Pagi itu,mereka semua berkumpul di penthouse atas sebab yang tertentu.Semestinya kisah Ciko semalam.
"Ye ke? Sape gadis tu?" soal Maisara yang baru sahaja tiba bersama seseorang.
"Gadis bertopeng.Aku tak tahu kenapa betina tu cuba nak bunuh aku.Dahlah dia kunci kepala aku macam jantan semalam.Rasa nak putus nafas je," luah Ciko sebal.
"Nasib baik aku datang masa tu," sampuk Akim.
"Ceh!" Mereka menyuapkan sarapan pagi ke dalam mulut masing-masing.Semuanya sebok berfikir tentang punca kehadiran gadis bertopeng itu.
"Maisara,sape kawan kau kat sebelah tu?" soal Zack mendatar.Mereka semua memandang ke arah teman Maisara yang sedang mengenakan topeng mulut berwarna biru muda bersama kaca mata di wajah.Tak lupa jugak memakai rambut palsu pendek.
"Ohh,dia ni kawan aku and Risha.Kitorang berdua yang jaga Risha selama ni," bohong Maisara sambil memandang ke arah Black Eryn.
"Sape nama kawan kau?"
"Nama aku Pony," tipu Black Eryn.Sebaik sahaja mendengar suara Black Eryn,Alex terus sahaja mengerutkan dahinya.Seolah-olah dia pernah mendengar suara itu tapi kat mana? Wahai otak,asallah kau jadi bodoh masa ni?
Sesaat kemudian,Alex mengabaikan sahaja perasaannya lalu meneruskan suapan.
Perasaan je kut.
"My little pony...My little pony..wawawaaaaaa," nyanyi dua orang makhluk sambil mengatur langkah ke arah meja makan dengan gembira.
"Dalam banyak-banyak nama,asal kau pilih Pony?! Takde lama yang lagi cantik ke dalam dunia ni?!" bisik Maisara geram.
"Kau ingat aku ada masa nak fikir nama yang cantik-cantik ke?!" balas Black Eryn.
"Amboi,happy betul kau ye," tegur Tasya apabila melihat Angel bernyanyi bersama Riley.
"Kitorang nak beli patung unicorn hari ni! Yeahhh!!" ujar Riley gembira.
"Along nak keluar menembak hari ni.Sorrylah tak dapat nak ikut," beritahu Roland mendatar.
"Tak boleh! Hari ni along kena ikut kitorang.Beli unicorn untuk Riley,"bantah Angel tegas."Kiki kan ada.."
"Kiki dah takde.Uwahhh!! Kiki dah takde," rengek Riley.Habis bingit ruang meja itu dengan jeritan Riley.
"Eish! Fine.I'm so sorry.Nanti along ikut ye.Along belanja," pujuk Roland lembut."Pinky swear?" Riley mengeluarkan jari kelingkingnya.
"Pinky swear," sambut Roland.Serentak itu,sekali lagi muncul satu bayangan dalam fikiran Angel.
"Pinky swear?" Gadis misteri itu tersenyum sambil memberikan jari kelingkingnya.
"Cute.Pinky swear!"Sejurus selepas itu,lelaki tersebut memeluk pasangannya dengan penuh kasih sayang.
"Arghhhh!!" adu Angel perlahan.Namun hanya mampu didengari oleh Maisara dan Black Eryn kerana mereka duduk berhampiran dengan Angel.
"Nape ni? Kau ok tak?" bisik Black Eryn.
"Ak..aku ok..Cuma tetiba ada something yang ganggu fikiran aku," ujar Angel gagap.Maisara dan Black Eryn saling berpandangan seketika.
"Apa je yang kau fikir,aku mohon tolong stop," tegas Maisara.Sesaat dua saat,Angel menarik nafasnya meminta ketenangan.
Tiba-tiba,muncul sekumpulan gadis ke arah meja makan mereka.
"Risha!!!" Jerit mereka bertiga.Mereka berlari menuju ke arah Angel dengan riak wajah yang gembira bagai nak mampus.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...