah.Dah,blah!" halau Angel.

Maisara merengus geram lantas bertindak menendang bontot Angel.Apa lagi,terjatuhlah nangka busuk tu.

"Kau tahu tak hari ni hari apa? Kau tahu tak?!" herdik Maisara.
"Apa dia?!"

"The King Of Evil dah arah kau menyamar jadi bini Xender hari ni tapi kau terbongkang pulak tidur kat sini! Kau nak atok kau pancung kepala kita berdua ke?!"

Angel mendongakkan wajahnya dengan pantas.

"Hari ni ke?!"
"Hari ni setan!!!"

"Oh My God!!" Angel segera bangun daripada tidurnya lantas bangkit membersihkan badan.

"Lepas ni diorang lunch! Kau tahu tak!! Arghhh!! Geramnya aku dengan kau! Kau pegi mana semalam sampai penat sangat hari ni?!" bebel Maisara tak henti-henti.

"Kau diam jelah!" jerit Angel daripada bilik air.

"Aku dah ready cantik-cantik macam ni tapi kau pulak lewat bangun! Aku memang dah lama pasang dendam kat kau! Kenapalah The King Of Evil suruh aku jaga kau?! Haihhhh.." rungut Maisara.

"Kalau bukan sebab atok kau,aku dah lama ambik trak then langgar kau kat tengah jalan..

Lepastu biar kau.."

"Kau dah puas membebel? Dah? Kau keluar sekarang! Stress aku dengar kau membebel kat sini," halau Angel geram.

Dia mengambil singlet putih dipadankan seluar jeans hitam.Rambut digayakan seperti messy hair lantas bibir dicalit gincu berwarna merah menggoda.

Selebihnya,dia akan buat di dalam kereta.

'Haish dah lewat!"

Angel keluar daripada bilik diiringi Maisara.Sebelum itu,sempat lagi Angel mengambil beg belakangnya.

"Apa style kau pakai ni?! Aku tak pernah nampak pun kau pakai camni? Ni ke cara kau nak goda Xender? Haihh hancur harapan atok kau," rungut Maisara sambil mereka berdua berlari ke arah kereta.

"Aku takde idea nak pakai apa! Aku bantai je!" Angel mengambil tempat di bahagian pemandu manakala Maisara dibahagian sebelah pemandu.

Enjin dipasang dan Angel menekan pedal minyak.Ketika mereka berada di tengah jalan,Angel mengarah Maisara mengawal stereng kereta.

"Kau giler ke?! Baik aku je yang pandu tadi!" seloroh Maisara.
"Eish,janganlah banyak cakap! Aku nak pakai eyeliner ni!"

"Aku memang benci kau! Benci! Benci!"

"Diamlah!" marah Angel lalu menolak kepala Maisara.

"Adoi! Eeee..."

"Dah tepi! Kau pandu pun macam siput babi! " tolak Angel.Dia menekan pedal minyak sekuat yang mungkin.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now